Isnin, Disember 01, 2014

UPSR 2014 MENUNJUKKAN PENINGKATAN

Keputusan Peperiksaan UPSR 2014 yang telah diumumkan pada baru-baru ini menunjukkan peningkatan prestasi yang memberangsangkan berbanding tahun-tahun sebelumnya. Buat pertama kalinya dalam sejarah, seluruh murid sekolah ini telah lulus 100% dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (Pemahaman dan Penulisan). Namun, yang paling membanggakan, BM Penulisan yang telah berjaya berada di kedudukan yang terbaik bagi keseluruhan Daerah Tongod sekaligus menempatkan SK Kiandongo berada di kedudukan teratas bagi mata pelajaran tersebut buat julung kalinya.



 Keputusan UPSR Setiap Murid

 SK.Kiandongo berada di kedudukan ke-7 Daerah

 Kedudukan BMP di tempat pertama







Sk.Kiandongo menduduki tempat ke 7 berdasarkan GPS sekolah dan berada di kedudukan ke 5 berdasarkan peningkatan GPS sekolah pada tahun 2014.

Sekolah juga merakamkan ucapan tahniah kepada saudari Wellnie Matturis yang berjaya memperolehi 3A 2B dalam peperiksaan yang diambil.

Secara keseluruhannya, sekolah telah mencatatkan keputusan yang cukup membanggakan apabila setiap mata pelajaran berada di kedudukan 10 Terbaik dalam daerah ini. Ini merupakan satu kebanggaan yang perlu disyukuri. Di sini juga, pihak sekolah mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada 3 buah sekolah yang berjaya menempatkan diri di kedudukan 3 Terbaik daerah iaitu SK Kiabau, SK Kopuron dan SK Ansuan. Sudah pasti ada resepi kecemerlangan yang mungkin boleh dikongsi bersama. Selain itu, SK.Kenang-Kenangan berjaya muncul sekolah terbaik dalam Zon Tongod walaupun kurang melibatkan diri dalam bidang sukan, namun telah menunjukkan prestasi akademik yang sangat baik.

Tahniah kepada semua sekolah yang cemelang. Semoga kecemerlangan ini berterusan demi mengangkat martabat pendidikan Negeri Sabah amnya dan Tongod khususnya.

Ahad, November 23, 2014

MSK vs MAK 2014

Jika 7 tahun berturut-turut dikenali sebagai Malam Seribu Kenangan (MSK) bermula pada tahun 2007 kini, MSK telah ditukar menjadi Majlis Apresiasi Kecemerlangan (MAK). Semuaya hasil cetusan ilham Ckg Aizuddin Ashraf yang mencadangkan agar lihat majlis tersebut lebih memfokus kepada kecemerlangan murid-murid samada dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum.

Majlis yang sepatutnya berlangsung pada jam 7.00pm ini terpaksa dilewatkan sedikit hampir setengah jam berikutan hujan yang turun. Tarikh 20hb Nov memori ini sekali lagi tercipta. Kehadiran Pn. Duisa Uga (Pegawai Fasilinus Matematik PPD Tongod Telupid) telah menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.

Pn. Duisa Uga (perasmi MAK 2014)

Tirai majlis ini dibuka dengan persembahan Slaid Sepanjang Tahun yang telah disediakan oleh Ckg.Masru Mustakim. Slaid yang memakan masa hampir 10 minit ini memaparkan keseluruhan aktiviti yang  melibatkan murid sekolah sepanjang tahun 2014.

Majlis diteruskan dengan penyampaian-penyampaian anugerah secara berselang-seli dengan persembahan. Tokoh murid bagi tahap satu telah disandang oleh adik Dwi Shazlina Bt Armon dan bagi tahap dua dianugerahkan kepada Adik Wellen Aleshia Matturis. Kriteria anugerah ini berdasarkan kecemerlangan akademik yang dipamerkan.





Sementara itu, Tokoh Murid bagi tahun ini telah dianugerahkan kepada Adik Winnie Jimis (Ketua Pelajar Sk.Kiandongo) yang telah banyak menyumbang dan menonjolkan ciri-ciri kepimpinan yang baik. Manakala adik Octovianus dinobat sebagai Tokoh Harapan kerana menunjukkan prestasi kecemerlangan akademik dan sukan yang semakin meningkat.


Antara persembahan yang mencuit perhatian hadirin yang hadir adalah tarian kreatif daripada murid tahun 6. Tarian yang diajar oleh bekas murid Sekolah Seni Kuching (Alfoy Dimo) benar-benar menarik dan menceriakan suasana.


Tarian Kreatif murid tahun 6

Majlis MAK 2014 ini diakhiri dengan konvokesyen murid tahun 6 dan penerimaan sijil penghargaan kepada semua Staf Sk.Kiandongo yang telah berkhidmat cemerlang sepanjang tahun 2014. 


 Barisan Penerima Sijil Konvokesyen

 
 
 Bergambar kenangan bersama Pn Duisa Uga, guru-guru dan murid tahun 6



Jumaat, November 21, 2014

HARI KELUARGA : Tambunan, Keningau, Tenom Dalam Misi Lawatan 2014

Sudah menjadi adat bagi Kelab Guru SK.Kiandongo, pada hujung persekolahan untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke mana-mana kawasan menarik. Pada kali ini, kelab guru menjelajah ke Daerah Tenom Negeri sabah. Sebuah dareah yang terkenal dengan gelaran "Kopi Tenom" yang yang menjadi kebanggaan masyarakatnya.

Perjalanan yang berlangsung pada awal hari Jumaat (14hb Nov) daripada Tongod telah tiba di Pekan Tambunan seawal jam 2pm. Lokasi tumpuan utama adalah di kawasan air terjun Mahua atau dikenali sebagai Taman Banjaran Crocker. Di sini, kita sempat meraikan sambutan hari keluarga guru dan staf serta sedikit penghargaan kepada Ckg Kertini Toibon dan Sdr Alfoy Dimo yang banyak berjasa kepada sekolah selaku guru ganti dan guru tari sekolah.
Pintu masuk Taman Banjaran Crocker

Menikmati keindahan Flora-Fauna

Aktiviti BBQ

Kesejukan mandi di Air Terjun Mahua


walaupun sejuk, murid tetap seronok


 Penghargaan kepada Ckg Kertini Toibon

 Penghargaan kepada Sdr Alfoy Dimo


Kek tempahan khas untuk hari keluarga 


Ucapan daripada Ketua Kelab Guru

Pada keesokan harinya, perjalanan diteruskan ke Derah Tenom. Taman Pertanian Sabah menjadi tumpuan utama. Di sini, kami disambut baik oleh pekerja Kopi Fatt Choi Tenom. Selain diberi taklimat berkaitan proses kopi Tenom dihasilkan, kami juga di bawa melawat proses itu dijalankan dan sempat merasa keenakan Kopi Tenom yang diberikan secara percuma.


 Murid mendengar taklimat daripada pekerja


Sebahagian mesin yang memproses Kopi Tenom


Minuman free yang menyeronokkan

 Ckg Susan mendendangkan alunan muzik kulintangan


Lawatan diteruskan ke Taman Pertanian Sabah dengan melihat keindahan bunga-bunga yang pelbagai jenis. Di sini terdapat pelbagai spesis tanaman yang bukan sahaja bermanfaat untuk kesegeran halaman rumah tetapi juga bermanfaat kepada kesihatan badan.
Pelbagai bunga mewangi di taman


Murid di bawa meronda-ronda Pusat Pertanian Sabah menggunakan keretapi

 Suzley terpegun melihat keunikan replika Pahlawan Murut

 Muzium Kaum Murut

 Tugu Perhentian Askar Australia semasa tawanan tentera Jepun

Bergambar di tugu peringatan

Pada keesokan harinya, perjalanan diteruskan ke Kolam Air Panas Poring. Di sini, kami sempat bermandi-manda sebelum meneruskan perjalanan pulang semula ke Sekolah Sk.Kiandongo, Tongod.



Ckg Jemsan & Ckg VIncent


Rabu, November 12, 2014

Kejohanan Catur : Afely tiada pesaing



Kejohanan catur peringkat sekolah telah berlangsung awal pagi tadi (11 Nov 2014). Seramai 30 orang peserta mengambil bahagian terdiri daripada lelaki dan perempuan. Pertandingan yang berlangsung selama 6 pusingan ini tidak menampakkan saingan bagi Afely Aim muncul johan. Adik Afely yang semakin meningkat strategi permainannya mudah saja menewaskan 6 orang lawannya tanpa pernah kalah.

 Tempat kedua dimenangi oleh adik Dix Sagitan dan tepat ketiga oleh Adik Betlen Philipmus. Tujuan pertandinagan ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru pemain catur untuk diketengahkan ke sukan zon pada awal tahun depan.
 Afely Juara (baju sekolah)

Dix Naib Juara (baju biru)


Betlen tempat ketiga


Ketua Penasihat Kelab Catur (Ckg Masru)

 
Suasana di mini dewan pertandingan

Kedudukan markah murid
Pusingan Terakhir (6 pusingan)