Khamis, November 19, 2009

46 Sertai Kem Kepimpinan Pelajar




SK Kiandongo di bawah selenggaraan unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan program Kem Kepimpinan Pelajar pada 2 hingga 4 November 2009 yang bertempat di Pejabat Perhutanan Daerah Tongod. Program yang melibatkan penyertaan 46 orang murid tahap 2 ini adalah berobjektifkan untuk menerapkan nilai-nilai kepimpinan sejak dari bangku sekolah. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini adalah pertama kali diadakan. Beberapa aktiviti bersifat motivasi dan latihan dalam kumpulan diadakan bagi menekankan aspek kerjasama sepasukan, bertolak ansur dan hormat-menghormati. Sementara itu Alfoy Dimo dan Jienecy Jibin telah dipilih sebagai peserta terbaik bagi kategori lelaki dan perempuan. Diharapkan program ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan