Sabtu, April 11, 2015

SUKAN : Bola Sepak, Bola Tampar, Catur, MEMONTOL

Sukan Bola Sepak telah mencatatkan keputusan yang baik setelah berjaya memasuki peringkat akhir bertemu dengan Sk.Entilibon. Pasukan yang diundi bersama dalam kumpulan A dianggotai oleh pasukan daripada Sk.Penangah, Sk.Ansuan, Sk.Menanam dan Sk.Entilibon telah menunjukkan prestasi yang baik. Perlawanan yang sentiasa mencatatkan kemenangan besar itu akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan pasukan Sk.Entilibon yang menundukkan pasukan sekolah sebanyak 2 kali. 3 orang pemain daripada pasukan sekolah telah terpilih ke peringkat bahagian iaitu Dix Sagitan, Afely Aim dan Jirol Ginal. Jurulatih bola sepak bagi pasukan sekolah adalah Ckg. Jemsan Sakunding. Berikut merupakan laluan perlawanan pasukan sekolah sehinggalah ke peringkat akhir.

Sk. kiandongo 3-0 Sk. Penangah
Sk. kiandongo 3-0 Sk. Ansuan
Sk. kiandongo 3 - 0 Sk. Menanam
Sk. kiandongo 0 - 4 Sk. Entilibon
Sk. kiandongo 2-1 Sk. Imbak
Sk. kiandongo 3-2 Sk. Telupid Bt 4 (Suku Akhir)
Sk. Kiandongo 3 (tendangan penalti) 2 Sk. Minusuh (Separu Akhir)
Sk, kiandongo 1-2 Sk. Entilibon (Akhir)

Pasukan Sk.Kiandongo


 Suku akhir menentang Sk Telupid (merah)

Akhir, menentang Sk. Entilibon (kuning)

 Azron, menerima hadiah Naib Johan

 Ckg Jemsan ditemani oleh Ckg Aizudin dan Ckg Stonny bergambar bersama pasukan bola sepak sekolah

Bagi Acara Bola Tampar lelaki, pasukan sekolah telah diundi dalam kumpulan 2 bersama dengan Sk. Linayukan, Sk.Tongod dan Sk. Pekan Telupid. Pasukan sekolah telah mencatat tempat kedua setelah tewas dengan pasukan Sk. Linayukan yang muncul johan di sekolah sendiri. 4 orang peserta telah terpilih daripada pasukan sekolah ke peringkat bahagian iaitu Jirol Ginal, Eyousrin Jalius, Azron Julis dan Petedrus Petrus. Jurulatih bagi pasukan bola tampar adalah Ckg. Aizudin Ashraf Che Mohd. Berikut merupakan laluan perlawanan pasukan sekolah sehinggalah ke peringkat akhir.

Sk Kiandongo vs Sk. Pekan Telupid (menang)
Sk.Kiandongo vs Sk. Pekan Tongod (kalah)
Sk.Kiandongo vs Sk. Linayukan (menang)
Sk.Kiandongo vs Sk.minusuh (separuh akhir) - menang
Sk.Kiandongo vs Sk.Linayukan (Akhir) - kalah

 Perlawanan akhir bertemu Sk.Linayukan di gelanggang SK.Linayukan

Ckg Stonny pembantu jurulatih pasukan sekolah

Ckg Aizuddin Ashraf jurulatih pasukan sekolah memberi kata semangat kepada anak buahnya

Dalam acara catur pula, seramai 9 orang peserta telah mewakili sekolah ke peringkat daerah. 6 orang daripadanya lelaki dan 3 perempuan. Bagi kategori perempuan, Atikah Vincent berjaya menduduki tempat kedua individu, sekaligus terpilih ke peringkat bahagian. Walau bagaimapun, pasukan sekolah berada di tempat ke 5 keseluruhan dengan pungutan mata sebanyak 12 mata tertinggal di belakang juara pasukan Sk. Kopuron dengan kutipan keseluruhan 25 mata. Berikut merupakan keputusan perlawanan setiap peserta.

Kutipan mata setiap peserta perempuan

Bagi kategori lelaki, pasukan sekolah mendapat tempat kedua dengan kutipan mata sebanyak 26.5 di belakang juara pasukan Sk.Kopuron dengan jumlah mata sebanyak 30.5 mata. Adik Afely Aim, Effar Juslim, dan Dix Sagitan daripada pasukan sekolah masing-masing mengumpul 5 mata daripada 7 pusingan di kedudukan ke 3, 6 dan 7. Kesemua mereka terpilih ke peringkat bahagian. Jurulatih bagi permainan catur adalah Ckg. Masru Mustakim. Berikut merupakan keputusan perlawanan setiap peserta.

Kutipan mata setiap peserta lelaki

keadaan dalam dewan pertandingan

Elpi tersengih..

Effar Juslim, senyum..

Afely (memakai vest) menentang juara kategori (Caleb) dari Sk.Kopuron


Shaffika (Tengah)  tenang sebelum mula..


Atikah khusyuk melihat buah catur hitamnya..

Ckg Masru (baju kuning) bergambar dengan pihak penganjur kejohanan

Sabtu, Mac 21, 2015

Home Visit

Program mengunjungi rumah "anak angkat" yang dilakukan oleh semua guru-guru atau lebih dikenali "home visit" telah tercapai sepenuhnya. Semua guru tidak terkecuali guru besar telah berkunjung ke rumah setiap anak angkat mereka meliputi Kg.Kiandongo dan Kg. Malagatan. Rata-rata ibu bapa telahpun bersedia menerima kehadiran setiap guru yang hadir.

Program yang berlangsung pada minggu lepas ini (10, 11, 12 Mac 2014) bertujuan mengeratkan lagi hubungan di antara murid, ibu bapa dan guru yang dipertanggung jawabkan ke atas anak mereka. Program yang berlangsung selama 3 hari ni telah mencuri masa guru-guru untuk melawat anak angkat mereka pada waktu yang sesuai.

Dalam masa yang sama, guru dapat berkongsi cerita mengenai anak angkat mereka secara lebih dekat dengan ibu bapa mereka. Ini meliputi makan-minum mereka, bilik tidur, tempat belajar, sejarah kelahiran, hobi dan sebagainya. Pengumpulan data ini digunakan untuk membantu murid-murid mengatasi masalah mereka dalam menghadapi UPSR pada tahun ini. Doakan kami berjaya.


 Ckg Anitah menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada anak angkatnya Memon John

 Ckg Anitah menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada anak angkatnya Purman Porisen

 
 Ckg Anitah melekatkan borang aku janji di dinding rumah

Ckg Stonny menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada anak angkatnya Wellnah Matturis

Ckg Stonny menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada anak angkatnya Shafika Laiwin


Guru Besar yang bergerak sendirian ke rumah anak angkatnya Michael

Ckg Susan menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada anak angkatnya Petty Syahdona


 Ckg Haidin menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada penjaga angkatnya Atikah Vincent

 Ckg Haidin bergambar bersama keluarga anak angkatnya Afely Aim

Ckg Masru menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada ibu anak angkatnya Suarini Salim
 
Ckg Masru menyerahkan borang aku janji yang telah ditandatangi kepada ayah anak angkatnya Elistina Jasmi

Ckg Vincent berbincang dengan ayah anak angkatnya Eyousrin Jalius
Ckg Jemsan menayangkan borang aku janji bersama anak angkatnya Elyana Maika

Ckg Betty bergambar bersama keluarga anak angkatnya Petedrus Petrus






Ckg Betty bergambar bersama keluarga anak angkatnya Sinlu Nikfik

Ckg Heldee bergambar bersama ayah anak angkatnya Sevika Rezali

Ckg Aizuddin bergambar bersama ibu anak angkatnya Effar Juslim


Isnin, Mac 09, 2015

UPSR 2012 : Siti Nursaadah Hero Sekolah

Terimbau kenangan tahun 2012, bilamana Adik Siti Nursaadah mengulangi sejarah kejayaan sekolah mendapat 5A. Maka dengan itu, sedikit perkongsian cerita bersama beliau sempat dirakam sebagai motivasi untuk mereka yang terlibat dengan UPSR.

Video Kejayaan Adik Siti Nursaadah

Ahad, Februari 22, 2015

Dialog Prestasi 2015

17 Feb 2015, baru-baru ini telah berlangsung "Dialog Prestasi" di antara  pihak sekolah dengan ibu bapa. Satu perjanjian telah dimetrai antara ibu bapa, murid dan guru (sebagai ibu atau bapa angkat murid). Perjanjian yang dimetrai di hadapan Timbalan pengarah Pendidikan Daerah Tongod (En. Jamain Bakut) ini, merupakan satu ikrar taat setia diantara tiga komponen utama iaitu Ibu bapa, guru dan murid melakukan yang terbaik bagi mencapai target UPSR murid tersebut. Program yang berlangsung selama 4 jam ini dimulai dengan ceramah keibubapaan yang bertajuk "Mengapai Impian" telah disampaikan oleh Ckg. Masru Mustakim. Program kemudian diteruskan dengan "Dialog Prestasi" yang disampaikan oleh Ckg. Aizuddin Ashraf Bin Che Mohd yang membincangkan peningkatan prestasi sekolah sehingga kini. Perjanjian di antara ibu bapa, guru dan murid telah termetrai sekitar jam 11am sebelum ucapan pelancaran disampaikan oleh En. Jamain Bakut yang ditemani oleh rakan PPD En. Muhammad Soddiq Norazmi. Majlis di akhiri dengan penyampaian banuan RM100 kepada setiap murid yang disampaikan oleh setiap guru kelas masing-masing

 Ckg Aizuddin bentang prestasi sekolah




Program menandatangani perjanjian di antara ibu bapa, guru dan murid

 Laiwin Mahir (YDP PIBG) yakin anaknya mendapat 5A


 Ckg Stonny janji telepon model terbaru untuk Welnah Matturis

 Ckg Haidin dengan anak angkatnya Atikah VIncent 

 Ckg Anitah Matni dengan anak angkatnya Purman dan Memon 


 Ckg Vincent dengan anak angkatnya Eyousrin Jalius 


 Ckg Aizuddin dengan anak angkatnya Octovianus Koh Eng Luk 


Ucapan Pelancaran oleh En. Jamain Bakut (Timbalan PPD Tongod (Telupid)

Sabtu, Februari 14, 2015

MSSDT : Atlet Sekolah sumbang 4 Pingat

Sukan MSSDT yang berlangsung pada 08-09 Februari di Kompleks Sukan Ranau baru-baru ini telah melibatkan 6 orang atlet daripada sekolah ini bagi mewakili Zon Tongod. Apapun, tiga daripada mereka pulang tanpa membawa pingat dan 3 orang lagi telah menyumbang pingat perak bagi pasukan Tongod. Elistina Jasmi muncul atlet pertama sekolah yang menyumbang pingat perak bagi acara lompat jauh dengan jarak lompatan sejauh 3.55 meter di belakang tempat pertama daripada Zon Penangah adik Nurul Shazwani dengan jarak lompatan sejauh 3.66 meter. Sementara Adik Evanasasah daripada Zon Sapi di tempat ketiga dengan jarak lompatan sejauh 3.51 meter.

Atlet kedua daripada sekolah ini Adik Jirol Jinal menyumbang pingat kedua dan ketiga buat pasukan setelah berjaya di tempat ketiga bagi acara Lompat Jauh. Jirol mencatatkan jarak lompatan sejauh 4.28 meter setelah ketinggalan di belakang naib johan daripada Zon Entilibon Adik Horward Russel dengan beza sejauh 0.16 meter. Sementara Juara Lompat Jauh dimenangi oleh Adik Kejialbie Jose daripada Zon Ulu Sapi dengan jarak lompatan sejauh 4.68 meter. Bagi Acara Lontar Peluru, Jirol berada di tempat kedua dengan jarak lontaran sejauh 8.02 meter di belakang pesaing sepasukan Adik Erwin Jasrin 8.27 meter. Sementara tempat ketiga adik Adam Hakimi daripada Zon Sapi dengan jarak lontaran sejauh 7.83 meter.

Adik Dix Sagitan muncul atlet ketiga sekolah yang berjaya menyumbang pingat buat pasukan setelah berjaya meninggalkan pesaingnya dalam acara 80 meter lari berpagar. Dix yang memulakan momentum larian dengan baik sehinggalah ke penamat berjaya mengatasi 6 orang pesaingnya sebelum muncul naib johan.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan terumatanya daripada Zon Telupid yang telah muncul juara dengan mengumpul 37 pingat emas keseluruhan. Tahniah diucapkan juga kepada penganjur kejohanan daripada Zon Tongod yang telah berusaha sebaik mungkin bagi menjayakan MSSDT pada tahun ini.

Untuk melihat lebih jelas acara balapan yang telah berlangsung, di sini kami ada sediakan link di bawah untuk sama-sama kita saksikan. Kami memohon maaf atas video yang kurang jelas. Untuk menyaksikan video yang lebih jelas, bolehlah mendapatkan salinan softcopy dalam bentuk DVD dengan harga RM10. (Hubungi Masru 014-8608242)


Adik Jirol (1 Perak, 1 Gangsa) dan Elistina (1 Perak)
 Dix dibelanja makan setelah berjaya mendapat tempat kedua acara 80M Lari Berpagar

 Ckg Masru dan Ckg Kamarudin sempat "berposing"

 En. Paulus Yapas (GB Sk.Kiandongo) hadir memberi semangat

YB Datuk Masiung Banah hadir merasmikan Kejohanan Sukan

Jumlah kutipan pingat keseluruhan bagi setiap Zon


Johan          - Zon Telupid     - 37 Emas
Naib Johan - Zon Penangah  - 15 Emas
Ketiga         - Zon Tongod     - 11 Emas
Keempat     - Zon Entilibon   - 8 Emas
Kelima       - Zon Sapi           - 7 Emas

klik Link di bawah untuk melihat video acara balapan: