Rabu, Mei 29, 2013
Isnin, Mei 27, 2013
200 sertai Perkhemahan Unit Beruniform 2013
Majlis Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Daerah Tongod (Telupid) mengorak langkah apabila buat julung kalinya mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform Daerah Tongod (Telupid) pada 17 hingga 19 Mei 2013. SK Tangkungon telah diberi mandat untuk menjadi tuan rumah pertama bagi program ini. Buat edisi pertama ini, sebanyak 15 buah sekolah telah mengambil bahagian yang terdiri daripada 12 sekolah rendah dan 3 buah sekolah menengah. Seramai 200 orang peserta (124 orang murid sekolah rendah dan 76 orang pelajar sekolah menengah). SK Kiandongo telah menghantar 10 orang murid yang terdiri daripada 5 orang ahli Pengakap dan 5 orang ahli PBSMM beserta 5 orang guru pengiring yang diketuai oleh PK Kokum, En. Jemsan Sakunding. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan yang lebih berfokus kepada kekuatan fizikal dan disulami aktiviti berkumpulan antaranya ialah Jungle Tracking, Ikhtiar Hidup, Rempuh Halangan dan Malam Persembahan. Sebanyak 10 kumpulan telah dibentuk secara integrasi antara sekolah dan unit beruniform dengan seorang ketua dilantik daripada pelajar sekolah menengah. Ketua Unit Pembangunan Kemanusiaan , En Stephen Radin Azmi telah hadir menyempurnakan Majlis Penangguhan dan sekaligus menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Ikhtiar Hidup
Jungle Tracking sejauh 4.3 km
Rempuh Halangan
Sambutan Hari Guru Meriah
Pada tahun 2013, Kelab Guru dan Staf (KGS) SK Kiandongo telah mengadakan sambutan Hari Guru berkonsepkan kekeluargaan dan perkelahan di kawasan ladang keluarga Cikgu Stonny pada 16 Mei 2013. Sambutan ini turut disertai oleh murid tahun 6 Nilam bagi menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR.
Airolina Bantu Sandakan Menang Perak
Kejohanan Bola Tampar MSSS 2013 yang telah berlangsung dari 8 hingga 11 Mei 2013 di Daerah Kudat telah mencatat sejarah sendiri apabila murid sekolah ini, Airolina Julis telah berjaya membantu pasukan Bahagian Sandakan menjadi Naib Johan kategori Perempuan 12 Tahun bagi edisi 2013 setelah tumpas kepada Bahagian Pedalaman dalam perlawanan akhir. Pencapaian Airolina Julis mengatasi pencapaian 3 orang murid sekolah ini pada tahun lalu yang sekadar meraih pingat gangsa.
UPKO Realisasikan Impian SK Kiandongo.
Ketua Pemuda UPKO (P187) Kinabatangan , En. Felix Joseph Saang telah menyampaikan sumbangan yang penuh bermakna kepada warga SK Kiandongo melalui PIBG sekolah ini dengan menyalurkan bantuan bahan mentah khususnya simen dan pasir bagi membaikpulih gelanggang Bola Tampar sekolah ini yang telah terbengkalai sejak dari bulan Mei 2012. Sumbangan yang disampaikan sendiri oleh En. Felix Joseph kepada Guru Besar SK Kiandongo , En. Mohd Jasnee pada 15 April 2013.
Bola Baling : Pasukan Muda Kiandongo Terima Pengalaman Berguna.
Kejohanan Bola Baling MSSD Telupid 2013 telah diadakan di padang SK Entilibon pada 9 dan 10 April 2013. Di dalam kejohanan ini, pasukan SK Kiandongo yang menjadi pasukan tunggal dari Zon Tongod telah diundi dalam dalam Kumpulan B melibatkan 3 Zon (Entilibon, Penangah dan Tongod). Zon Entilibon diwakili oleh SK Menanam, SK Langkabong, SK Maliau dan SK Entilibon manakala Zon Penangah diwakili SK Mengkawago. Pasukan Lelaki dan Perempuan SK Kiandongo diwakili oleh sebahagian besar murid tahun 4 dan tahun 5 dan hanya 4 orang murid tahun 6 daripada 12 pemain yang terpilih. Pencapaian terbaik lelaki dalam pertandingan ini hanya sekadar seri 1-1 dengan SK Menanam manakala pencapaian terbaik perempuan adalah menewaskan pasukan SK Langkabong 3-1. Di kejohanan ini, SK Pekan Telupid telah menjadi Juara bagi kategori Lelaki manakala SK Tangkungon menjadi Juara bagi kategori Perempuan.
Langgan:
Catatan (Atom)





