Ini merupakan
Tahun ke 4 kampus kiandongo dilaksanakan dan ia telah dilaksanakan sejak tahun
2011 lagi, setiap tahun program ini ditambahbaik. Dan bagi tahun ini, 2014
program ini melibatkan dua fasa dan keseluruhan program mengambil masa 9 minggu
dimana fasa 1 empat minggu dan 5 minggu untuk fasa kedua. Menurut pengarah program, En. Aizuddin Ashraf
bin Che Mohd, penglibatan aktif semua pihak dalam menjayakan program Kampus
Kiandongo fasa pertama ini termasuk
guru-guru amat mengagumkan, paling mencuit hati ialah sumbangan dari ibubapa
yang memberi pelbagai sumbangan seperti beras, ayam, minyak masak, gula dan
sebagainya. Kesedaran ibubapa atau penjaga di Kampung Kiandongo semakin
meningkat dan jauh lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya. Manakala guru-guru
SK Kiandongo pula bertindak sebagai tenaga pengajar secara sukarela mengikut jadual yang telah
ditetapkan. Murid-murid juga kali ini menunjukkan
semangat dan motivasi yang tinggi untuk berjaya. Kita menjangkakan dan berharap
keputusan UPSR tahun ini adalah yang terbaik kerana murid-murid mempunyai sikap
positif dan keinginan untuk berjaya sangat tinggi, ini dibuktikan dengan
terdapat murid-murid yang turut berpuasa bersama-sama guru-guru yang beragama
islam dan berbuka bersama mereka.
Program kali
ini telah dirangka dengan baik dengan kerjasama semua guru-guru dan pentadbir,
selain mengenakan yuran kepada murid-murid yang terlibat, ia turut melibatkan
sumbangan ikhlas tenaga pengajarannya serta orang perseorangan dan sebuah
syarikat pembekal. Fasa 1 akan berakhir pada 25 Julai ini dan fasa 2 akan
bermula pada 4 Ogos ini. Kita berharap dalam masa yang singkat ini,momentum
kecemerlangan diteruskan dengan memecut dengan lebih laju. Jika seseorang masuk
dalam acara sukan lumba lari, 400 meter, 50 meter yang terakhir dia mesti akan
memecut lagi laju, begitu juga konteks belajar,
masa semakin singkat maka masa yang ada harus digunakan dengan sebaik
mungkin.
Sementara itu,
seorang guru wanita yang bertindak sebagai penyediaan makanan dan minuman untuk
murid-murid sepanjang program ini berlangsung berpendapat bahawa murid-murid
tahun ini bukan sahaja pandai tetapi mempunyai sikap yang baik, rajin menolong,
malah menghormati guru,pandangan beliau turut dikongsi dengan seorang guru
Bahasa Malaysia yang turut berpendapat murid-murid tahun ini mempunyai budi
peketi yang baik serta rajin. Semoga murid-murid tahun ini memperolehi keputusan
yang cemerlang dengan usaha yang telah ditunjuk oleh murid-murid ditambah
dengan iringan doa dan harapan dari semua guru-guru, ibubapa, dan semua warga
kiandongo tiada yang mustahil untuk mencatatkan keputusan cemerlang pada tahun
ini tambahnya lagi ketika mengakhiri
perbualan beliau.