Isnin, September 30, 2013

Hajat Tidak Kesampaian

Hajat SK Kiandongo mahu mencuri sebutir pingat tanpa mengira warna dalam Kejohanan Sukan Pedalaman 2013 tidak kesampaian. Kejohanan yang diadakan buat ulung kali yang diadakan di SK Maliau telah mengundang 14 buah sekolah dari Daerah Tongod (Telupid) yang berstatus Pedalaman 2 dan 3. Edisi ini telah menyaksikan sebanyak 11 buah sekolah telah menghantar penyertaan untuk merebut 12 pingat Emas melibat 10 acara olahraga dan 1 Emas dari Bola Jaring (3 Lawan 3) dan 1 Ems dari Sepaktakraw. Pencapaiatn terbaik melibatkan atlit dari sekolah ini ialah menerusi Jielson Jibin yang menduduki tempat ke 4 dalam acara 100 meter lelaki. Acara tersebut dimenangi oleh atlit dari SRK Pekan Tongod iaitu Jesson Justa diikuti Jeison Akang dari SK Penangah. Jesson Justa boleh diangkat selaku wira kepada SRK Pekan Tongod apabila membantu kuartet 4X100 m dan 4X200 m untuk memenangi lagi 2 Emas. SRK Pekan Tongod turut muncul Juara Bola Jaring apabila menewaskan SK Mengkawago di perlawanan akhir dengan keputusan 11-6. Manakala pasukan bola jaring sekolah ini berjaya menduduki tangga keempat selepas muncul naib juara Kumpulan A dan bertemu dengan SRK Pekan Tongod di separuh akhir dengan keputusan 13-4. SK Penangah menduduki tangga ketiga dalam bola jaring apabila menumpaskan SK Kiandongo dengan 15-2 dalam penentuaan tempat ketiga/keempat. SK Kiandongo telah membariskan 2 murid Tahun 4, 8 murid Tahun 5 dan 5 murid Tahun 6 dalam rangka persiapan ke Kejohanan Olahraga MSS Zon Tongod pada 29-31 Oktober di SK Imbak. Walau pencapaian atlit di SK Maliau dilihat sedikit mengecewakan, namun objektif untuk mendedahkan para atlit dengan suasana pertandingan dijangka akan memberi keputusan baik di SK Imbak nanti.

 







 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan