Isnin, Mei 27, 2013

200 sertai Perkhemahan Unit Beruniform 2013

Majlis Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum  Daerah Tongod (Telupid) mengorak langkah apabila buat julung kalinya mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform Daerah Tongod (Telupid) pada 17 hingga 19 Mei 2013. SK Tangkungon telah diberi mandat untuk menjadi tuan rumah pertama bagi program ini. Buat edisi pertama ini, sebanyak 15 buah sekolah telah mengambil bahagian yang terdiri daripada 12 sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah. Seramai 200 orang peserta (124 orang murid sekolah rendah dan 76 orang pelajar sekolah menengah). SK Kiandongo telah menghantar 10 orang murid yang terdiri daripada 5 orang ahli Pengakap dan 5 orang ahli PBSMM beserta 5 orang guru pengiring yang diketuai oleh PK Kokum, En. Jemsan Sakunding. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan yang lebih berfokus kepada kekuatan fizikal dan disulami aktiviti berkumpulan antaranya ialah Jungle Tracking, Ikhtiar Hidup, Rempuh Halangan dan Malam Persembahan. Sebanyak 10 kumpulan telah dibentuk secara integrasi antara sekolah dan unit beruniform dengan seorang ketua dilantik daripada pelajar sekolah menengah. Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan , En Stephen Radin Azmi telah hadir menyempurnakan Majlis Penangguhan dan sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang.


Ikhtiar Hidup


Jungle Tracking sejauh 4.3 km


Rempuh Halangan


Tiada ulasan:

Catat Ulasan