Isnin, Disember 28, 2009
Selamat Hari Krismas
Khamis, Disember 03, 2009
10 ikuti Kem Serumpun
Rabu, November 25, 2009
Sabtu, November 21, 2009
Pencapaian UPSR SK Kiandongo Meningkat


SK Kiandongo berjaya mencatatkan keputusan UPSR dengan keputusan yang cukup membanggakan dengan semua mata pelajaran meningkat. Bahasa Malaysia Penulisan mencatatkan peningkatan yang cukup mendadak daripada 57.1% kepada 93.33%, begitu juga subjek Matematik daripada 57.1% kepada 80.0% manakala Sains daripada 21.4% kepada 46.67%, Bahasa Inggeris meningkatkan 20% dan Bahasa Malaysia Pemahaman daripada 78.5% kepada 80.0%
Tiga Pelajar Leburkan Rekod

Tiada yang lebih mengembirakan kami sebagai seorang guru, apabila tiga pelajar, Verlin Lilip, Jienecy Jibin dan Elze Peter dari sekolah ini menghadiahkan kejayaan yang membanggakan itu di dalam peperiksaan UPSR setelah berjaya lulus dan turut memperolehi A di alam satu atau dua subjek. Saudari Verlin seperti didugakan berjaya memperoleh 2A, 2B dan 1C, sekaligus muncul murid terbaik SK Kiandongo. Kejayaan mereka bertiga ini sekaligus memadam mimpi buruk sebelum ini.
Jumaat, November 20, 2009
Malam Seribu Kenangan Penutup 2009


SK Kiandongo melabuhkan tirai tahun 2009 dengan mengadakan program Malam Seribu Kenangan pada 19 November 2009 yang lalu. Malam disifatkan penuh bererti buat Cikgu Moses Koh dan murid-murid Tahun 6 kerana mereka semua bakal meninggalkan sekolah ini dengan satu nostalgia sama ada bersara wajib mahupun melangkah ke sekolah menengah. Program yang dirasmi oleh Ketua Unit Pembangunan Manusia PPD Tongod, Encik Stephen Radin @ Azmi telah dihadiri lebih 200 orang melibatkan penduduk Kampung Kiandongo dan Kampung Malagaktan Kecil. Pelbagai persembahan telah diselit seperti dikir barat, tarian sumazau, tarian aerobik,lakonan video dan persembahan slaid telah dipersembah dengan jayanya dan mendapat pujian ramai. Sementara itu, Yang Diraikan, Cikgu Moses adalah 3 orang individu yang bertanggungjawab terhadap pembukaan SK Kiandongo pada 1989. Beliau yang telah menjadi sejak 33 tahun lalu, pernah menjawat jawatan Guru Besar SK Saguan ketika menjadi orang bertanggungjawab membuka sekolah tersebut. Buat Cikgu Moses, kami mengucapkan Selamat Bersara
Khamis, November 19, 2009
46 Sertai Kem Kepimpinan Pelajar



SK Kiandongo di bawah selenggaraan unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan program Kem Kepimpinan Pelajar pada 2 hingga 4 November 2009 yang bertempat di Pejabat Perhutanan Daerah Tongod. Program yang melibatkan penyertaan 46 orang murid tahap 2 ini adalah berobjektifkan untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan sejak dari bangku sekolah. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini adalah pertama kali diadakan. Beberapa aktiviti bersifat motivasi dan latihan dalam kumpulan diadakan bagi menekankan aspek kerjasama sepasukan, bertolak ansur dan hormat-menghormati. Sementara itu Alfoy Dimo dan Jienecy Jibin telah dipilih sebagai peserta terbaik bagi kategori lelaki dan perempuan. Diharapkan program ini akan diteruskan pada masa akan datang.
Khamis, November 05, 2009
SK Kiandongo Mengigit di MSZT



Berslogankan 'Biar Sedikit Tetap Mengigit', SK Kiandongo telah berjaya merangkul naib johan keseluruhan Kejohanan Majlis Sukan Zon Tongod edisi pertama yang telah dilangsungkan pada 2 hingga 4 November 2009. Kejohanan ini yang melibatkan penyertaan 6 buah sekolah sekitar daerah Tongod dengan SK Pekan Tongod menjadi tuan rumah buat edisi pertama ini. Kejayaan meraih tempat ke 2 ini, disifatkan kejayaan yang amat luar dugaan kerana SK Kiandongo merupakan sekolah yang mempunyai bilangan murid yang kedua paling sedikit selepas SK Kenang-Kenangan. Kejayaan meraih 3 Emas dalam acara 100 Meter lelaki menerusi Adely Aim, Lompat Jauh Lelaki (Alfoy Dimo) dan Lompat Jauh perempuan (Suhailin Lasius)telah banyak membantu pencapaian sekolah ini. Di samping itu, Adley Aim telah dinobatkan Olahragawan MSZT dengan merangkul 1 Emas dan 4 perak menerusi acara Lompat Jauh, 200M, 4 X 200M dan 4 X 100M. Bagi edisi kedua SK Sogo-Sogo dan SK Kiandongo telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bersama.
Peperiksaan Akhir Tahun 2009
Mesyuarat PIBG SK Kiandongo
Syoknya ! Lambaian Api-api


