Majlis Sukan
Sekolah Sk Kiandongo telahpun melabuhkan tirainya pada hari ini. Seperti biasa,
sebanyak 9 acara sukan telah dipertandingkan untuk dua kategeri lelaki dan
perempuan. Ini menjanjikan sebanyak 18 pingat emas keseluruhan. 4 rumah sukan
iaitu RAJAWALI, KASAWARI, CENDERAWASIH DAN KENYALANG telah menurunkan
jaguh-jaguh sukan mereka bagi merebut setiap pingat yang dipertandingkan.
Sukan yang
diadakan pada kali ke-9 tahun ini, telah diadakan di Padang Sekolah SK
Kiandongo. Selama 9 tahun secara rasminya, padang ini telah melahirkan ramai
jaguh-jaguh sukan daripada kalangan pelajar yang mewakili sekolah sehingga ke
peringkat negeri. Sedihnya, ini merupakan tahun terakhir sukan di adakan di
padang ini sebelum ia berubah wajah (dijangka pada tahun hadapan) menjadai
tapak sekolah yang baru.
Banyak cerita
suka dan duka telah terpatri di padang ini, demikian kata YDP PIBG Sk Kiandongo
En. Laiwin Mahir yang merasmikan kejohanan sukan pada tahun ini.
Setelah 2 hari
mengumpul pingat, akhirnya tirai sukan ditutup hari ini. Rumah sukan Rajawali
(Rumah Kuning) telah bergelar sebagai juara keseluruhan setelah berjaya
membolot 7 pingat emas, 4 perak dan 4 juga pingat gangsa. Malang bagi Rumah
Sukan Kenyalang (Rumah Biru) kerana tidak dapat mempertahankan kejuaraannya
pada tahun 2015 dan 2016 setelah paruhnya dipatahkan kembali oleh Rajawali pada
tahun ini. Rumah Sukan Kasawari dan Cenderawasih masing-masing berada di tempat
ketiga dan keempat. Satu kejutan yang
berlaku pada tahun ini apabila Rumah Kuning menampilkan atlit baru yang
akhirnya dinobat sebagai Olahragawati setelah 4 tahun di sekolah tidak
menyumbang apa-apa pingat di dalam sukan. Namu pada tahun ini setelah berada di
tahun 5, adik ini telah berjaya mendapat 2 pingat emas melalui acara
peribadinya 100m dan 200m beserta acara 4 X 200m. Olahragawati yang dimaksudkan
adalah adik MADALYN JULIN. Tahniah diucapkan kepadanya.
Khairul Hafiz
Jantan, itulah nama yang sering disebutkan bagi merujuk kepada dirinya. Adik
muda berusia 10 tahun ini begitu bersemangat dalam acara balapan kegemarannya
100m dan 200m. Akhirnya, dia berjaya membolot kedua-dua emas bagi acara ini.
Atlit yang dimaksudkan ini adalah Adik Max Heral Ivan Mas daripada Rumah
Cenderawasih (Rumah Merah). Dia juga berjaya mendapat emas bagi acara 4 X 200m
dan perak bagi acara 4 X 100 meter. Max Heral Ivan Mas kemudian dengan rasminya
dinobatkan sebagai Olahragawan Majlis Sukan Sekolah SK Kiandongo pada tahun
2017.
 |
Fikawelin Johan Lompat Tinggi Perempuan |
 |
LAiredson Johan LOmpat Tinggi Lelaki |
 |
Johan Lontar Peluru |
 |
Fannelyn Johan Lontar Peluru Perempuan |
 |
Helmah Johan Lompat Jauh Perempuan |
 |
Lauredson Johan Acara Lompat Jauh |
 |
Madalyn Juara Acara 100M Perempuan |
 |
Ivan juara acara 100m Lelaki |
 |
Evey Fikawelin Juara acara 80M Lari berpagar |
 |
Alixander Albert Juara 80m Lari Berpagar Lelaki |
 |
Rumah Hijau Juara Acara 4X200M |
 |
Rumah Kuning Juara Acara 4X200M Lelaki |
 |
Ucapan Guru Besar En Mian Tampulong |
 |
En Laiwin Mahir Merasmian penangguhan MSS Sk Kiandongo kali ke 9, 2017 |
 |
Kedudukan pingat di hari terakhir |
 |
Rumah Kuning (Rajawali) Juara Keseluruhan |
 |
OLAHRAGAWAN |
 |
OLAHRAGAWATI |
 |
OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan