Pengakap SK Kiandongo (Kumpulan 02 Tongod) telah mengadakan Aktiviti Ikhtiar Hidup pada 5 dan 6 Julai 2013. Aktiviti seperti telah minat beberapa ahli PBSMM dan TKRS sekolah untuk sama-sama berkongsi pengalaman memasak dengan menggunakan segala bentuk alih ganti khususnya buluh. Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, para peserta diberi peluang 100% memasak nasi, lauk, sayur dan air dengan citarasa kumpulan masing-masing. Dengan berbekal 5 batang mancis,semua kumpulan berjaya meminimakan penggunaan mancis antara 1 atau 2 batang sahaja. Kerjasama ahli kumpulan dapat dilihat dengan jelas semasa aktiviti tersebut berlangsung termasuk mencari keperluan bahan seperti kayu api, tempat memasak dan buluh.
Ahad, Julai 07, 2013
Khamis, Julai 04, 2013
Kuartet 4X100m Cipta Kejutan
Kuartet 4X100m lelaki dan perempuan telah diberi peluang untuk menyertai acara jemputan 4X100m sempena Kejohanan Olahraga SK Pekan Telupid di Padang Majlis Daerah Labuk Sugut pada 4 Julai 2013. Bagi edisi kali ini sebanyak 4 pasukan lelaki dan 5 pasukan perempuan telah menyertai acara jemputan tersebut yang turut disaksikan oleh Ketua Unit Sukan PPD Tongod (Telupid), En. Reynold Jisli. Kuartet 4X100 Lelaki dan Perempuan telah berjaya menduduki tangga kedua dan sekaligus merangkul hadiah wang tunai RM75 selaku pemenang tempat kedua bagi setiap acara dimenangi. Acara lelaki telah dimenangi oleh Kuartet SK Pekan Telupid manakala Kuartet SK Buis memenangi acara perempuan. Ganjaran pemenang bagi kedua-dua acara ialah wang tunai bernilai RM100. Kejayaan menduduki tangga kedua bagi memberi keyakinan dan motivasi tinggi untuk para atlit dalam rangka persiapan bagi Kejohanan Olahraga Zon Tongod yang dijangka diadakan sekitar bulan Oktober atau November 2013.
Kem Lambaian Ilmu 2013 Catat Rekod Baru
Kem Lambaian Ilmu (KLI) 2013 atau Kem Motivasi UPSR Zon Tongod mencatat rekod baru apabila sejumlah 139 orang peserta dari 4 buah sekolah iaitu SK Kiandongo dengan 11 orang peserta, SK Sogo-Sogo - 35 orang peserta, SK Imbak - 19 orang peserta dan tuan rumah edisi keempat, SRK Pekan Tongod dengan 74 orang peserta mengatasi bilangan peserta pada tahun 2012 iaitu 133 orang peserta. KLI 2013 telah diadakan pada 28-30 Jun 2013 dengan menyaksikan lebih kurang 20 orang guru dan kakitangan telah terlibat secara langsung dalam penganjuran program kali ini yang turut menyelitkan Bengkel Menjawab Soalan UPSR bagi mata pelajaran teras, Malam Penghayatan, Ceramah Motivasi, Kembara, Sukaneka dan beberapa slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Ceramah Motivasi pada tahun ini telah menerima kehadiran Cikgu Malin Manni dari SMK Muhibbah, Sandakan yang begitu bersemangat menyampaikan ceramah sehingga menimbulkan suasana ceria dan harmoni di kalangan para peserta walaupun ceramah tersebut berakhir jam 10:00 malam. Kehadiran para penceramah bagi subjek UPSR seperti Pn. Moilin Tatty (BM), En. Stonny Anthony (BI), En. Redzwan Sinbad (M3) dan Pn. Dayang Atian (Sains) telah banyak memberi input secara sistematik tentang tatacara menjawab soalan UPSR dengan baik dan efektif.
Bengkel Menjawab Soalan UPSR
Ceramah Bahasa Inggeris oleh Cg. Stonny
Sukaneka : Kepit Belon
Sukaneka : Hantar Getah Guna Straw
Yg Berusaha Guru Besar SRK Pekan Tongod, En Maha Nain merasmikan penangguhan Majlis Penutupan
Bergambar Kenangan Bersama Peserta Lelaki
Jumaat, Jun 21, 2013
Rajawali Kekal Kejuaraan. Ferlent dan Elvieuna Kekal Status
Seperti diduga Rumah Sukan Kuning mengungguli Kejohanan Sukan dan Olahraga 2013 apabila memenangi 8 Emas 7 Perak dan 3 Gangsa. Kejohanan pada kali ini menyaksikan Olahragawan dan Olahragawati terus menjadi milik Ferlent Philip dengan 3 Emas melalui acara 100m, 200m dan 4X100m manakala Elvieuna Jasmi memenangi 3 Emas dan 1 Gangsa melalui acara 100m, 200m dan 4X100m. Pada edisi ini turut menyaksikan beberapa atlit berjaya diketengahkan antara Lauredson Lawarence, Vizianah Kukong, Winnie Jimis dan Dix Sagitan. Sementera itu pasukan Kenyalang (Biru) berjaya memintas kedudukan Cenderawasih (Merah) dengan perbezaan pingat perak. Kedua -dua pasukan beroleh 4 pingat emas. Kejohanan yang berlangsung pada 19-20 Jun 2013 telah ditangguhkan dengan rasmi oleh Yang Berbahagia, Encik Laising Podok selaku Pemimpin Kemajuan Rakyat DUN Kuamut yang turut berusaha untuk menjadikan padang SK Kiandongo salah satu padang yang akan dinaiktaraf selaku padang yang menetapi piawai kejohanan sukan berdasarkan Garis Panduan Pengelolaan Sukan.
Ahad, Jun 16, 2013
Program Permuafakatan dan Majlis Menandatangani Buku Pelaporan PKBS 2013
SK Kiandongo telah mengadakan program Permuafakatan dan Menandatangani Buku Pelaporan PKBS pada 13 Jun 2013. Program yang bermula pada jam 10:00 pagi dimulakan dengan ucapan alu-aluan Yang Berusaha En. Mohd Jasnee , Guru Besar SK Kiandongo dan diikuti Ceramah Peranan Ibu Bapa dalam membantu Kejayaan Anak-anak oleh Guru Bimbing dan Kaunseling , En. Masru Mustakim selama 1 jam 30 minit. Program ini turut menghargai kejayaan para murid yang berjaya mendapat tempat pertama hingga ketiga dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang diadakan sebelum sesi cuti pertengahan penggal bermula. Program ini yang bertujuan memberi kesedaran bersama terhadap peranan ibu bapa menyediakan keperluan dan perhatian dalam pembelajaran anak mereka di rumah. Di akhir program ini, para ibu bapa diberi peluang untuk bersua muka dan berbincang prestasi akademik mereka bersama Guru Kelas .
Ceramah Keibubapaan oleh Cikgu Masru Mustakim
Rabu, Mei 29, 2013
Isnin, Mei 27, 2013
200 sertai Perkhemahan Unit Beruniform 2013
Majlis Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Daerah Tongod (Telupid) mengorak langkah apabila buat julung kalinya mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform Daerah Tongod (Telupid) pada 17 hingga 19 Mei 2013. SK Tangkungon telah diberi mandat untuk menjadi tuan rumah pertama bagi program ini. Buat edisi pertama ini, sebanyak 15 buah sekolah telah mengambil bahagian yang terdiri daripada 12 sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah. Seramai 200 orang peserta (124 orang murid sekolah rendah dan 76 orang pelajar sekolah menengah). SK Kiandongo telah menghantar 10 orang murid yang terdiri daripada 5 orang ahli Pengakap dan 5 orang ahli PBSMM beserta 5 orang guru pengiring yang diketuai oleh PK Kokum, En. Jemsan Sakunding. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan yang lebih berfokus kepada kekuatan fizikal dan disulami aktiviti berkumpulan antaranya ialah Jungle Tracking, Ikhtiar Hidup, Rempuh Halangan dan Malam Persembahan. Sebanyak 10 kumpulan telah dibentuk secara integrasi antara sekolah dan unit beruniform dengan seorang ketua dilantik daripada pelajar sekolah menengah. Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan , En Stephen Radin Azmi telah hadir menyempurnakan Majlis Penangguhan dan sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Ikhtiar Hidup
Jungle Tracking sejauh 4.3 km
Rempuh Halangan
Langgan:
Catatan (Atom)