Seramai 5 orang murid sekolah ini telah dipilih untuk mengikut program Extra Curricular atau lebih dikenali sebagai Lambaian Api-api pada 22 hingga 25 Oktober 2009. Sekolah ini telah diwakili oleh Alfoy Dimo, Adley Aim, Zikhrius Jalius, Marliana Ascung dan Prisclla Petrus sambil diiringi oleh Cikgu Mohd Rashdan. Program yang berlandaskan untuk mendekatkan diri murid dengan suasana bandar dan pembangunan negeri Sabah banyak membuka minda murid khususnya di bahagian pedalaman. Program pada kali ini menyaksikan kehadiran 281 orang murid dengan melibatkan 3 daerah iaitu Telupid, Sipitang dan Kota Kinabalu. Sebanyak 6 lokasi lawatan telah dipilih sebagai pengisian program ini iaitu Galeri Tun Mustafa, Galeri UMS, Muzium dan Aquariam UMS,Kilang Susu SID, Zoo Lok Kawi dan Muzium Negeri Sabah. Program dibawah kendalian Sektor Pembangunan Kemanusiaan Jabatan Pelajaran Negeri Sabah telah dilaksanakan di Hotel Airport View, Kota Kinabalu dan ini memberi peluang kepada para murid untuk merasai nikmat bermalam di hotel.
English in Camp kumpul 140 orang murid
Selasa, November 03, 2009
Six Team Johan Empat Penjuru

Pasukan Six Team diwakili oleh murid perempuan tahun 6 berjaya melakar kejutan dengan kejayaan memenangi Pertandingan Bola Tampar 4 penjuru. Kejohanan ini adalah aktiviti yang dilaksanakan oleh Kelab Bola Tampar dibawah kendalian cikgu Rashdan. Kejayaan pasukan Six Team disifatkan sebagai amat memberangsangkan apabila menundukkan pasukan lelaki yang diwakili murid lelaki tahun 4 dan 5 dengan kiraan 30-16. Pasukan ini turut menundukkan dua pasukan lagi iaitu pasukan Malagantan United dan Kiandongo Wolf.
Jumaat, Oktober 09, 2009
Persahabatan 3 Penjuru
Jumaat, Oktober 02, 2009
Kem 1 Malaysia
Jumaat, Ogos 28, 2009
Cuti Sekolah
Ahad, Ogos 16, 2009
Masak-Masak Bersama Pengakap

Unit Beruniform Pengakap SK Kiandongo meneruskan aktiviti mingguan. Pada perjumpaan ke 10, pasukan ini telah mengadakan aktiviti memasak nasi menggunakan buluh dan juga buah kelapa. Seramai 16 orang murid telah menjayakan aktiviti pada kali ini. Aktiviti ini telah berlangsung pada 15 Ogos 2009 bertempat berhampiran dengan Pondok Taman Kasturi. Program ini adalah berobjektif untuk memantapkan pengetahuan murid-murid tentang cara-cara memasak di hutan khususnya apabila aktiviti perkhemahan berlangsung kelak.
Program Kibar Jalur Gemilang

Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke 52 telah dijayakan dengan begitu meriah di sekolah ini.Walaupun di dalam suasana kedaifan bangunan dan prasarana kemudahan, Sekolah Kebangsaan Kiandongo tetap berupaya mengibarkan Jalur Gemilang bagi memeriahkan sambutan kemerdekaan pada tahun ini.
Dewan Kiandongo Darat Siap
Sabtu, Jun 06, 2009
Sambutan Hari Guru Meriah!

Walaupun dengan kapasiti murid yang bilangan hanya mencecah 101 orang, namun berkat dedikasi para guru sekolah ini telah berjaya merealisasikan program Sambutan Hari Guru buat ulung kali dengan pelbagai acara menarik.Dalam menjayakan sambutan ini, dua acara utama telah diadakan pada 22 Mei 2009 dengan melibatkan 2 kategori iaitu acara mendeklamasikan sajak dan mencipta kad ucapan. Kesungguhan dan komitmen murid di sekolah ini terbukti apabila sejumlah 23 keping kad telah dihantar ke pihak urusetia dengan pelbagai idea kreatif. Bagi kategori tahap 1, Adik Norjianah bt Aim (9 tahun) telah berjaya memenangi kedua-dua acara tersebut manakala Adik Echlinah Philip juga murid tahun 3 hanya sekadar di tempat ke 2 bagi pertandingan mendeklamasi sajak. Adik Syaflyn Laiwin sekadar di tempat ke 3. Bagi tahap II, Adik Alfoy Dimo, murid tahun 5 berjaya menewaskan pesaing terdekat iaitu Adik Marliana Ascung dan Jienecy Jibin dalam pertandingan mendeklamasi sajak. Manakala kad ucapan yang dihantar oleh Adik Elny Matthew telah berjaya meraih tempat pertama bagi acara tersebut. Sementara Adik Adely Aim dan Jienecy Jibin sekadar menduduki tempat ke 2 dan ke 3. Walaupun aktiviti merupakan perkara baru bagi murid-murid di sekolah ini, diharapkan program seumpama ini akan terus menjadi agenda tahunan di sekolah ini
Jumaat, Jun 05, 2009
Kasawari - Johan Sukan SK Kiandongo

Rumah Sukan Hijau yang dinamakan sebagai pasukan Kasawari yang di bawah pimpinan Cikgu Jemsan dan Cikgu Betty telah berjaya menjulang kejuaraan sukan padang dan balapan SK Kiandongo bagi musim 2009 apabila berjaya memperolehi 5 pingat emas melalui acara 4 X 100m, 4 X 200m (Lelaki dan Perempuan) serta Lompat Jauh (Lelaki) manakala bagi pasukan Kenyalang di bawah pimpinan Cikgu Vincent turut memperolehi 5 pingat emas melalui acara Lontar Peluru (Lelaki dan Perempuan),200 m (Lelaki dan Perempuan) serta 100m (Lelaki). Walaupun bagaimana keputusan keseluruhan adalah ditentukan melalui pungut mata dengan pingat emas diberikan 5 mata, perak (3 mata), gangsa (2 mata) manakala tempat ke 4 (1 mata).Hasil kiraan mata tersebut, rumah Kasawari memperolehi 45 mata berbanding pasukan Kenyalang dan Cenderawasih yang berkongsi tempat ke-2, dengan memperolehi 38 mata. Manakala pasukan Rajawali sekadar tempat ke 4 dengan 14 mata. Sementara itu, Adik Alfoy Dimo dari Rumah Kasawari telah dipilih menjadi Olahragawan SK Kiandongo 2009 dengan memungut 3 Emas 1 Perak manakala Adik Ellcy Sagitan (Kenyalang) menepikan Adik Richel Jasmi dengan perbezaan 1 pingat gangsa untuk dinobatkan sebagai Olahragawati. Kedua-dua peserta ini berjaya memenangi 2 pingat Emas dan 1 pingat Perak. Kejohanan ini diadakan bagi mencari atlit-atlit yang berbakat bagi mewakili sekolah ini ke peringkat lebih tinggi
Selasa, Mei 19, 2009
Ahad, Mei 17, 2009
Selamat hari Guru

Artikel ini dipetik daripada Refleksi Assignment penulis sendiri bertajuk Kecerdasan Emosi semasa berada di IPG KK.
....
Penulis sebenarnya sering mendengar, kejayaan seseorang individu lebih banyak bergantung pada EQ dan bukan IQ. EQ lah yang menjadikan seseorang itu lebih matang dan mampu menangani kepelbagaian masalah dengan bijaksana. Tanpa EQ yang cerdas, seseorang individu tidak boleh pergi jauh kerana mereka sukar menilai kemampuan diri sendiri dan kemampuan orang lain untuk tampil bersaing dalam dunia yang semakin mencabar.
Bagi penulis, bidang psikologi merupakan satu bidang yang sangat mencabar. Ianya memerlukan kebolehan seorang individu bermain dengan jiwa dan perasaan untuk melahirkan intra dan interpersonal. Penulis sebelum ini sering bercanggah pendapat dengan ramai individu. Adakalanya penulis mencadangkan satu perkara yang mampu mengasah kecerdasan emosi setiap guru untuk tampil dengan kebolehan yang pelbagai tetapi sering disalah ertikan. Bagi penulis sebelum ini, seorang guru mestilah memenuhi konsep ‘GURU’ itu sendiri. Iaitu ‘G’ = Guna, ‘U’ =Untuk, ‘R’ = Rakyat, ‘U’ = Umum (guna untuk rakyat umum). Bagi penulis, seorang guru bukan sahaja selayaknya mahir mengajar subjek yang diajar tetapi juga mahir dalam hal-hal yang lebih luas. Dalam sebuah buku bertajuk Guru Sebagai Fasilitator telah meletakkan hierarki ‘guru’ di tempat yang paling bawah dalam mempengaruhi seseorang seperti berikut:
Mentor merupakan guru yang sangat sedikit dalam masyarakat dewasa ini. Pengaruh mentor adalah sangat kuat dalam mempengaruhi seseorang individu mahupun kumpulan. Seseorang yang telah mencapai tahap ‘mentor’ akan ditiru setiap perlakuannya, tindakannya, percakapannya dan pemikirannya. Namun, ramai guru biasa ketika ini tidak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi sehingga tidak dapat melayakkan mereka walaupun hanya naik ke suatu tahap lagi iaitu ‘jurulatih’.
Pengalaman penulis sebelum menyiapkan tugasan ini telah bertemu dengan ramai guru termasuk penulis sendiri yang masih mencari-cari identiti ‘guru’ itu sebenarnya. Perkara ‘melihat’ dan ‘merasa’ adalah dua perkara yang berbeza. Menjadi ‘pengerusi majlis’ dan menjadi ‘penonton’ juga dua perkara yang berbeza. Begitu juga halnya ‘teori’ dan ‘praktikal’. Kedua-dua perkara ini sebenarnya perlu dikuasai oleh guru bagi menjadikannya seorang guru yang berkualiti. Guru yang berkualiti bukan sahaja menjadi dambaan setiap murid, tetapi juga menjadi kebanggaan sekolah dan masyarakat.
Mungin agak mustahil untuk menguasai kepelbagaian bidang yang terlalu luas. Walau bagaimanpun, amatlah mendukacitakan jika seorang guru masih lagi kekok atau gugup apabila berkomunikasi di hadapan masyarakat umum ataupun dalam sesuatu mesyuarat sedangkan modal seorang guru adalah bercakap atau berkomunikasi setiap hari.
Selamat Hari Guru, Khususnya Guru-Guru Sk.Kiandongo.
Teringat aku akan pesan seorang guru:
Berdosa seorang guru jika anak muridnya keluar dari sekolah pada hari itu, tetapi tidak mendapat apa-apa dari seorang guru apa yang sepatutnya mereka dapat.
Ingatlah kata seorang cendikiawan:
Anakku tidak mendengar apa yang kau kata, tetapi akan melihat apa yang kau buat.
Khamis, Mei 14, 2009
Pertandingan Badminton
Guru Berdaya Murid Berjaya
Rabu, Mei 13, 2009
Minggu Peperiksaan
Ahad, Mei 03, 2009
Kemarau Oh Kemarau
SK Kiandongo Tubuh Pengakap dan PBSMM
Jumaat, April 24, 2009
Murid Tahun 1 dan Tahun 6 Terima Suntikan

Kehadiran pasukan perubatan daripada Jabatan Kesihatan Daerah Tongod pada 23 April 2009 ke sekolah ini telah memberi pelbagai reaksi kepada murid-murid. Kehadiran pasukan ini adalah bertujuan pemeriksaan kesihatan kepada murid Tahun 1 dan Tahun 6. Semua murid tahun 1 telah diberikan dua suntikan iaitu suntikan BCG dan Polio manakala hanya murid perempuan Tahun 6 menerima suntikan Rubella.
Isnin, April 20, 2009
Program Iman : Pelajar Bebas Dedah

Pada 15 April 2009, seramai 45 orang murid dari tahun 4, 5 dan 6 dengan diiringi oleh Cikgu Kaldin Lampakas dan Cikgu Rashdan telah menghadiri ceramah Program Iman : Pelajar Bebas Dadah yang telah diadakan di SK Sogo-Sogo. Program di bawah anjuran PEMADAM Daerah Tongod adalah buat ulung kali diadakan. Yang Berbahagia Tuan Sunsing Pitalai , Pemimpin Kemajuan Rakyat telah berkesempatan untuk menghadiri program tersebut dan sekaligus merasmikannya. Diharapkan program seperti ini akan diteruskan demi memastikan genjala yang tidak sihat ini dapat dibendungkan dari peringkat bangku sekolah rendah lagi.