Rabu, Mei 25, 2016

Sukaneka Hari Guru : Ceria

Bertempat di Padang Sk.Kiandongo, tepatnya pada 25 Mei 2016, jam lebih kurang 8am hingga 11.30am, Penat tapi seronok. Itulah ucapan yang keluar daripada mulut para peserta sukaneka Hari Guru. Tidak seperti tahun lepas, pada kali ini, terdapat bebrapa penambahan permainan seperti membaling gelung dan membawa belon. Namun, permainan menghantar telur telah mendapat "wow dan huha" paling banyak dalam sukaneka kali ini. Apa tidaknya, balingan telur telah mencatat jarak paling jauh setakat ini sejauh 15 meter. Paling menakjubkan, beberapa kali telur yang dibaling itu terjatuh ke tanah dan tidak pecah.. Huuuhaaaa...

Tahniah kpd semua peserta yang terdiri daripada guru-guru, KTBM dan beberapa orang murid pilihan yang telah menyertai sukaneka pada kali ini.

Pembukaan Acara makan biskut..

Gaya makan biskut Ckg Haidin, Nor dan Heldee

Kobon yang tak habis-habis biskutnya. 

Uncle Maika tgh sarapan pagi,, huahua


Dimo mengikat belon

Acara membawa 3 buah belon..

MAcam-macam stail ada.. macam pocong pun ada

Ini acara paling mendebarkan.. tiup belon sampai pecah

2 peserta terakhir yang tidak pandai meletup belonnya.. Ckg Masru dan Pn Sinah

Ckg Masru berabis meniup belon.. haishhh

Satu lagi acara pocong.. melompat dalam guni


Acara membaling gelung

Acara mendebarkan.. membaling telur

kedudukan semakin jauh

Sdr Dimo bersedia menerima balingan telur daripada Ust Khairul

Aksi Ckg Jemsan menyambut telur..selamat telur aku.. hahah

Jalius yang terpaksa bermandi telur.. huahua

Pn Sinah tidak dapat menyambut telur yang dibaling kerana terlalu tinggi.. huhu

Sdr Dimo yang berjaya menanduk telur itu sehingga pecah.. hahah

Kedudukan peserta pada jarak 13 meter.. semakin mendebarkan

Sdr Kobon yang berjaya menepis telur menggunakan perutnya pada jarak balingan 15 meter.. hahah

Acara orang gila, memancing di atas tanah...

Ikannya telah disumpah menjadi botol dan kotak-kotak

Penat berdiri, Ckg Heldee terpaksa duduk.. ikan dah kenyang, tak mau makan umpan besi.. haha

acara tiup tepung. Laju Ckg Aizuddin memecut membawa 4 biji gula2 sekaligus dalam mulutnya.. main tipu..

Ust Khairul bukan saingan utama..

Ckg masru bangga kalah dalam acara ini walaupun main tipu..

Dimo mendapat hadiah gula-gula setelah penat tiup tepung

Ckg Haidin, Lobidu dan Jalius, best katanya..

Acara bola sepak wanita.. Guru-guru dan KTBM menentang murid sekolah

Murid-murid yang berabis, gurunya menonton..


Pn Sinah menggoreng bola itu dengan penuh licik..

Aksi Nor menangkap bola. Tendangan penalti untuk mencari pemenang

Nilainie mengorak langkah untuk menendang bola

Pn Sinah menendang bola penuh gaya. Nurul keeper, rilek jerrr..

Bolasepak lelaki. dimo membawa bola

Masru cuba mengelecek bola.. tapi iskilnya kurang menjadi.. haha

Tendangan penalti untuk penentuan.. Akhirnya KTBM Juara Futsal.. tahniah

Isnin, Mei 23, 2016

Cuburee Pengakap : 7 Terlibat

Cuburee Pengakap sempena 100 tahun pengakap kanak-kanak sedunia telah diadakan di SK Telupid pada 20 hingga 22 Mei. Perkhemahan yang berlangsung selama 3 hari ni telah diserai oleh 7 buah sekolah. 7 orang murid telah mewakili sekolah ini daripada 106 jumlah peserta pengakap keseluruhan. Turut menyertai adalah 30 orang pemimpin pengakap selain daripada Pengakap Kelana dan Pengakap daripada SMK Telupid dan SMK Tongod. Sepanjang program, terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan. Aktiviti yang paling mencabar dan adalah abseiling daripada bangunan sekolah. Ini merupakan Cuburee kali ketiga yang diadakan selepas Cuburee tahun 2010 di Sk Kopuron dan 2012 di SK Linayukan.

7 orang Peserta daripada Sk.Kiandongo


Adik Azron Julis


Adik Nencianah Aim yang telah selesai abseiling

Persembahan kumpulan







Sabtu, Mei 07, 2016

MSSB : Nencianah Aim Terpilih Ke Peringkat Negeri

Sukan Permainan Catur MSSB yang baru berakhir Jumaat lepas (4hb & 5hb) telah memberi tuah kepada anak kelahiran Kg.Kiandongo Adik Nencianah Aim untuk beraksi di peringkat Negeri. Beliau telah terpilih setelah berjaya mengutip 4.5 mata daripada 6 perlawanan. Berada di ranking ke empat daripada 28 peserta membuatkan pihak sekolah merasa amat bangga dengan pencapaian beliau.

Dua lagi peserta daripada sekolah ini bagi kategori lelaki iaitu Adik Azron Julis dan Joewen Nelson masing-masing hanya berada di tangga ke 12 dan 20 daripada 28 peserta keseluruhan. Walaupun telah berusaha mengatur strategi "peperangan" namun, tidak dapat mengalahkan pertahanan lawan yg begitu ampuh. Azron hanya berjaya mengumpul 3 mata sementara Joewen hanya 2 mata daripada 6 perlawanan.

Apapun, pihak sekolah mengucapkan Tahniah kepda semua peserta yang telah mewakili sekolah dan menunjukkan semangat juang yang tinggi. Juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sokong dalm semua aspek. Majulah sukan untuk negera.

Adik Nencianah Aim terima sijil

Majlis Perasmian Penangguhan Catur MSSB Sandakan Di SMK Tongod, Telupid

Sesi bergambar dengan pasukan Telupid

Joewen dan Azron (Berbaju Pink) LB12


Nencianah (jersi Pink lengan biru sebelah kiri) PB12

Suasana dewan pertandingan catur
Keputusan penuh (Ranking) Perempuan Bawah 12 tahun

Keputusan penuh (Ranking) Lelaki Bawah 12 tahun

Selasa, April 19, 2016

KEJOHANAN CATUR MSSD TELUPID 2016 : 2 Peserta Terpilih Ke Bahagian

Pada 13 dan 14 April yag lepas, kejohanan Catur MSSDT telah berlangsung d Bilik perpustakaan SMK Tongod. Kejohanan yang menampilkan seramai 47 peserta kategori lelaki bawah 12 tahun dan 44 orang peserta kategori perempuan bawah 12 tahun daripada 9 buah sekolah telah berentap. Tahun ini merupakan tahun yang paling getir untuk peserta bawah 12 tahun kerna penyertaan yang begitu ramai sehingga mencecah 91 orang keseluruhan.

Peserta yang akan dipilih ke peringkat bahagian seramai 6 orang sahaja bagi setiap kategori mengikut ranking. Satu daripada  6 itu merupakan peserta "projek" yang berusia bawah 9 tahun.

Perlawanan yang berlangsung selama 2 hari satu malam itu telah menyaksikan pelbagai drama suka dan duka, sedih dan tawa. Masing-masing peserta mengeluarkan segala taktik dan strategi untuk memecahkan kubu pertahanan lawan. Ada yang menyerang menggunakan tentera pemanah (Bishop), ada yang menggunakan tentera berkuda (knight) dan tidak kurang menggunakan Queen dan infantri. Jika sama hebat serangan dan pertahanan, maka perlawanan boleh mencecah sehingga 2 jam. Jika pertahanan lemah, maka dengan mudah saja rajanya ditawan. Silap percaturan dan strategi akan mengundang "kematian" dan  "kekecewaan". Inilah dramatiknya permainan, kerana di situ ada "pembunuhan" dan "kematian". malah dipenghujungnya terkadang ada "jadi-jadian".

Daripada 7 pusingan pertemuan maut dan selamat itu, 2 orang peserta daripada sekolah ini telah berjaya mendapat tempat keempat dan kelima bagi kategori perempuan dan lelaki. Peserta tersebut adalah adik Nencianah Aim dan Azron Julis. mereka berdua seterusnya terpilih ke peringkat bahagian yang dijadual berlangsung pada 4 dan 5 Mei d lokasi yang sama.

6 orang lagi peserta lelaki dari sekolah ini tidak berpeluang ke peringkat bahagian. Adik Joewen Nelson hanya menduduki tempat ke-7. Elpi Sagitan di tangga ke-11. Philip Jonathun di tangga ke-12. Rizan Taliba di tangga ke-16. Ronney Presley Mor di tangga ke-17. Sementara peserta projek daripada tahun 3 sekolah ini adik Jickleeson Kelarin hanya berjaya menduduki tempat ke-44.

Bagi peserta perempuan sekolah ini, 5 orang juga tidak berpeluang ke peringkat bahagian. Adik wellanh Matturis, Angelina Pascual, Hanisah Erwin dan Syzliana Fifi Lonin masing-masing dikedudukan yang berurutan 13, 14, 15 dan 16. Sementara adik Cerlistie Vincent di tangga yang ke-18.

Apapun, tahniah kepada seluruh ajk pelaksana daripada PT, Ketua Arbiter, dan arbiter. Demikian jgk kepada tuan rumah SMK Tongod yang berjaya mengendalikan kejohanan dengan sangat baik dan tersusun. Tahniah semua.


Pertemuan semasa rakan sekolah adik Elpi Sagitan bertemu Rizan Taliba

Cerlistie (kiri) memerhatikan buah catur


keadaan dewan peserta perempuan bawah 12 tahun

Angelina (Kiri) peserta sekolah ini menjeling ke kamera

Dewan peserta perempuan bawah 12 tahun

Adik Nencianah fokus d meja ketiga

pertemuan sesama sekolah adik Wellnah dan Fifi

Peserta lelaki bawah 12 tahun

Ckg Masru (Stage Arbiter) dan Ust Khairul bergambar dengan PT Kevin Suresh dan Stage Arbiter Andrese Galabi

Nencianah Aim menerima piala tempat keempat

Azron Julis menerima piala tempat ke lima

Ckg Masru dan Ust Khairul bergambar dengan 13 orang peserta dari Sk.Kiandongo

Azron Julis dan Nencianah Aim berjaya ke peringkat Bahagian Sandakan


Rabu, April 06, 2016

DIALOG PRESTASI 2016

06 April 2016, pagi ini telah berlangsung "Dialog Prestasi Sk.Kiandongo 2016 Bersama Ibu Bapa Dengan Guru". Dialog yang berlangsung di sekolah ini, diadakan secara sederhana dengan penglibatan ibu bapa daripada dari semua murid tahun 6 (12 orang).

Dialog yang dimulakan dengan ucapan daripada Guru Besar ini, kemudian disusuli oleh taklimat daripada Setiausaha Peperiksaan. Kemudian, diikuti oleh Takliat Program Kecemerlangan UPSR yang meliputi Kampus Kiandongo, Mentor Mentee dan Soaljawab / interaksi ibu bapa.

Mengakhiri majlis ini, aktiviti Aku Janji UPSR dan Penetapan Sasaran UPSR telah di adakan di antara guru, murid dan ibu bapa. Program telah selesai sekitar jam 10:36 pagi.



Ucapan daripada En.Mian Tampulong (guru Besar)
Ucapan daripada En.Mian Tampulong (guru Besar)
Kehadiran ibu bapa

Kehadiran ibu bapa
Taklimat daripada Setiausaha Peperiksaan Ckg Heldee Abun

Taklimat Program Kecemerlangan Daripada Ckg Aizuddin Ashraf

Ibu bapa memberi tumpuan yang baik