Ahad, November 23, 2014

MSK vs MAK 2014

Jika 7 tahun berturut-turut dikenali sebagai Malam Seribu Kenangan (MSK) bermula pada tahun 2007 kini, MSK telah ditukar menjadi Majlis Apresiasi Kecemerlangan (MAK). Semuaya hasil cetusan ilham Ckg Aizuddin Ashraf yang mencadangkan agar lihat majlis tersebut lebih memfokus kepada kecemerlangan murid-murid samada dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum.

Majlis yang sepatutnya berlangsung pada jam 7.00pm ini terpaksa dilewatkan sedikit hampir setengah jam berikutan hujan yang turun. Tarikh 20hb Nov memori ini sekali lagi tercipta. Kehadiran Pn. Duisa Uga (Pegawai Fasilinus Matematik PPD Tongod Telupid) telah menambahkan lagi kemeriahan majlis tersebut.

Pn. Duisa Uga (perasmi MAK 2014)

Tirai majlis ini dibuka dengan persembahan Slaid Sepanjang Tahun yang telah disediakan oleh Ckg.Masru Mustakim. Slaid yang memakan masa hampir 10 minit ini memaparkan keseluruhan aktiviti yang  melibatkan murid sekolah sepanjang tahun 2014.

Majlis diteruskan dengan penyampaian-penyampaian anugerah secara berselang-seli dengan persembahan. Tokoh murid bagi tahap satu telah disandang oleh adik Dwi Shazlina Bt Armon dan bagi tahap dua dianugerahkan kepada Adik Wellen Aleshia Matturis. Kriteria anugerah ini berdasarkan kecemerlangan akademik yang dipamerkan.





Sementara itu, Tokoh Murid bagi tahun ini telah dianugerahkan kepada Adik Winnie Jimis (Ketua Pelajar Sk.Kiandongo) yang telah banyak menyumbang dan menonjolkan ciri-ciri kepimpinan yang baik. Manakala adik Octovianus dinobat sebagai Tokoh Harapan kerana menunjukkan prestasi kecemerlangan akademik dan sukan yang semakin meningkat.


Antara persembahan yang mencuit perhatian hadirin yang hadir adalah tarian kreatif daripada murid tahun 6. Tarian yang diajar oleh bekas murid Sekolah Seni Kuching (Alfoy Dimo) benar-benar menarik dan menceriakan suasana.


Tarian Kreatif murid tahun 6

Majlis MAK 2014 ini diakhiri dengan konvokesyen murid tahun 6 dan penerimaan sijil penghargaan kepada semua Staf Sk.Kiandongo yang telah berkhidmat cemerlang sepanjang tahun 2014. 


 Barisan Penerima Sijil Konvokesyen

 
 
 Bergambar kenangan bersama Pn Duisa Uga, guru-guru dan murid tahun 6



Tiada ulasan:

Catat Ulasan