Isnin, Ogos 15, 2016

Majlis Perpisahan Cikgu Haidin

11 Ogos 2016, sekali lagi pihak sekolah merasa kehilangan seorang guru yang sangat dedikasi dengan tugasnya di sekolah ini. Beliau telah menerima arahan untuk berpindah sekolah ke SK.Minusuh. Walaupun berat hatinya untuk pergi, namun arahan pihak atasan tetap dipatuhi. Beliau yang dimaksudkan ialah Cikgu Mohd Haidin Bin Rubin. Kami seluruh warga SK.Kiandongo merasa sedih dengan perpindahan beliau. Semoga beliau terus menunjukkan komitmen yang baik dan bertugas cemerlang di sekolah yang baru.

Selain itu, majlis ini turut meraikan seorang guru baharu yang baru bertugas di sekolah ini iaitu Cikgu Bobby Hitler. Kehadiran Cikgu Bobby sedikit sebanyak mengurangkan kesedihan di kalangan warga sekolah seterusnya mengisi kekosongan yang ada. Selamat bertugas Cikgu Bobby.

Cikgu Susan Lagayan (PK HEM) berucap mewakili guru-guru
senyuman manis Ckg Haidin

Ucapan perpisahan daripada Ckg Haidin



Ckg Susan menyampaikan cenderamata kepada Ckg Haidin

Ckg Bobby merakamkan ucapan terima kasih di atas jamuan yang disediakan

Kek untuk Ckg Haidin dan Ckg Bobby

Ckg Haidin memotong kek perpisahan

Ckg Bobby memotong kek kehadiran.. hahaha


jamuan makan

bergambar kenangan bersama sebahagian warga sekolah

Ckg Mohd Haidin Bin Rubin berasal dari Ranau Sabah.. hahah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan