Sabtu, April 09, 2011

Zon Tongod Adakan Kem Motivasi 2011



Unit Bimbingan & Kaunseling Zon Tongod meneruskan misi meningkatkan pencapaian UPSR di peringkat zon apabila mesyuarat jawatankuasa bersama ajk pelaksana sebulat suara bersetuju mengadakan Kem Lambaian Ilmu 2011 pada 6 hingga 8 Mei 2011. Setelah SK Kiandongo menjadi pengelola pada tahun 2010, SK Sogo-Sogo telah diberi kepercayaan untuk menganjurkan kem ini bersama-sama SK Kiandongo, SRK Pekan Tongod dan SK Imbak. Buat permulaan, beberapa siri mesyuarat telah diadakan bagi memastikan perancangan program lebih mantap dan efisyen. Saudara Celestine Marcus, Guru Bimbingan dan Kaunseling SK Sogo-Sogo telah diberi kepercayaan untuk menerajui kumpulan pengelola dan pelaksana selaku Pengerusi Utama Kem Lambaian Ilmu 2011. Bertemakan '5A' , kem ini dijangkakan bakal menyaksikan kehadiran hampir 120 orang murid dari 4 buah sekolah dan bakal dijayakan oleh lebih 30 orang guru dan kakitangan dari sekolah-sekolah terbabit.

1 ulasan:

  1. semoga program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang kita mahukan

    BalasPadam