Isnin, Mei 27, 2013

3 Murid Raih Perak MSSB Sandakan 2013

Airolina Julis, Juanita Julin dan Nilziana Salleh telah diberi penghormatan untuk mewakili Pasukan Telupid/Tongod Perempuan 12 Tahun dalam Kejohanan Bola Tampar MSSB Sandakan 2013 yang berlangsung pada 3-4 April 2013 di SK Pekan Telupid. Di dalam kejohanan ini pasukan Telupid telah ditumpaskan pasukan Sandakan dalam pertarungan tiga set walaupun pada suatu ketika telah memenangi set pertama dengan 25-13 dan mendahului 18-9 pada set kedua. Namun demikian, perasaan yang terlalu yakin telah memakan diri sendiri apabila tumpas 25-20 pada set kedua dan 15-13 pada set penentuan. Sementara itu, pasukan Telupid telah menjadi johan kategori Lelaki 12 Tahun dengan menewaskan pasukan Sandakan. Pasukan Lelaki bawah 18 tahun sekadar tempat ketiga dan Pasukan Perempuan bawah 18 tahun gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada tahun 2012 apabila hanya memenangi pingat perak pada edisi kali ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan