Selasa, Ogos 30, 2016

Piala 100% 6A Merdeka 2016

Piala 100% 6A Merdeka, begitulah namanya program ini. Bukan ditaja oleh minuman 100% pun, cuma saja mau buat cerita. haha.

Kisahnya bermula pada petang tadi. Murid tahun 5 dan tahun 6 bergabung dan membentuk 4 kumpulan. Kesemua kumpulan ini akan melalui checkpoint yang disediakan. Setiap checkpoint, akan menyediakan soalan serta aktiviti mengikut subjek seperti BM, BI Sains, Matematik dan PJK. Setiap checkpoint dijaga oleh seorang guru. Setiap kumpulan akan melalui kesemua checkpoint, menjawab soalan dan membuat aktiviti yang disediakan.

Checkpoint 1
Bertempat di padang bola SK.Kiandongo

Beberapa permainan telah disediakan oleh Ckg Jemsan. Antaranya seperti tiup belon, tiup tepung, hantar getah menggunakan straw dan makan biskut.Peserta yang lapar sempat menapau biskut dan gula-gula yang ada. haha.








Checkpoint2
Bertempat di simpang masuk ke sekolah

Ckg Betty telah menyediakan beberapa soalan matematik kepada setiap kumpulan. Soalan yang diberikan memang power gila. kepeningan semua kumpulan menjawab. hahah. "bilang si piot susah soalannya..." haha








Checkpoint3
Bertempat di bangunan solar sekolah

Ckg Aizuddin menyediakan beberapa soalan yang menguji minda setiap peserta kumpulan. selesai menjawab soalan, mereka akan diberikan latihan berbentuk amali eksperimen sains. Antaranya seperti, menjalankan strow melalui tali menggunakan kuasa angin dari belon yang ditiup. Selain itu, ujian air minuman bergas serta ujian kertas litmus turut diberikan.










Checkpoint 4
Bertempat di gerai sekolah

Ckg Bobby membina permainan mesej berantai bahasa inggeris. Seorang ketua akan diperlihatkan sebuah ayat untuk mereka hafal. ayat tersebut kemudian akan dibisik ke telinga ahli kumpulan yang kedua. Ahlikumpulan yang kedua tersebut akan membisik lagi ke telinga ahli kumpulan yang ketiga dan begitulah seterusnya sehingga ke ahli kumpulan yang terakhir. Peserta terakhir akan menyebut mesej berantai tadi kepada Ckg Bobby untuk mendapatkan markah daripada ayant yang betul. Hmmmm.. macam-macam ragam peserta menghafal ayat.. ahahaha..









Tahniah semua guru-guru dan peserta yang terlibat. Semoga kecemerlangan terus mewarnai SK.Kiandongo.. fuh.. doakan.. haha

Tiada ulasan:

Catat Ulasan