Isnin, Mei 23, 2016

Cuburee Pengakap : 7 Terlibat

Cuburee Pengakap sempena 100 tahun pengakap kanak-kanak sedunia telah diadakan di SK Telupid pada 20 hingga 22 Mei. Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari ni telah diserai oleh 7 buah sekolah. 7 orang murid telah mewakili sekolah ini daripada 106 jumlah peserta pengakap keseluruhan. Turut menyertai adalah 30 orang pemimpin pengakap selain daripada Pengakap Kelana dan Pengakap daripada SMK Telupid dan SMK Tongod. Sepanjang program, terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan. Aktiviti yang paling mencabar dan adalah abseiling daripada bangunan sekolah. Ini merupakan Cuburee kali ketiga yang diadakan selepas Cuburee tahun 2010 di Sk Kopuron dan 2012 di SK Linayukan.

7 orang Peserta daripada Sk.Kiandongo


Adik Azron Julis


Adik Nencianah Aim yang telah selesai abseiling

Persembahan kumpulan







Sabtu, Mei 07, 2016

MSSB : Nencianah Aim Terpilih Ke Peringkat Negeri

Sukan Permainan Catur MSSB yang baru berakhir Jumaat lepas (4hb & 5hb) telah memberi tuah kepada anak kelahiran Kg.Kiandongo Adik Nencianah Aim untuk beraksi di peringkat Negeri. Beliau telah terpilih setelah berjaya mengutip 4.5 mata daripada 6 perlawanan. Berada di ranking ke empat daripada 28 peserta membuatkan pihak sekolah merasa amat bangga dengan pencapaian beliau.

Dua lagi peserta daripada sekolah ini bagi kategori lelaki iaitu Adik Azron Julis dan Joewen Nelson masing-masing hanya berada di tangga ke 12 dan 20 daripada 28 peserta keseluruhan. Walaupun telah berusaha mengatur strategi "peperangan" namun, tidak dapat mengalahkan pertahanan lawan yg begitu ampuh. Azron hanya berjaya mengumpul 3 mata sementara Joewen hanya 2 mata daripada 6 perlawanan.

Apapun, pihak sekolah mengucapkan Tahniah kepda semua peserta yang telah mewakili sekolah dan menunjukkan semangat juang yang tinggi. Juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokong dalm semua aspek. Majulah sukan untuk negera.

Adik Nencianah Aim terima sijil

Majlis Perasmian Penangguhan Catur MSSB Sandakan Di SMK Tongod, Telupid

Sesi bergambar dengan pasukan Telupid

Joewen dan Azron (Berbaju Pink) LB12


Nencianah (jersi Pink lengan biru sebelah kiri) PB12

Suasana dewan pertandingan catur
Keputusan penuh (Ranking) Perempuan Bawah 12 tahun

Keputusan penuh (Ranking) Lelaki Bawah 12 tahun

Selasa, April 19, 2016

KEJOHANAN CATUR MSSD TELUPID 2016 : 2 Peserta Terpilih Ke Bahagian

Pada 13 dan 14 April yag lepas, kejohanan Catur MSSDT telah berlangsung d Bilik perpustakaan SMK Tongod. Kejohanan yang menampilkan seramai 47 peserta kategori lelaki bawah 12 tahun dan 44 orang peserta kategori perempuan bawah 12 tahun daripada 9 buah sekolah telah berentap. Tahun ini merupakan tahun yang paling getir untuk peserta bawah 12 tahun kerna penyertaan yang begitu ramai sehingga mencecah 91 orang keseluruhan.

Peserta yang akan dipilih ke peringkat bahagian seramai 6 orang sahaja bagi setiap kategori mengikut ranking. Satu daripada  6 itu merupakan peserta "projek" yang berusia bawah 9 tahun.

Perlawanan yang berlangsung selama 2 hari satu malam itu telah menyaksikan pelbagai drama suka dan duka, sedih dan tawa. Masing-masing peserta mengeluarkan segala taktik dan strategi untuk memecahkan kubu pertahanan lawan. Ada yang menyerang menggunakan tentera pemanah (Bishop), ada yang menggunakan tentera berkuda (knight) dan tidak kurang menggunakan Queen dan infantri. Jika sama hebat serangan dan pertahanan, maka perlawanan boleh mencecah sehingga 2 jam. Jika pertahanan lemah, maka dengan mudah saja rajanya ditawan. Silap percaturan dan strategi akan mengundang "kematian" dan  "kekecewaan". Inilah dramatiknya permainan, kerana di situ ada "pembunuhan" dan "kematian". malah dipenghujungnya terkadang ada "jadi-jadian".

Daripada 7 pusingan pertemuan maut dan selamat itu, 2 orang peserta daripada sekolah ini telah berjaya mendapat tempat keempat dan kelima bagi kategori perempuan dan lelaki. Peserta tersebut adalah adik Nencianah Aim dan Azron Julis. mereka berdua seterusnya terpilih ke peringkat bahagian yang dijadual berlangsung pada 4 dan 5 Mei d lokasi yang sama.

6 orang lagi peserta lelaki dari sekolah ini tidak berpeluang ke peringkat bahagian. Adik Joewen Nelson hanya menduduki tempat ke-7. Elpi Sagitan di tangga ke-11. Philip Jonathun di tangga ke-12. Rizan Taliba di tangga ke-16. Ronney Presley Mor di tangga ke-17. Sementara peserta projek daripada tahun 3 sekolah ini adik Jickleeson Kelarin hanya berjaya menduduki tempat ke-44.

Bagi peserta perempuan sekolah ini, 5 orang juga tidak berpeluang ke peringkat bahagian. Adik wellanh Matturis, Angelina Pascual, Hanisah Erwin dan Syzliana Fifi Lonin masing-masing dikedudukan yang berurutan 13, 14, 15 dan 16. Sementara adik Cerlistie Vincent di tangga yang ke-18.

Apapun, tahniah kepada seluruh ajk pelaksana daripada PT, Ketua Arbiter, dan arbiter. Demikian jgk kepada tuan rumah SMK Tongod yang berjaya mengendalikan kejohanan dengan sangat baik dan tersusun. Tahniah semua.


Pertemuan semasa rakan sekolah adik Elpi Sagitan bertemu Rizan Taliba

Cerlistie (kiri) memerhatikan buah catur


keadaan dewan peserta perempuan bawah 12 tahun

Angelina (Kiri) peserta sekolah ini menjeling ke kamera

Dewan peserta perempuan bawah 12 tahun

Adik Nencianah fokus d meja ketiga

pertemuan sesama sekolah adik Wellnah dan Fifi

Peserta lelaki bawah 12 tahun

Ckg Masru (Stage Arbiter) dan Ust Khairul bergambar dengan PT Kevin Suresh dan Stage Arbiter Andrese Galabi

Nencianah Aim menerima piala tempat keempat

Azron Julis menerima piala tempat ke lima

Ckg Masru dan Ust Khairul bergambar dengan 13 orang peserta dari Sk.Kiandongo

Azron Julis dan Nencianah Aim berjaya ke peringkat Bahagian Sandakan


Rabu, April 06, 2016

DIALOG PRESTASI 2016

06 April 2016, pagi ini telah berlangsung "Dialog Prestasi Sk.Kiandongo 2016 Bersama Ibu Bapa Dengan Guru". Dialog yang berlangsung di sekolah ini, diadakan secara sederhana dengan penglibatan ibu bapa daripada dari semua murid tahun 6 (12 orang).

Dialog yang dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar ini, kemudian disusuli oleh taklimat daripada Setiausaha Peperiksaan. Kemudian, diikuti oleh Takliat Program Kecemerlangan UPSR yang meliputi Kampus Kiandongo, Mentor Mentee dan Soaljawab / interaksi ibu bapa.

Mengakhiri majlis ini, aktiviti Aku Janji UPSR dan Penetapan Sasaran UPSR telah di adakan di antara guru, murid dan ibu bapa. Program telah selesai sekitar jam 10:36 pagi.



Ucapan daripada En.Mian Tampulong (guru Besar)
Ucapan daripada En.Mian Tampulong (guru Besar)
Kehadiran ibu bapa

Kehadiran ibu bapa
Taklimat daripada Setiausaha Peperiksaan Ckg Heldee Abun

Taklimat Program Kecemerlangan Daripada Ckg Aizuddin Ashraf

Ibu bapa memberi tumpuan yang baik


Rabu, Januari 13, 2016

MALAM APREASIASI KECEMERLANGAN 2015

Malam Apresiasi Kecemerlangan (MAK) 2015 telahpun diadakan pada 19 Nov 2015. Malam yang bersejarah itu telah diadakan di Dewan Kg.Kiandongo dan telah dirasmikan oleh En. Kassim Bin Amrin selaku Ketua Daerah Kawasan Tongod. Pelbagai acara telah berlangsung seperti penyampainan anugerah-anugerah kecemerlangan meliputi kurikulum, ko-kurikulum, anugerah tokoh harapan dan anugerah ibu bapa prihatin.

Aktiviti yang berlangsung telah diselang-selikan dengan pelbagai persembahan menarik seperti puisi, nyanyian, tarian serta persembahan jemputan daripada pelajar alumni lepasan tahun 2014.

Barisan kakitangan sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Kassim di atas kesudian hadir merasmikan majlis ini. Terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang telah menyumbang samada berbentuk dana, tenaga mahupun buah  fikiran dalam menjaayakan majlis ini. Semua kakitangan sekolah turut mengucapkan tahniah kepada semua penerima anugerah mengikut kategori masing-masing.

Pihak pengurusan juga memohon maaf di atas kekurangan yang berlaku sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih kepada semua warga kiandongo dan malagatan yang sudi hadir memriahkan lagi majlis ini. Jumpa lagi tahun hadapan.


Juruacara majlis Ckg Vincent Sintia dan Adik Phillip Johnatun


 Anugerah Kecemerlangan Peperiksaan


TAHUN 1
Arthur Maylveen Andrew


TAHUN 2
Aria Threeyani  Bt Armon
TAHUN 3
Wellcy Matturis


TAHUN 4
Dwi Shazlina Bt Armon


TAHUN 4
Philip Johnatun Pindin


TAHUN 4
Wellen Aleshia  Matturis


ANUGERAH KO-KURIKULUM


KATEGORI LELAKI
Jirol Ginal


KATEGORI PEREMPUAN
Atikah Vincent

 ANUGERAH AKADEMIK

TAHAP 2
Wellen Aleshia  Matturis


TAHAP 1
Arthur Maylveen Andrew

 ANUGERAH KEPIMPINAN
Shaffika Laiwin

 ANUGERAH HARAPAN
TAHAP 2
Philip Johnatun Pindin



TAHAP 1
Aria Threeyani  Bt Armon

ANUGERAH IBUBAPA PRIHATIN

Jalius Rudin

 PERSEMBAHAN-PERSEMBAHAN
Nyanyian duet daripada Adik Mozlianis Tonis dengan Adik Rezan Taliba


Nyanyian Solo pelajar alumni lepasan tahun 2012 Saudari Shaflyn Laiwin


Nyanyian Solo pelajar alumni lepasan tahun 2012 Saudari Shaflyn Laiwin


Persembahan nyanyian daripada murid-murid tahun 6


Meisyah Michelle Matius memimpin nyanyian



Persembahan sajak daripada adik Elyana Maika dan Sevika Rezali mendinginkan suasana


Elyana menghayati bait-bait sajak yang dideklamasikannya
Persembahan nyanyian daripada pelajar-pelajar alumni tahun 2014 sambil diiringi petikan gitar oleh Ckg Stonny Anthony




 MAJLIS PERPISAHAN

Suasana hiba dan sayu menyelubungi dewan sebaik saja majlis perpisahan dijalankan..
Guru Besar En. Paulus Yapas memotong kek perpisahan


Guru Besar En. Paulus Yapas memotong kek perpisahan


Pn. Anitah Matni memotong kek perpisahan


Penyampaian cenderakenangan kepada En.Paulus Yapas yang disampaikan oleh Pen. Kanan En. Andrew Justin


Penyampaian cenderakenangan kepada Pn.Anitah Matni yang disampaikan oleh Pen. Kanan En. Andrew Justin

UCAPAN PENANGGUHAN
Ckg Andrew Justin memberi ucapan alu-aluan


En. Kassim Amrin memberi ucapan alu-aluan dan merasmikan MAK 2015
Penyampaian cenderahati kepada En. Kassim Amrin


MAJLIS KONVOKESYEN 2016



AFELY AIM


BETHLEN PHILLIPMUS


ELYANA MAIKA


ELISTINA JASMI


EFFAR JUSLIM


DIX SAGITAN


EYOUSRIN JALIUS


FARDILLAH LILIP


JIROL GINAL


MEISYAH MICHELLE MATIUS


MEMON JOHN


OCTOVIANUS ECHARD KOH


PETTEDRUS PETTRUS



PETTY SYAHDONA EDAY


PURMAN PORISEN


SEVIKA REZALI


SHAFFIKA LAIEIN


SINLU NIKFIK


SURIANI SALIM
WELLEN ALESHIA MATTURIS

PENYAMPAIAN SIJIL PERKHIDMATAN CEMERLANG
EN. ANDREW JUSTINE


PN. SUSAN LAGAYAN


EN. JEMSAN SAKUNDING
EN. HELDEE ABUN


PN. ANITAH MATNI


PN. BETTY GUNTOLUI


EN. VINCENT SINTIA


EN. MASRU BIN MUSTAKIM


EN. AIZUDDIN ASHRAF BIN CHE MOHD


EN. STONNY ANTHONY


EN. MOHD HAIDIN BIN RUBIN
UST. KHAIRUL ADHAM BIN MAT AKHIR


PN. MASTINA MAJURAN


 KAKITANGAN SOKONGAN
EN JALIUS RUDIN


EN. LAIWIN MAHIR


PN. FLORA OTIT


EN. PHILLIPMUS DINIL


JINISLY JAMES


PN. SINAH LAMADA


NONAH GIMBANG

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN















..........SEKIAN..........