Khamis, Julai 24, 2014

Taklimat Pengisian Borang Permohonan KWAPM & RMT bagi sesi 2015


                    Pada Selasa lalu, 22 Julai 2014, bertempat di Kantin RMT SK Kiandongo, jam 8.00 pagi telah diadakan Taklimat Pengisian Borang Permohonan KWAPM & RMT bagi sesi 2015 untuk semua ibubapa atau penjaga. Program ini merupakan julung kali diadakan bagi memberi penerangan dan penjelasan tentang Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) & Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk Tahun 2015. Menurut penyelaras KWAPM SK Kiandongo, En. Vincent Sintia program seumpama ini julung kali diadakan,  ia diadakan bagi memberi penerangan dan taklimat pengisian borang KWAPM & RMT bagi tahun 2015, ibubapa dijemput hadir sendiri ke sekolah bagi mengisi borang permohonan tersebut. Ini sekaligus dapat mengelakkan keciciran, kita telah menjemput semua ibubapa melalui surat yang telah diedarkan sejak minggu lalu lagi, dan kita bersyukur sambutan adalah amat mengalakkan. Taklimat ini dijalankan merangkumi tentang kelayakkan pemohon, cara-cara memohon dan cara mengisi borang. Selain itu melalui pengisian borang KWAPM, pihak sekolah dapat mengetahui status terkini  pemohon dan mereka yang berkelayakkan akan dibantu. Ibubapa dibimbing secara langsung dengan bantuan guru-guru pada masa tersebut dan diisi secara kumpulan, ini mengelakkan kesilapan semasa mengisi borang, ujurnya. Beliau turut berharap agar ibubapa dapat menghantar borang tersebut secepat mungkin bagi melancarkan urusan KWAPM & RMT untuk Tahun 2015. 
               
                Sementara itu bagi penyelaras RMT, Pn. Anitah Matni turut menyentuh mengenai taklimat pengisian borang RMT, beliau turut berharap agar ibubapa dapat mengembalikan borang permohonan secepat mungkin. Dalam perjumpaan tersebut turut dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan rotong-royong pada jumaat ini ( 25 Julai 2014). Kita berharap sambutan agar ibubapa dapat hadir melibatkan diri sebagai tanda memberi sokongan untuk setiap aktiviti atau program sekolah demi memastikan kecemerlangan murid-murid Kiandongo, ujur Pn. Susan Lagayan, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) dengan penuh optimis.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan