Ahad, Ogos 16, 2009

Dewan Kiandongo Darat Siap

Kampung Kiandongo Darat amat bertuah apabila bakal menerima sebuah kemudahan dewan serbaguna yang berukuran 40 kaki x 70 kaki. Projek pembinaan dewan tersebut telah dimulakan awal bulan Julai lalu kini sudah siap sepenuhnya. Kos pembinaan dewan yang dianggarkan bernilai RM 120,000 hingga RM 150,000 bakal merancakkan lagi aktiviti kemasyarakatan di kampung ini. Kemudahan ini juga bakal dikongsi bersama dengan Sekolah Kebangsaan Kiandongo berdasarkan kedudukan dewan ini yang begitu hampir dengan kawasan sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan