Isnin, Oktober 01, 2012

Gen2 Johan Badminton, Viva Juarai Bola Jaring

Pasukan Proton Gen 2 berjaya merangkul kejuaraan dalam pertandingan Badminton Karnival Ko-Kurikulum 2012 apabila menumpaskan pasukan Perodua Kelisa dengan keputusan 3-1. Pertandingan diadakan dalam format berpasukan campuran yang melibatkan acara perseorangan lelaki , perseorangan wanita, beregu lelaki , beregu wanita dan beregu campuran. Manakala Proton Saga dan Proton Wira berkongsi di tempat ketiga selepas kedua-dua pasukan tumpas di separuh. Sementara itu, pasukan Perodua Viva berjaya mengungguli acara bola jaring dengan menewaskan pasukan Proton Waja.






SK Kiandongo Hampir Sambar Kejuaraan Futsal

Kejayaan pasukan Futsal wanita SK Kiandongo mara ke pertandingan akhir Karnival Futsal Daerah Sandakan 2012 telah membuka mata banyak pihak. Walaupun tumpas di perlawanan akhir kepada pasukan SK Muhibbah B dalam sepakan penalti (1-2) selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar. Pasukan ini jelas menonjolkan ketulenan dan jati diri untuk membuktikan bahawa sekolah yang kurang murid dengan fasiliti yang cukup daif masih mampu berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah yang mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Pasukan ini yang dianggotai oleh Norjianah Aim, Cerolinechryscilla Mor, Echlinah Philip, Virolina Maika , Shaflyn Laiwin, Azreen Ezriana Julis dan Elyoena Jasmi telah mencapai keputusan membanggakan di peringkat kumpulan dengan menewaskan pasukan Baby Kids dengan 4-1, SK Muhibbah B (2-0), SK Muhibbah A (1-0), SK Sungai Anib 1 (1-0) dan seri dengan pasukan SK Kem Tentera dengan keputusan tanpa jaringan. SK Kiandongo mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan dengan bertemu dengan pasukan Red Star FC. Azreen dan  Cerolinechryscilla, masing-masing berjaya menjaringkan satu gol untuk pasukan ini untuk mara ke perlawanan akhir untuk bertemu semula dengan pasukan SK Muhibbah B. SK Muhibbah B mengejutkan pasukan SK Kiandongo dengan menjaringkan gol seawal pertama berikutan kelalaian di benteng pertahanan. Namun kemasukan Cerolinechyrscilla pada minit kedua dibalas dengan jaringan pada minit ke 4 untuk gol penyamaan. Serangan bertali arus pasukan SK Kiandongo diteruskan namun nasib jelas tidak memihak kepada sekolah ini. SK Muhibbah B yang memilih tendangan penalti sebagai pemutus kejuaraan jelas bernasib baik apabila mereka berjaya meraih keputusan dengan cara yang sama di separuh akhir ketika menentang SK Nunuyan Laut . SK Muhibbah B menang penalti selepas sepakan Azreen Ezriana diselamatkan oleh penjaga gol mereka manakala sepakan penalti oleh Norjianah Aim tersasar sebelah kiri gawang lawan.  Walau bagaimana pun, persembahan mereka telah menerima pujian daripada semua pihak termasuk daripada Pengarah Kompleks Sukan Sandakan, En . Peter Rajah dan semua penonton.




Inspira Ungguli Sepaktakraw dan Futsal

Pasukan Proton Inspira yang diketuai oleh Jelikmus mengungguli acara Sepaktakraw dan Futsal apabila muncul juara kedua-dua acara tersebut. Pertandingan Futsal telah diadakan pada 24 September 2012 manakala acara sepaktakraw diadakan pada 26 September 2012. 





Sabtu, September 22, 2012

Saga ungguli Bola Baling 2012

Kejohanan Karnival Ko-kurikulum membuka tirai pada 22 September 2012 dengan acara bola baling menjadi acara pertama. Pasukan Proton Saga yang diketuai oleh Aeron Dimo berjaya menewaskan Pasukan Proton Waja yang diketuai oleh Willmy Albert dengan keputusan 5-2. Sementara itu, pasukan Proton Gen2 menewaskan Proton Inspira dengan keputusan 4-1 untuk menduduki tempat ketiga. Sebanyak 8 pasukan telah menyertai kejohanan ini iaitu Proton Saga, Proton Wira, Proton Gen2, Proton Inspira, Proton Waja, Perodua Kancil, Perodua Kelisa dan Perodua Viva.







Kuartet 4x100m Diundang ke Telupid

Pada 20 September 2012, kuartet 4x100m perempuan yang dianggotai oleh Airolina Julis, Helviana Janis, Nilziana  Salleh dan Elviuena Jasmi manakala kuartet lelaki dianggotai oleh Jielson Jibin, Vikry Rezali, Zilwafrid Johnatun dan Reznis Tanis mengecapi nasib yang sama apabila menduduki tangga keempat dalam kedua -dua saringan sekaligus gagal ke acara akhir. Acara lelaki telah dimenangi oleh kuartet SK Kopuran, diikuti SK Pekan Tongod dan SK Mengkawago ketiga. Bagi acara perempuan, kuartet SK Mengkawago telah berjaya menjuarai acara tersebut dengan menewaskan SK Pekan Tongod dan SK Buis.Kuartet yang menang menerima hadiah sebanyak RM100 beserta tawaran berlatih di Kompleks Sukan Ranau.






Jumaat, September 14, 2012

SK Kiandongo Yakin Capai Sasaran

Para guru SK Kiandongo khususnya Guru-Guru Tahun 6 berasa cukup yakin bahawa keputusan UPSR yang dijangkakan akan diumumkan pada awal bulan November 2012 akan mencatat peningkatan yang mendadak termasuk pertambahan bilangan murid mendapat A. Berdasarkan soalan yang dikeluarkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia, murid-murid yang ditemubual memberi respon yang positif dan dibantu oleh semakan awal oleh guru-guru.



Rabu, September 12, 2012

Majlis Kesyukuran dan Sambutan Hari Raya

Kelab Guru dan Staf SK Kiandongo telah mengadakan suatu jamuan khas yang penuh kesederhanaan yang menanda satu bentuk restu dan kesyukuran untuk murid-murid tahun 6 yang akan mengambil UPSR pada 11-13 September 2012. Jamuan ini turut diadakan sebagai sambutan Hari Raya Aidilfitri dan meraikan Hari Lahir 3 orang guru yang dilahirkan sekitar bulan Julai hingga September  iaitu Cikgu Masru (bulan Julai), Cikgu Jemsan (Ogos) dan Cikgu Vincent (September). Kehadiran tetamu jemputan seperti Yang Berusaha Guru Besar SRK Pekan Tongod , En Maha dan Guru Besar SK Kiandongo, En Mohd Jasnee telah memeriahkan suasana sambutan tersebut.