Isnin, Oktober 16, 2017

Perkhemahan Tahunan 2017 Melatih Mental dan Fizikal

Perkhemahan Tahunan SK Kiandongo yang berlangsung pada 12 dan 13 Oktober baru-baru ini telah melatih mental dan emosi setiap peserta. Perkhemahan yang dihadiri oleh murid-murid tahap 2 ini telah menyajikan pelbagai aktiviti menarik.

Pada awal petang selepas pendaftaran, mereka telah mendirikan khemah dan memasak lemang. Pada sebelah malam, program diteruskan dengan aktiviti Ice Breaking, Pembunuh Bersiri dan Kapal Karam. Tiga aktiviti ini memang memecahkan hening malam di tapat perkhemahan. Mereka bukan sahaja bergerak dengan pantas tetapi juga memerah otak menyelesaikan sesuatu masalah.

Seawal pagi jumaat, mereka telah disajikan dengan senaman pagi dan Jungle Tracking. Explorasi yang mengelilingi hutan di belakang sekolah ini telah tersedia dengan pelbagai rintangan. Peringkat awal, murid terpaksa mengharungi kolam renang dengan keluasan 50x70 kaki persegi. Kemudian, mereka terpaksa mendaki bukit menggunakan tali setinggi 10 meter. Halangan "rampagas" yang tersedia di atas bukit terpaksa dihadapi dengan perjalanan sejauh 30 meter ke ulang-alik.

Dalam perjalanan memasuki hutan, pelbagai rintangan semulajadi terpaksa ditempuh. Duri, belukar, ular, lipan, serangga serta banyak lagi penghuni hutan yang menggerunkan. Rangkak Komando antara cabaran yang menyeronokkan. mereka terpaksa melalui jaringan yang telah dibina khas di atas permukaan air dengan ruang setinggi setengah ke satu kaki. mereka terpaksa menyelam untuk sampai ke penghujung. Selesai itu, mereka terpaksa melalui satu lagi halangan yang menanti di atas bukit iaitu juga "Rangkak Komando" yang berada di atas bukit.

Begitulah sedikit gambaran keadaan perkhemahan yang berlangsung dengan waktu yang sangat singkat iaitu 2 hari satu malam. Perkhemahan ditangguhkan pada jam 1100 oleh Guru Besar Sk Kiandongo En.Mian Tampulong. Murid kemudian balik dengan wajah kepenatan. Sekilas ucapan di bibir mereka berkata, "BEST".

Foto : Ckg Masru