Khamis, Julai 04, 2013

Kuartet 4X100m Cipta Kejutan

Kuartet 4X100m lelaki dan perempuan telah diberi peluang untuk menyertai acara jemputan 4X100m sempena Kejohanan Olahraga SK Pekan Telupid di Padang Majlis Daerah Labuk Sugut pada 4 Julai 2013. Bagi edisi kali ini sebanyak 4 pasukan lelaki dan 5 pasukan perempuan telah menyertai acara jemputan tersebut yang turut disaksikan oleh Ketua Unit Sukan PPD Tongod (Telupid), En. Reynold Jisli. Kuartet 4X100 Lelaki dan Perempuan telah berjaya menduduki tangga kedua dan sekaligus merangkul hadiah wang tunai RM75 selaku pemenang tempat kedua bagi setiap acara dimenangi. Acara lelaki telah dimenangi oleh Kuartet SK Pekan Telupid manakala Kuartet SK Buis memenangi acara perempuan. Ganjaran pemenang bagi kedua-dua acara ialah wang tunai bernilai RM100. Kejayaan menduduki tangga kedua bagi memberi keyakinan dan motivasi tinggi untuk para atlit dalam rangka persiapan bagi Kejohanan Olahraga Zon Tongod yang dijangka diadakan sekitar bulan Oktober atau November 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan