Isnin, Mei 27, 2013

Telupid Johan Temasya Balapan dan Padang MSSB Sandakan 2013

Hajat kontijen Tongod (Telupid) untuk mengulangi pencapaian menjadi Johan Kejohanan Balapan dan Padang pada 2010 telah menjadi realiti apabila muncul juara bagi edisi 2013 dengan memungut 40 Emas , 27 Perak dan 18 Gangsa sekaligus mengatasi pencapaian 32 Emas pada edisi 2010. Dengan berbekal semangat selaku tuan rumah dengan menjadikan SMK Telupid selaku gelanggang pertarungan, kontijen Telupid dilihat begitu menonjol dalam kategori Lelaki Bawah 15 Tahun apabila memenangi 10 emas daripada 15 emas yang ditawarkan dengan saudara Adely Aim memenangi 4 Emas dalam acara 200m, 400m , 4X100m dan 4X400m. Pencapaian atlit lelaki diteruskan dengan atlit perempuan bawah 15 Tahun  memenangi 11 emas dari 14 emas yang menjadi rebut. 2 atlit Telupid dinobatkan selaku olahragawan dan olahragawati di dalam kategori masing-masing. Arnold Anduroh dijulang selaku Olahragawan  Bawah 18 Tahun di atas pencapaian Rekod Baru di dalam acara Lontar Peluru manakala Nelce Sulaiman yang menjadi Olahragawati Bawah 15 Tahun begitu unggul dengan 3 Emas dalam acara jarak jauh dan sederhana (800m, 1500m dan 3000m) .



Tiada ulasan:

Catat Ulasan