Tarikh 9 Oktober 2013 menjadi hakmilik mutlak pasukan Proton Saga apabila memenangi acara campuran Bola Tampar dan Bola Baling. Pasukan Proton Saga yang diundi dalam kumpulan A bersama pasukan Perodua Kancil menjadi pasukan paling cemerlang apabila memenangi kesemua keempat -empat perlawanan dalam acara Bola Tampar. Pasukan Proton Saga yang diketuai oleh Saudari Airolina Julis dan dibantu oleh Zilwafrid Johnatun menang perlawanan pertama dengan menewaskan pasukan Perodua Kancil dengan 30-18. Pasukan Proton Saga mara ke peringkat suku akhir selaku juara Kumpulan A untuk bertemu dengan Naib Juara Kumpulan B, Perodua Kelisa. Dalam perlawanan ini, pasukan Saga menerima tentangan sengit dari pasukan Kelisa sebelum menang dengan keputusan 30-24. Pada peringkat separuh akhir , pasukan Saga telah diundi bertemu dengan pasukan Gen2. Perlawanan ini disifatkan sebagai perlawanan buku bertemu ruas dengan kedua-dua pasukan sering silih berganti mendahului antara satu sama lain. Perlawanan ini telah dimenangi oleh pasukan Saga dengan keputusan 30-25. Perlawanan akhir telah menemukan pasukan ini dengan pasukan Saga yang dilihat sebagai perlawanan berat sebelah apabila pasukan Inspira tunduk mudah dengan keputusan 2-15 dan 12-15. Pasukan Gen2 muncul pemenang tempat ketiga. Sementera itu dalam acara akhir Bola Baling, telah menemukan pasukan Saga dengan pasukan Viva. Pasukan Viva hanya dinafikan beberapa saat untuk muncul Juara apabila Zilwafrid berjaya menyamakan kedudukan 3-3. Keputusan perlawanan terpaksa ditentukan dengan balingan penalti yang memihak kepada pasukan Saga dengan keputusan 2-1.
Keputusan :
Bola Tampar
Juara : Proton Saga
Naib Juara : Proton Inspira
Ketiga :Proton Gen2
Bola Baling
Juara : Proton Saga
Naib Juara : Perodua Viva
Ketiga : Proton Gen2
Isnin, Oktober 14, 2013
Gen2 Menang Bola Jaring, Viva Raja Sepaktakraw
Perodua Gen2 mengubat kekecewaan berhubung kegagalan memenangi acara futsal wanita apabila mudah mendominasi acara Bola Jaring dengan menundukkan pasukan lebih hebat seperti Perodua Viva dan Proton Saga. Saudari Juanita Julin menggunakan sepenuh ketinggian yang dimilikinya untuk menjaringkan lebih 20 jaringan sepanjang laluan ke peringkat akhir dan sekaligus merangkul kejuaraan Bola Jaring sempena Karnival Ko-kurikulum. Karnival Ko-kurikulum yang menjadi acara tahunan sekolah telah berlangsung dari 8 hingga 10 Oktober 2013. Acara bola jaring telah berlangsung pada 8 Oktober 2013 di sebelah petang dengan menggunakan sistem 3 lawan 3 buat pertama kalinya . Acara sepaktakraw turut diadakan serentak dengan acara bola jaring dengan Pasukan Perodua Viva berjaya muncul juara.
Kelisa , Wira Ungguli Futsal Karnival Kokum
Pasukan Lelaki Perodua Kelisa berjaya memenangi pertandingan Futsal Kategori Lelaki manakala Pasukan Proton Wira yang diketuai oleh Elvieuna Jasmi mengungguli kategori Perempuan. Pasukan Kelisa menewaskan pasukan Perodua Viva di perlawanan akhir dengan keputusan 4-2. Sementera itu, pasukan Wira dianggap bernasib baik apabila menang dengan hanya lambungan duit syiling ketika menentang pasukan Proton Gen2 setelah perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 pada masa sebenar. Pertandingan ini telah berjaya menonjol bakat baru dari kalangan murid tahun 4 dan tahun 5. Saudari Atika Vincent dan Dix Sagitan boleh dianggapkan permata baru yang perlu digilap berdasarkan kemahiran individu yang baik dalam pertandingan walaupun baru berusia 10 tahun.
Keputusan Penuh :
Kategori Lelaki :
1. Perodua Kelisa
2. Perodua Viva
3. Proton Saga
Kategori Perempuan :
1. Proton Wira
2. Proton Gen2
3. Proton Inspira
Keputusan Penuh :
Kategori Lelaki :
1. Perodua Kelisa
2. Perodua Viva
3. Proton Saga
Kategori Perempuan :
1. Proton Wira
2. Proton Gen2
3. Proton Inspira
Isnin, September 30, 2013
Hajat Tidak Kesampaian
Hajat SK Kiandongo mahu mencuri sebutir pingat tanpa mengira warna dalam Kejohanan Sukan Pedalaman 2013 tidak kesampaian. Kejohanan yang diadakan buat ulung kali yang diadakan di SK Maliau telah mengundang 14 buah sekolah dari Daerah Tongod (Telupid) yang berstatus Pedalaman 2 dan 3. Edisi ini telah menyaksikan sebanyak 11 buah sekolah telah menghantar penyertaan untuk merebut 12 pingat Emas melibat 10 acara olahraga dan 1 Emas dari Bola Jaring (3 Lawan 3) dan 1 Ems dari Sepaktakraw. Pencapaiatn terbaik melibatkan atlit dari sekolah ini ialah menerusi Jielson Jibin yang menduduki tempat ke 4 dalam acara 100 meter lelaki. Acara tersebut dimenangi oleh atlit dari SRK Pekan Tongod iaitu Jesson Justa diikuti Jeison Akang dari SK Penangah. Jesson Justa boleh diangkat selaku wira kepada SRK Pekan Tongod apabila membantu kuartet 4X100 m dan 4X200 m untuk memenangi lagi 2 Emas. SRK Pekan Tongod turut muncul Juara Bola Jaring apabila menewaskan SK Mengkawago di perlawanan akhir dengan keputusan 11-6. Manakala pasukan bola jaring sekolah ini berjaya menduduki tangga keempat selepas muncul naib juara Kumpulan A dan bertemu dengan SRK Pekan Tongod di separuh akhir dengan keputusan 13-4. SK Penangah menduduki tangga ketiga dalam bola jaring apabila menumpaskan SK Kiandongo dengan 15-2 dalam penentuaan tempat ketiga/keempat. SK Kiandongo telah membariskan 2 murid Tahun 4, 8 murid Tahun 5 dan 5 murid Tahun 6 dalam rangka persiapan ke Kejohanan Olahraga MSS Zon Tongod pada 29-31 Oktober di SK Imbak. Walau pencapaian atlit di SK Maliau dilihat sedikit mengecewakan, namun objektif untuk mendedahkan para atlit dengan suasana pertandingan dijangka akan memberi keputusan baik di SK Imbak nanti.
Ahad, September 08, 2013
Rabu, September 04, 2013
Majlis Sambutan Kemerdekaan SK Kiandongo
Bersempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke 56, SK Kiandongo di bawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Kajian Tempatan telah mengadakan Majlis Sambutan Kemerdekaan 2013 pada 3 September 2013. Penganjuran program ini telah dirancang dengan teratur dan tersusun bagi meningkatkan kemeriahan dari segi penyertaan murid serta penglibatan ibu bapa di program. Buat ulung kalinya, program pada kali ini telah diadakan di Dewan Kampung Kiandongo dengan penambahan pelbagai acara pertandingan. Acara yang dipertandingan ialah Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia , Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris , Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Pertandingan Mewarna (Tahap 1), Pertandingan Melukis (Tahap 2), Pertandingan Kuiz Kemerdekaan, Pertandingan Spelling Bee dan Pertandingan Persembahan Antara Kelas. Bagi Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris dan Pertandingan Spelling Bee telah dimenangi oleh murid tahun 2 , Adik Dwi Shazlina bt Armon yang mengejutkan murid-murid yang jauh lebih tua daripadanya. Adik Kartilla Toibon memenangi Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia manakala Pertandigan Melukis dimenangi oleh Wellnie Matturis . Adik Alexander Abert memenangi Pertandingan Mewarna. Di dalam acara Pertandingan Persembahan Kelas Tahun 3 memenangi tempat pertama bagi kategori Tahap 1 dan Tahun 5 bagi kategori Tahap 2
Langgan:
Catatan (Atom)


