Isnin, Ogos 01, 2016

Kisah Si Udui

Kisahnya begini. Si Udui (bukan nama sebenar) ingin menyertai Kem Motivasi Pelajar UPSR 2016. Namun, dia tidak mampu membeli baju program berharga Rm15. Hanya dia seorang saja yang tidak membayar. Setiap kali cikgu bertanya, jawapannya tetap sama "tidak ada duit cikgu.."

Minggu demi minggu, sehinggalah waktu program hampir tiba. Akhirnya keputusannya tetap juga sama "tiada duitku cikgu.." Sedih cikgu mendengar jawapan daripada murid ini. Akhirnya, dia menawarkan diri untuk membasuh kereta cikgu berkenaan untuk mendapatkan wang sebanyak rm5. Rm10 lagi rakan sekelasnya berjanji untuk berkongsi duit membayar baju si Udui.

"Bukan cikgu tidak mampu membayarkan kamu, tetapi biarlah ini menjadi satu kisah terindah di dalam hidupmu sebelum kau berjaya suatu hari nanti.." bisik hati cikgu berkenaan.

*ini sebahagian cerita yang sempat aku ceritakan dari pedalaman Tongod, SABAH.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan