Sabtu, Mei 07, 2016

MSSB : Nencianah Aim Terpilih Ke Peringkat Negeri

Sukan Permainan Catur MSSB yang baru berakhir Jumaat lepas (4hb & 5hb) telah memberi tuah kepada anak kelahiran Kg.Kiandongo Adik Nencianah Aim untuk beraksi di peringkat Negeri. Beliau telah terpilih setelah berjaya mengutip 4.5 mata daripada 6 perlawanan. Berada di ranking ke empat daripada 28 peserta membuatkan pihak sekolah merasa amat bangga dengan pencapaian beliau.

Dua lagi peserta daripada sekolah ini bagi kategori lelaki iaitu Adik Azron Julis dan Joewen Nelson masing-masing hanya berada di tangga ke 12 dan 20 daripada 28 peserta keseluruhan. Walaupun telah berusaha mengatur strategi "peperangan" namun, tidak dapat mengalahkan pertahanan lawan yg begitu ampuh. Azron hanya berjaya mengumpul 3 mata sementara Joewen hanya 2 mata daripada 6 perlawanan.

Apapun, pihak sekolah mengucapkan Tahniah kepda semua peserta yang telah mewakili sekolah dan menunjukkan semangat juang yang tinggi. Juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokong dalm semua aspek. Majulah sukan untuk negera.

Adik Nencianah Aim terima sijil

Majlis Perasmian Penangguhan Catur MSSB Sandakan Di SMK Tongod, Telupid

Sesi bergambar dengan pasukan Telupid

Joewen dan Azron (Berbaju Pink) LB12


Nencianah (jersi Pink lengan biru sebelah kiri) PB12

Suasana dewan pertandingan catur
Keputusan penuh (Ranking) Perempuan Bawah 12 tahun

Keputusan penuh (Ranking) Lelaki Bawah 12 tahun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan