Jumaat, Mei 26, 2017

Sukan Permainan Tradisional PIBG : Hari Kedua

Bertambah meriah pada hari kedua. Begitulah suasana yang berlaku di padang SK kiandongo ini. Banyak lagi acara telah dipertandingkan, antaranya meniup tepung, bowling kelapa, bermain gasing, lari kaki kuda, menyambut telur, lari ikat kaki dan acara tarik tali.

Semua peserta yang mengambil bahagian teruja dengan setiap permainan. Walaupun ini merupakan sukan pertama PIBG diadakan, namun kemesraan di antara ahli amat terasa.

En Laiwin Mahir yang merupakan YDP PIBG sekolah ini mengharapkan agar lebih banyak lagi penyumbang-penyumbang yang tampil untuk mempelbagaikan jenis hadiah. Beliau juga berharap agar lebih ramai lagi ibu bapa yang hadir menyertai sukan seperti ini. Kejayaan sukan ini tidak akan dapat dicapai tanpa kerjasama dan penyertaan daripada ibu bapa. Maka itu, penting ibu bapa hadir bersama-sama menjayakannya, walaupun mungkin tidak sebagai peserta tetapi sebagai penyokong.

Sementera itu, guru besar sekolah En. Mian Tampulong di dalam ucapan perasmiannya mengucapkan tahniah kepada PIBG yang berjaya menganjurkan sukan yang penuh bermakna ini. Acara seperti ini bukan sahaja sebagai rekreasi santai, tetapi juga sebagai satu medan merapatkan hubungan antara sesama ahli PIBG.  Beliau menyeru agar PIBG sekolah ini akan terus bersifat proaktif dalam membantu sekolah meningkatkan kecemerlangan dalam semua lapangan. Kejayaan sekolah tidak akan mudah dibentuk tanpa kerjasama erat daripada PIBG. Semakin aktif PIBG sekolah ini, maka akan lebih mudah kejayaan itu dicapai.

Pihak penganjur, mengucapkan berbanyak terima kasih di atas penyertaan semua pihak dalam menjayakan sukan ini. Biro Sukan dan Rekreasi PIBG berhasrat untuk mengadakan lagi sukan seperti ini pada hujung tahun ini. Terima kasih semua. majulah sukan untuk kecemerlangan sekolah.

Padang SK Kiandongo


Acara Bowling kelapa










Matthew, juara bowling kelapa







Acara menyambut telur






Acara menyambut telur. Jarak semakin jauh.

Laiwin, pecah telur, hanya berjaya di tempat kedua



Aksi menyambut telur dalam jarak 25m

Dido dan Didi pemenang menyambut telur (Rekod 30m)





Laiwin, Johan acara permainan gasing







Pertandingan lari kaki kuda

pertandingan berlari sambil ikat kaki

pertandingan berlari sambil ikat kaki





Add caption


YDP PIBG En. Laiwin Mahir

GB En. Mian Tampulong


Biro Sukan Dan Rekreasi PIBG Ckg Jemsan Sakunding

Pemenang mengupas beras

Juara tiup belon

Pemenang memukul kayu tutp mata

Pemenang tiup tepung

Pemenang bawling kelapa

Pemenang menyambut telur

Pemenang permainan gasing

Pemenang lari ikat kaki

Pemenang acara menyumpit

Pemenang acara bola sepak lelaki

pemenang acara bola sepak wanita

Pemenang acara tarik tali lelaki dan wanita