Isnin, Oktober 01, 2012

SK Kiandongo Hampir Sambar Kejuaraan Futsal

Kejayaan pasukan Futsal wanita SK Kiandongo mara ke pertandingan akhir Karnival Futsal Daerah Sandakan 2012 telah membuka mata banyak pihak. Walaupun tumpas di perlawanan akhir kepada pasukan SK Muhibbah B dalam sepakan penalti (1-2) selepas terikat 1-1 dalam masa sebenar. Pasukan ini jelas menonjolkan ketulenan dan jati diri untuk membuktikan bahawa sekolah yang kurang murid dengan fasiliti yang cukup daif masih mampu berdiri sama tinggi dengan sekolah-sekolah yang mempunyai sumber kewangan yang mencukupi. Pasukan ini yang dianggotai oleh Norjianah Aim, Cerolinechryscilla Mor, Echlinah Philip, Virolina Maika , Shaflyn Laiwin, Azreen Ezriana Julis dan Elyoena Jasmi telah mencapai keputusan membanggakan di peringkat kumpulan dengan menewaskan pasukan Baby Kids dengan 4-1, SK Muhibbah B (2-0), SK Muhibbah A (1-0), SK Sungai Anib 1 (1-0) dan seri dengan pasukan SK Kem Tentera dengan keputusan tanpa jaringan. SK Kiandongo mara ke separuh akhir selaku juara kumpulan dengan bertemu dengan pasukan Red Star FC. Azreen dan  Cerolinechryscilla, masing-masing berjaya menjaringkan satu gol untuk pasukan ini untuk mara ke perlawanan akhir untuk bertemu semula dengan pasukan SK Muhibbah B. SK Muhibbah B mengejutkan pasukan SK Kiandongo dengan menjaringkan gol seawal pertama berikutan kelalaian di benteng pertahanan. Namun kemasukan Cerolinechyrscilla pada minit kedua dibalas dengan jaringan pada minit ke 4 untuk gol penyamaan. Serangan bertali arus pasukan SK Kiandongo diteruskan namun nasib jelas tidak memihak kepada sekolah ini. SK Muhibbah B yang memilih tendangan penalti sebagai pemutus kejuaraan jelas bernasib baik apabila mereka berjaya meraih keputusan dengan cara yang sama di separuh akhir ketika menentang SK Nunuyan Laut . SK Muhibbah B menang penalti selepas sepakan Azreen Ezriana diselamatkan oleh penjaga gol mereka manakala sepakan penalti oleh Norjianah Aim tersasar sebelah kiri gawang lawan.  Walau bagaimana pun, persembahan mereka telah menerima pujian daripada semua pihak termasuk daripada Pengarah Kompleks Sukan Sandakan, En . Peter Rajah dan semua penonton.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan