Khamis, Julai 04, 2013

Kem Lambaian Ilmu 2013 Catat Rekod Baru

Kem Lambaian Ilmu (KLI) 2013 atau Kem Motivasi UPSR Zon Tongod mencatat rekod baru apabila sejumlah 139 orang peserta dari 4 buah sekolah iaitu SK Kiandongo dengan 11 orang peserta, SK Sogo-Sogo - 35 orang peserta, SK Imbak - 19 orang peserta dan tuan rumah edisi keempat, SRK Pekan Tongod dengan 74 orang peserta mengatasi bilangan peserta pada tahun 2012 iaitu 133 orang peserta. KLI 2013 telah diadakan pada 28-30 Jun 2013 dengan menyaksikan lebih kurang 20 orang guru dan kakitangan telah terlibat secara langsung dalam penganjuran program kali ini yang turut menyelitkan Bengkel Menjawab Soalan UPSR bagi mata pelajaran teras, Malam Penghayatan, Ceramah Motivasi, Kembara, Sukaneka dan beberapa slot Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Ceramah Motivasi pada tahun ini telah menerima kehadiran Cikgu Malin Manni dari SMK Muhibbah, Sandakan yang begitu bersemangat menyampaikan ceramah sehingga menimbulkan suasana ceria dan harmoni di kalangan para peserta walaupun ceramah tersebut berakhir jam 10:00 malam. Kehadiran para penceramah bagi subjek UPSR seperti Pn. Moilin Tatty (BM), En. Stonny Anthony (BI), En. Redzwan Sinbad (M3) dan Pn. Dayang Atian (Sains) telah banyak memberi input secara sistematik tentang tatacara menjawab soalan UPSR dengan baik dan efektif.

Bengkel Menjawab Soalan UPSR


Ceramah Bahasa Inggeris oleh Cg. Stonny

Sukaneka : Kepit Belon

Sukaneka : Hantar Getah Guna Straw



Yg Berusaha Guru Besar SRK Pekan Tongod, En Maha Nain merasmikan penangguhan Majlis Penutupan

Bergambar Kenangan Bersama Peserta Lelaki


Bergambar Kenangan Bersama Peserta Perempuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan