Selasa, April 19, 2011

Giliran Ellcey Sagitan Ke Sekolah Seni


Saudari Ellcey Sagitan bekas murid sekolah ini telah ditawarkan ke Sekolah Seni Kuching. Pemergian beliau ke sekolah tersebut menunjukkan potensi SK Kiandongo sebagai sebuah sekolah yang mampu melahirkan bakat seni dan bakat sukan dengan begitu cemerlang walaupun dalam serba kedaifan. Saudari Ellcey dan bapanya Sagitan Lasam bakal berangkat pada 23 April 2011 untuk melapor diri di sekolah tersebut. Bilangan murid sekolah ini yang telah diterima masuk ke sekolah tersebut menjadikan tiga orang kesemuanya.

Sepuluh Dilantik Keahlian Pengakap




Seramai 10 orang murid dari sekolah ini telah diberikan pertauliahan sebagai ahli pengakap yang sah berdasarkan kejayaan mereka menyertai dengan jayanya Kem Keahlian Pengakap Zon Tongod pada 15 hingga 16 April 2011 di SRK Pekan Tongod. Mereka merupakan sebahagian dari 57 orang peserta yang menyertai kem tersebut yang turut menglibatkan penyertaan dari 4 buah sekolah yang berdekatan. Selain daripada sekolah ini, SRK Pekan Tongod selaku tuan rumah mengirimkan 24 orang ahlinya, SK Keramuak (4 orang) dan SK Linayukan (15 orang).Murid SK Kiandongo yang terpilih menyertai kem ini ialah Norjianah Aim, Norfaezah Laidin, Azreen Ezriana, Echlinah Philip, Eloyena Jasmi, Aeron Dimo, Willson Matturis, Jelikmus Philipmus,Rafi Riko Stewart dan Jielson Jibin.Manakala guru pengiring yang terlibat ialah Cikgu Mohd Rashdan dan Cikgu Aizuddin Ashraf. Di samping itu, saudari Norjianah Aim turut dianugerahkan sebagai peserta terbaik wanita berdasarkan perwatakan dan kekemasan berpakaian. Sepanjang kem ini berlangsung, ahli-ahli pengakap telah didedahkan dengan pembelajaran asas pengakap melibatkan cerita hutan, sejarah, lafaz persetiaan, laungan agong, undang-undang,tabik hormat serta ujian lencana berbasikal.

Selasa, April 12, 2011

SK Kiandongo Rangka Kegemilangan UPSR



Mengekalkan prestasi UPSR ke tahap yang lebih baik pasti menjadi sasaran warga guru di sekolah ini di dalam mengarap misi untuk merangsang keupayaan murid sekolah ini tentang tatacara menjawab soalan peperiksaan UPSR. Justeru itu, keupayaan sekolah ini merangka strategi bagi meningkatkan prestasi bagi 4 subjek utama telah dicetuskan dengan mengadakan Bengkel Menjawab Soalan dengan melibatkan murid tahun 5 dan tahun 6. Buat permulaan, fasa 1 ini dikendalikan di kalangan guru-guru sekolah ini. Bengkel ini telah berlangsung pada 11 dan 12 April 2010 dengan menghimpunkan sejumlah 43 orang murid. Ketua Panitia Sains yang baru, Encik Aizuddin telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikan program ini dengan menyampaikan bahan Sains. Manakala Encik Jemsan dan Cik Anitah mengambilalih bagi segmen Bahasa Melayu. Pada 12 April 2011, Puan Susan yang juga Ketua Panitia Bahasa Inggeris menyampaikan slot beliau pada sesi awal pagi . Manakala Cik Betty mengakhiri program selama 2 hari ini dengan slot Matematik. Biar apa pun keputusan yang bakal terbit daripada Prestasi UPSR pada tahun ini, komitmen guru-guru di sekolah ini wajar diberi pujian. Semoga pencapaian UPSR sekolah ini pada tahun ini akan menunjukkan satu lonjakan paradigma.

Sabtu, April 09, 2011

Shaflyn Ungguli 'Story Telling'


Saudari Shaflyn Laiwin murid tahun 5 mengenepikan saingan hebat daripada dua orang murid tahun 6, Elsie Peter dan Julletta Koh apabila memenangi pertandingan 'Story Telling' sempena Minggu Bahasa Inggeris. Dengan memilih judul cerita Kucing Bersepatu , Shaflyn berjaya meraih markah tertinggi daripada juri-juri pertandingan iaitu Puan Susan dan Cik Betty. Pertandingan yang disertai oleh 11 orang murid berjaya menarik minat semua murid di sekolah ini untuk sama-sama memberi sokongan moral kepada mereka yang bertanding. Minggu Bahasa Inggeris telah dijayakan oleh Panitia Bahasa Inggeri bagi meningkatkan minat murid-murid terhadap kepentingan Bahasa Inggeris. Beberapa acara turut diadakan iaitu 'Spelling Contest', 'Coral Speaking' dan 'Assembly in English'.Tahniah buat yang berjaya!

Zon Tongod Adakan Kem Motivasi 2011



Unit Bimbingan & Kaunseling Zon Tongod meneruskan misi meningkatkan pencapaian UPSR di peringkat zon apabila mesyuarat jawatankuasa bersama ajk pelaksana sebulat suara bersetuju mengadakan Kem Lambaian Ilmu 2011 pada 6 hingga 8 Mei 2011. Setelah SK Kiandongo menjadi pengelola pada tahun 2010, SK Sogo-Sogo telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan kem ini bersama-sama SK Kiandongo, SRK Pekan Tongod dan SK Imbak. Buat permulaan, beberapa siri mesyuarat telah diadakan bagi memastikan perancangan program lebih mantap dan efisyen. Saudara Celestine Marcus, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Sogo-Sogo telah diberi kepercayaan untuk menerajui kumpulan pengelola dan pelaksana selaku Pengerusi Utama Kem Lambaian Ilmu 2011. Bertemakan '5A' , kem ini dijangkakan bakal menyaksikan kehadiran hampir 120 orang murid dari 4 buah sekolah dan bakal dijayakan oleh lebih 30 orang guru dan kakitangan dari sekolah-sekolah terbabit.

Selasa, Mac 15, 2011

Seorang Lagi Ke Sekolah Seni

Selepas saudara Alfoy Dimo, murid cemerlang UPSR sekolah ini pada 2010 melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah Sekolah Seni Kuching pada awal Januari yang lalu. Kini seorang lagi bekas murid sekolah ini iaitu saudara Zikhrius Jalius ditawarkan ke sekolah tersebut. Beliau akan berangkat ke Kuching untuk melaporkan diri pada 22 Mac 2011 bersama bapanya. Pemergian beliau ini bakal menjadi satu petanda dan tauladan yang baik kepada murid-murid di sekolah ini untuk sama-sama mengikut jejak mereka berdua. Kejayaan mereka menjadi satu bentuk kesinambungan kepada sekolah ini yang turut tercalon untuk menerima baiah atau tawaran baru (new deal) pada tahun ini atas kecemerlangan sekolah dalam lapangan akademik dan sukan pada tahun 2010.

Jumaat, Februari 25, 2011

Echlinah, Norjianah,Renlly Sumbang Pingat



Kejayaan memenangi pingat di Kejohanan Olahraga MSSD Telupid ke 2 adalah satu kejayaan yang amat membanggakan lebih-lebih lagi, tiga atlit dari sekolah ini telah membantu kuartet lari berganti-ganti Zon Tongod. Norjianah dan Echlinah berjaya meraih pingat di dalam acara 4x200 m manakala Renlly membantu kuartet 4x100m meraih pingat gangsa. Kejayaan mereka ini menjadikan pencapaian keseluruhan pasukan bawah 12tahun Zon Tongod pada tahun 2011 adalah lebih baik berbanding tahun lalu dengan kejayaan memprolehi 1 Emas, 1 Perak dan 3 Gangsa. Pasukan Zon Tongod secara keseluruhan telah merangkul menduduki tempat ke 4 dengan pencapaian 11 Emas, 7 Perak dan 8 Gangsa. Sementara itu saudari Veronica Domi berjaya merangkul Olahragawati Bawah 15 tahun apabila meraih 4 emas dalam 3000 m, 1500 m, 800 m dan 4 x 400 m.