Sabtu, November 08, 2014

MSSZT 2014 : Sk.Kiandongo Sekadar Naib Johan

Sukan MSSZT Kali ke-6 yang telah berlangsung pada 5-6 Nov di Padang Sk.Kiandongo kelmarin telah dirasmikan oleh En.Ladius Matusip daripada Unit Psikologi & Kaunseling PPD Tongod, Telupid.  Turut hadir bersama dengan beliau adalah dua rakan sepejabatnya En. Abdul Qadir dan En. Melbert. Sukan yang turut  dihadiri oleh barisan guru besar setiap sekolah yang terlibat ini telah memeriahkan lagi kejohanan yang berlangsung.


En. Ladius Matusip

Barisan tetamu VIP

 En. Paulus Yapas (Guru Besar Sk.Kiandongo)



Bacaan Ikras oleh Adik Jenny Quelen Nelson
Wakil Atlet dari Sk.Kiandongo

Sukan yang penuh bermakna ini sekadar mencatatkan sekolah ini di tempat kedua keseluruhan. Sebanyak 14 pingat keseluruhan telah berjaya dikutip dan 3 daripadanya berwarna emas, 5 perak dan 6 gangsa. Ini sekaligus tidak dapat menundukkan juara keseluruhan daripada SK. Pekan Tongod dengan jumlah kutipan emas keseluruhan sebanyak 11 emas, 4 perak dan 3 gangsa.

Papan kutipan pingat


walaupun sebelum sukan SK.Kiandongo telah mengimpikan 6 pingat emas keseluruhan, namun ia berlaku sebaliknya. 2 tumpuan utama melalui acara kegemaran 80 meter lari berpagar kategori lelaki dan perempuan tidak dapat mengekalkan kejuaraan pada tahun lepas. Kedua-dua atlet kategori lelaki dan perempuan sekolah (Dix Sagitan dan Atikah VIncent) sekadar akur di tempat kedua dan ketiga setelah berjaya dipintas oleh atlet SK.Pekan Tongod dengan catatan masa 16:44 saat dan 17:90 saat lelaki dan perempuan.

 

 Jirol (Perak)

 Sekali lagi SK.kiandongo ingin mencuri emas dengan mempertaruhkan Olahragawan sekolah pada tahun ini adik Jirol Ginal melalui acara kesukaannya Lompat Jauh. Namun, hasrat untuk meraih emas bertukar perak setelah 2 lompatan terakhirnya dikira batal oleh pengadil. Dalam acara Lontar Peluru, Jirol menyumbang pingat perak dengan lontaran sejauh 8.50 meter.


 Elyana (Emas)

Olahragawati Adik Elistina Jasmi melalui acara kegemarannya Lompat Tinggi tidak dapat menyaingi rakan sekolah sendiri Adik Elyana Maika yang muncul johan dengan lompatan setinggi 1.075 meter. Elyana dicabar oleh naib johan daripada SK.Pekan Tongod Jonie Jeryca Amon dengan lompatan  setinggi 1.025 meter. Elyana telah membuat lompatan yang sangat tenang dan bersahaja sehingga muncul johan. Elistina terpaksa akur ditempat ketiga dengan lompatan setinggi 1.0 meter. Walau bagaimanapun, Elistina turut menyumbang pingat perak untuk sekolah melalui acara kesukaannya Lompat Jauh.



Elistina Jasmi (Perak)


 Octovianus (Emas)

Octovianus (Emas)

Adik Octovianus Moses yang dijangka menang mudah untuk acara kegemarannya Lompat Tinggi kategori lelaki nampaknya terpaksa bekerja keras ke arah itu. Naib Johan pada tahun lepas ini telah diberi saingan hebat oleh peserta daripada SK.Imbak Adik Freky. Walaupun pada lompatan terakhir Adik freky ini telah mengalami kecederaan yang teraksa di bawa ke Klinik Tongod namun, telah berjaya menyumbangkan pingat perak untuk sekolahnya. Octovianus berjaya mencipta rekod peribadinya setinggi 1.25 meter mengalahkan adik Freky setinggi 1.22 meter dan di tempat ketiga 1.10 meter disandang oleh Adik Febian dari SK.Sogo-Sogo.




 Shaffika (Emas)

Adik Shaffika Laiwin melalui acara tunggalnya Lontar Peluru perempuan, telah meraih pingat emas dengan lontaran sejauh 6.51 meter. Ini sekaligus mengalahkan pencabar terdekatnya adik Veena Elisa Jimi dari SK.Pekan Tongod dengan lontaran sejauh 6.41 meter.

Oahragawati & Olahragawan

Olahragawan dan Olahragawati telah dinobatkan kepada 2 orang atlet dari SK. Pekan Tongod setelah berjaya meraih 4 emas keseluruhan melalui 2 acara individu dan 2 acara berpasukan.


Gabungan Pengakap dan PKRS

Gimik penyerahan bendera kejohanan


Sukan MSSZT kali ke-6 ini ditangguh dengan penyerahan bendera kejohanan oleh gabungan persatuan Pengakap dan PRS Sekolah Sk.Kiandongo. Gimik penyerahan ini telah berlangsung dengan semangat kesukanan di mana SK.Sogo-Sogo melalui guru besarnya En.Sipin Sikin yang menerima bendera kejohanan bakal menjadi tuan rumah pada tahun hadapan.



3 orang atlet sekolah yang menyumbang pingat emas
Octovianus, Elyana dan Shaffika

Berikut merupakan pungutan pingat yang berjaya dikutip oleh Kontingen dari SK.Kiandongo:

Kutipan pingat setiap atlet

Selasa, November 04, 2014

Kejohanan Sukan MSS Zon Tongod 2014



Kejohanan Sukan MSSZT kali ke-6 kini tiba lagi. Sukan yang penuh bermakna ini akan di adakan pada
esok hari, 4-5 Nov Rabu-Khamis). Ianya bakal mempertemukan 5 buah sekolah Zon Tongod iaitu Sk.Kiandongo (tuan rumah), SRK Pekan Tongod, Sk.Sogo-Sogo, Sk.Keramuak dan Sk.Imbak.



Sebanyak 16 Pingat Emas keseluruhan dipertandingkan bagi kategori lelaki dan perempuan. Lapan acara ini bakal berlangsung selama dua hari.


1. Acara 100M
2. Acara 200M
3. Acara 4X100M
4. Acara 4X200M
5. Acara Lari Berpagar
6. Acara Lompat Jauh
7. Acara Lompat Tinggi
8. Acara Lontar Peluru

Antara senarai Atlet Sk.Kiandongo yang bakal berentap esok adalah:
1. Elpi Sagitan
2. Afely Aim
3. Dix Sagitan
4. Jiro Ginal
5. Petedrus Petrud
6. Octovianus Moses
7. Purman Porisen
8. Sinlu Nikfik
9. Wellen Matturis
10. Azirah Tanis
11. Atikah Vincent
12. Fardillah Lilip
13. Shaffika Laiwin
14. Petty Syahdona
15. Elistina Jasmi
16. Elyana Maika

Seluruh Warga Kiandongo dan Malagatan dijemput hadir.

Motto "BIAR SIKIT TATAP MENGGIGIT" bakal membakar semangat para atlet.

Majulah Sukan Untuk Negara.

Jumaat, Oktober 24, 2014

SUKAN MSS SK.KIANDONGO : Rajawali Terbang Tinggi

Sukan MSS SK.Kiandongo yang berlangsung pada 15 dan 16 Oktober baru-baru ini telah mempertemukan beberapa jaguh-jaguh sukan daripada setiap rumah sukan. Nama-nama hebat seperti Jirol Ginal (Kuning), Afely Aim (Merah), Sinlu Nikfik (hijau) dan Petedrus Petrus (biru) telah bersaing di lapangan mereka masing-masing.

walau bagaimanapun, keunggunalan Rumah Kuning (Rajawali) tidak dapat disangkal oleh 3 rumah sukan yang lain. Sejumlah 18 pingat emas telah dipertaruhkan dan 10 daripadanya telah dirampas oleh rumah sukan kuning (Rajawali). Menurut ketua penasihat rumah sukan kuning Ckg Masru, "tahun ini kita telah menunjukkan kekuatan sebenar atlit rumah kuning. Tahun ini merupakan kemuncak bagi rumah Rajawali beraksi untuk johan keseluruhan, mungkin pada tahun depan kita tidak akan mampu bersaing dengan rumah-rumah yang lain."

Sasaran rumah kuning untuk membolot 12 pingat emas keseluruhan tidak kesampaian apabila sekadar perak dalam acara 200M lelaki dan 4X200M lelaki setelah ditumpaskan oleh Rumah Merah yang muncul juara.

Apapun, sukan pada tahun ini telah menimbulkan satu semangat kesukanan kepada semua atlit untuk berusaha gigih pada tahun hadapan serta membudayakan sukan dalam kehidupan. AJK Pelaksana MSS SK.Kiandongo mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan sukan ini. Sukan yang berlangsung selama 2 hari ini telah dirasmikan oleh Sdr. Aim Ansang selaku JKK Kg.Kiandongo.

Olahragawan & Olahragawati
Girol ginal & Elistina Jasmi


 Acara 100M


 Juara


Acara 100M


 Naib Juara
 Lontar Peluru



 Kutipan Pingat Keseluruhan

Selasa, Oktober 14, 2014

Sukan Pedalaman : Sk.Kiandongo Bawa Pulang Gangsa



Bertempat di Sk.Linayukan pada 10 Oktober baru-baru ini, SK.Kiandongo telah menghantar pasukan untuk menyertai sukan pedalaman Daerah Tongod. Beberapa acara telah disertai antaranya balapan dan Bola Jaring. Pasukan dari sekolah ini berjaya membawa pulang pingat gangsa untuk acara bola jaring dan 100M Lelaki (Ferlont Philip). Tahniah untuk pemenang.












Ferlont Philip (Baju Hijau)

Rabu, September 10, 2014

Kertas Sains UPSR bocor: TPM minta maaf

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan mengumumkan bahawa kertas Sains 018, 028, 038 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang dijadualkan esok didapati bocor dan peperiksaannya ditangguhkan.
Kertas Sains 018 adalah untuk sekolah kebangsaan manakala sekolah jenis kebangsaan Cina (028) dan sekolah jenis kebangsaan Tamil (038).
Dalam satu kenyataannya di sini hari ini, lembaga itu memberitahu, sehubungan itu peperiksaan bagi ketiga-tiga kertas itu ditangguhkan pada 30 September.
Kenyataan itu juga berkata, berdasarkan siasatan awal pihak lembaga berkenaan, kandungan soalan bagi kertas peperiksaan tersebut telah tersebar meluas menerusi media sosial.
"Lembaga Peperiksaan telah membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan dan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang," kata kenyataan itu. - UTUSAN ONLINE

TUMPAT 10 Sept. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memohon maaf kepada calon-calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ibu bapa mereka berhubung kertas soalan Sains yang didapati bocor dan penangguhannya kepada 30 September ini.
Beliau yang juga Menteri Pendidikan berharap penangguhan peperiksaan bagi kertas tersebut tidak menggangu tumpuan para calon.
"Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pendidikan telah melaporkan perkara itu kepada pihak polis untuk siasatan terperinci dan berharap perkara tersebut tidak akan berulang lagi," katanya. - UTUSAN ONLINE

Isnin, September 08, 2014

SEMOGA CEMERLANG UPSR 2014

Setelah hampir 6 tahun mereka bersekolah di sini. Ilmu demi ilmu mereka timba daripada setiap guru-guru yang mengajar. Segala ilmu pengetahuan telahpun dicurahkan. Tidak tertinggal walau sedikitpun. Dari abc hingga kenal dunia dikari. Pagi petang siang dan malam. Ilmu diperturun ke dada. walau penat letih bermandi peluh dan keringat. Tidak pernah lokek guru memberi. Tiada satu soalan yang tertunggak. Semuanya telah tuntas. keperihatinan setiap guru-guru, ibu bapa dan seluruh warga Sk.Kiandongo ditumpahkan sepanajang sesi persekolahan 2009-2014.

Mereka sejiwa. Mereka sekata. Bermain mereka bersama. Ke kiri dan ke kekanan bersama. Setiap memori dan kenangan dinikmati bersama. Mereka ibarat adik beradik. Seibu sebapa. kini, hampir tiba masanya. 09-09-2014 pasti menjadi tarikh keramat. Hari pertama UPSR bermula. Masa untuk output segala ilmu di dada. Adakah keputusan mereka sama? Atau jawapan mereka berbeza?



Kami merestui mereka. Bagaimana dengan anda? Semoga mereka cemerlang dalam UPSR 2014.




#Pray For UPSR 2014.
#Pray For Our Students and yours.
#GodBlessYou

Selasa, September 02, 2014

MALAM RESTU UPSR

Pada 27 Ogos yang lepas, Sk.Kiandongo telah menjalankan program Malam Restu UPSR 2014. Program yang berlangsung waktu petang ini telah dihadiri oleh Wakil PPD Tongod iaitu Pn. Duisa Uga. Program ini lebih bermakna juga kerana turut dihadiri oleh para jemputan daripada ibu bapa murid-murid tahun 6 serta wakil daripada PIBG.

Program yang berlangsung hampir 2 jam ini bertujuan untuk mendapat restu UPSR daripada semua pihak. Setelah lebih 2 bulan mengikuti program "Kampus Kiandongo" inilah saat yang penuh bermakna untuk mendapatkan restu daripada semua pihak. Ini bertujuan agar setiap ilmu yang ditimba oleh murid mendapat berkat dan mampu menjawab setiap soalan dalam peperiksaan UPSR yang dijadual berlangsung pada minggu depan. Program dimulai dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ckg Aizuddin Ashraf. Selepas ucapan, murid-murid bersalaman dengan semua guru-guru dan ibu bapa sebagai simbolik untuk mendapatkan restu mereka.

Jamuan ringan pada akhir program turut disediakan dan kemudian diikuti dengan sesi bergambar.


 Ucapan daripada PK1 (Ckg. Andrew Justine)


 Ucapan Guru Besar (En. Paulus Yapas)


 Ucapan wakil daripada PIBG (En. Saleh)


 Ucapan perasmian daripada Pn. Duisa Uga




 Aktiviti bergambar bersama guru-guru dan ibu bapa


Aktiviti bergambar bersama guru-guru dan murid-murid tahun 6


#semoga berjaya murid-murid tahun 6