Rabu, Mac 08, 2017

Catur MSSD Telupid : 4 Orang Terpilih Ke Peringkat Bahagian

Pada 1hb Mac hingga 3b mac telah berlangsung kejohanan catur peringkat MSSD Telupid yang berlangsung di SK Telupid, Batu 4.

Alhamdulillah syukur.. walaupun penyertaan catur tahun ini semakin ramai. Namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat murid kita untuk bersaing.

Seramai 47 orang peserta drpd 11 buah sekolah yg terlibat  bagi kategori lelaki. Murid kita ELPI SAGITAN berjaya menduduki tempat ke-5 dan sekaligus dipilih mewakili daerah ke peringkat bahagian Sandakan.

Dua orang lagi peserta kita iaitu JICK NICKLESON KELARIN hanya berjaya di tempat ke 21 dan JICKLEESON KELARIN berada di tempat ke 37.

Sementara itu, seramai 34 orang peserta perempuan keseluruhan bawah 12 tahun.  3 orang murid kita berjaya ke peringkat bahagian setelah berjaya dikedudukan 4, 5 dan 6. Mereka ialah ANGELINE PASCUAL, NENCIANAH AIM dan WELLNAH HERNITAH MATTURIS.

Sementara itu, HANISAH ERWIN dan CERLISTI VINCENT hanya berjaya di kedudukan 11 dan 12.

Tahniah diucapakan kepada semua peserta yg berjaya. Bagi peserta yang tidak berjaya semoga dapat meningkatkan lagi prestasi di tahun hadapan.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan dalam pelbagai sudut.

MSSB dijangka akan berlangsung selama 3 hari iaitu 11-13 April di MRSM Sandakan. Kita jumpa di sana.
Ust Khairul gembira dibelanja makan.. haha

Wellnah senyum menghulur salam kepada lawan

Dari kanan Angeline, Wellnah dan Nencianah.. fokus menentang lawan mereka

Elpi Sagitan di tempat ke-5

Jickleeson di tempat ke-37


Cerlistie, badan kiccik tapi kuat makan

Makan malam. nasi ayam. yuhuuuu









peserta dibawa bersiar-siar ke IPS Telupid

Telupid Chess Team.. SK Kiandongo


peserta catur bersama guru penasihat Ckg Masru dan Ust Khairul Adham

3 orang peserta terpilih daripada 7 irang peserta

Elpi salah seorang yang terpilih ke peringkat bahagian daripada 7 orang peserta

4 orang peserta yang layak ke peringkat bahagian
Keputusan rasmi peserta lelaki

keputusan rasmi peserta perempuan

Khamis, November 24, 2016

Kudat destinasi Lawatan Sambil Belajar

Tahun ini, Kudat telah menjadi pilihan destinasi oleh setiap staf SK.Kiandongo. Tarikh 4-6 November menjadi pilihan perjalanan menuju ke puncak daerah dalam negeri Sabah ini. Lebih kurang 8 buah kereta peribadi bersama dengan sebuah bas mini yang mengangkut murid-murid tahun 6 telah berlepas seawal jam 9 pagi. Perjalanan yang dianggarkan sejauh 360km daripada Pekan Tongod ini, telah diselang-selikan dengan persinggahan di kawasan-kawasan menarik sepanjang perjalanan.


macam-macam kraftangan dijual

Aksi yang jarang2 dipamerkan.. haha

Beli la satu, buat hadiah orang tersayang.. peweet





Ckg Masru bergambar dengan Samsul dan Firdaus

Dunia gong di Kg Sumangkap, Kudat




Kak Mastina menunjukkan cara bermain Kulintangan gaya Ratu Alam Semulajadi.. ahaha

Mana-mana tempat mesti mau begambar

Tip Of Borneo.. Simpang mengayau

Power Rangers 3 sahabat

Best.. itulah simbol yang dapat ditunjukkan berada di sini

Tangkap gambar lagi.. haha

Geng perempuan dalam misi lawatan


Suasana malam di pekan Kudat

Hari terakhir dalam pertukaran hadiah antara staf.. gembira dapat tuala.. haha

Tapak penginapan Maranjak Longhouse, Kuat
Terima kasih sudi membaca. Semoga ada masa ke sini lagi lain kita..

Rabu, November 16, 2016

SUKAN MSS SK KIANDONGO : Kenyalang Subur Cenderawasih Lebur

Sukan MSS Sk.Kiandongo yang berlangsung pada 19 dan 20 Oktober lepas telah menyaksikan para atlet mempersembahkan bakat mereka dalam acara yang disertai masing-masing. Sukan yang berlangsung selama 2 hari ini berjaya berjalan dengan lancar mengikut jadual yang telah ditetapkan. Bukan sahaja acara rasmi dipertandingankan, turut diadakan tambahan acara terbuka yang julungkali di adakan seperti pertandingan "membaling dart", "bowling kelapa".

Seperti diramal, Kenyalang atau rumah sukan biru dijangka akan mengekalkan kejuaraan sukan pada tahun ini. Ini terbukti benar bilamana Kenyalang berjaya mengutip 17 pingat keseluruhan dan 6 daripadanya adalah pingat emas. Rumah Kenyalang diberi saingan hebat daripada rumah Rajawali (Kuning) bekas juara 3 tahun berturut-turut (2012-2014) dengan mengutip 15 pingat keseluruhan. 5 daripadanya adalah pingat emas setelah gagal mendapat pingat emas keenam menerusi pelari pecutnya Joshua Hector Nikfik setelah terjatuh sebelum sampai ke garisan penamat 100 meter. Kasawari di tempat ketiga dengan mengutip 4 pingat emas sementara Cenderawasih (Rumah Merah) hanya berjaya mengutip 3 pingat emas sahaja.

Aksi Nencianah, johan melontar peluru wanita


Aksi Alexander, johan melontar peluru lelaki
Lauredson berjaya meraih Emas dalam acara lompat tinggi
Jickkleson tidak dapat menyaingi Lauredson dan hanya berjaya mengutip pingat perak
Penyampaian hadiah acara Lompat tinggi

Dennis sekadar di tempat ketiga lompat tinggi



Evey Susiliyn membantu rumah Biru mengutip pingat Emas
Dwi Shazlina hanya mampu mengutip pingat perak

Calveliryana berjaya mendapat pingat gangsa untuk rumah hijau


Lompatan Azirah Tanis membuahkan pingat emas untuk rumah biru
Helvina berjaya meraih pingat Perak

Evey Fikawelin hanya berjaya mengutip pingat gangsa





Penyampaian hadiah Lompat Jauh

Penyampaian hadiah 100m lelaki

Penyampaian hadiah 100m perempuan

Penyampaian hadiah lari berpagar 80m lelaki

Penyampaian hadiah lari berpagar 80m perempuan



Guru Besar En. Mian Tampulong memberi ucapan



En. Aim Ansang (JKK Kg Kiandongo) diundang sebagai perasmi kejohanan sukan pada tahun ini

Ckg Jemsan bersama buah hatinya..






Ckg Masru selaku juruacara majlis

Penyampaian hadiah bagi acara terbuka Lontar Peluru Wanita

Penyampaian hadiah bagi acara terbuka Lontar PeluruLelaki

Penyampaian Hadiah membaling dart Lelaki

Penyampaian Hadiah membaling dart perempuan

  Penyampaian hadiah 4X100M acara terbuka perempuan

Penyampaian hadiah 4X100M acara terbuka lelaki

Penyampaian hadiah acara tarik tali

Biru Johan keseluruhan



Penyampaian hadiah lari 80m perempuan bawah 8 tahun

Penyampaian hadiah lari 80m lelaki bawah 8 tahun

Penyampaian hadiah acara 100M perempuan

Penyampaian hadiah acara 100M lelaki

Penyampaian hadiah acara 4X200M Perempuan

Penyampaian hadiah acara 4X200M Lelaki

Penyampaian Hadiah Olahragawan dan Olahragawati

Penyampaian hadiah juara keseluruhan kepada rumah Sukan Kenyalang (Biru)

Ckg Vincent (Ketua Penasihat) Rumah Biru bergambar dengan Olahragawan daripada anak buahnya Elpi Sagitan
Jumlah kutipan pingat keseluruhan

 Pertandingan Tarik tali menceriakan aktiviti sukan yang berlangsung