Frogasia yang merupakan sebuah agensi yang memainkan peranan penting dalam penyebaran Persekitaran Pembelajaran Maya atau Virtual Learning Enviroment (VLE) telah mengadakan lawatan dan tinjauan ke sekolah ini pada 18 Februari 2014 bagi mengkaji keberkesanan program ini serta mengenalpasti isu-isu serta permasalahan yang dihadapi oleh sekolah ini dalam melaksanakan VLE sebagai medium penyampaian baru dalam pendidikan. Kehadiran tiga orang wakil dari agensi tersebut telah diketuai Pengurus Komuniti Kanan , Madam Tong Oi Kuan, Mr. Craig Robert dan Encik Aizuddin Ghazali.
Ahad, Mac 02, 2014
Dragon Juarai Liga Super Bola Tampar
Pasukan Dragon muncul juara Liga Super Bola Tampar 1 Kiandongo selepas mencatatkan kemenangan dalam semua perlawanan. Kejohanan yang disertai oleh 6 pasukan campuran lelaki dan perempuan diadakan dalam format liga sepusingan telah mula diadakan 17 Januari 2014 hingga 4 Februari 2014. Pertandingan ini diadakan untuk memantapkan permainan berpasukan dan membentuk pasukan lelaki dan perempuan bagi menghadapi Kejohanan Bola Tampar MSSD Tongod (Telupid) 2014 . Sementara itu, pasukan Zebra dan Cheetah masing muncul Naib Johan dan Tempat Ketiga pertandingan ini
Rabu, Januari 29, 2014
Kapit Nyaris Tempah Slot Negeri
Zilwafrid Jonathun hampir berjaya mewakili Bahagian Sandakan di Kejohanan Catur Negeri Sabah apabila menduduki tangga ketujuh daripada 24 pemain. Hanya 6 pemain yang memprolehi markah tertinggi akan dipilih. Zilwafrid atau dikenali Kapit berkongsi 4 mata dengan 3 kemenangan, 2 seri dan 1 kalah. Terdapat 3 pemain yang mempunyai 4 mata dari peserta ke 5 hingga 7. Mereka bertiga ditentukan sistem tie-break dan kiraan semula. Walau bagaimanapun , Kapit telah membantu Daerah Telupid muncul juara Kategori Lelaki 12 Tahun dengan pungutan 23.5 mata . Sementara itu Betlen berjaya menduduki tangga kelapan kategori P12 setelah memungut 3.5 mata hasil 3 kali menang, 1 seri dan 2 kekalahan. Pencapaian Zilwafrid dan Betlen pada kejohanan ini adalah amat memberangsangkan . Kejohanan ini yang diadakan di bilik gerakan , SMK Telupid pada 28-29 Januari 2014 yang dikelolakan sendiri oleh SK Kiandongo.
Isnin, Januari 27, 2014
Kiandongo Pengeluar Atlit Dari Zon Tongod
Kehadiran 11 orang pelajar SMK Tongod yang berasal dari Kg. Kiandongo yang juga bekas pelajar sekolah ini di dalam Kejohanan Catur MSSD Telupid 2014 di SK Ulu Sapi adalah bukti bahawa SK Kiandongo telah mencetus fenomena dan minat ke arah sukan yang begitu mendalam. Jumlah tersebut menjadikan 19 orang termasuk 8 orang dari SK Kiandongo sendiri. Yang lebih manis, 5 orang daripada jumlah tersebut akan mewakili Daerah Telupid dalam Kejohanan Catur MSSB Sandakan 2014. Mereka yang terpilih ialah Juanita Julin, Ellcey Sagitan, Elze Peter, Betlen Phillipmus dan Zilwafrid Johnatun. Manakala dua lagi dalam senarai simpanan apabila Cerolinechrysilla Mor dan Dix Sagitan berada di kedudukan 7 dan 8 dalam kategori masing-masing.
Ahad, Januari 26, 2014
Kompleks Sukan dibina di Kg. Kiandongo Darat?
Desas desus dan khabar angin sedang bertiup kencang bahawa suatu kawasan berhampiran Kampung Kiandongo Darat bakal dibina sebuah Kompleks Sukan Tongod yang dianggarkan berkeluasan sekitar 30-50 ekar. Beberapa kawasan membabitkan tanah milik Syarikat Corak Nakhoda Sdn. Bhd telah dikenalpasti bagi menggantikan lokasi cadangan di Kampung Kliwatong, Kampung Talibu dan Kampung Kuala Tongod. Lokasi asal yang dicadangkan dianggapkan tidak bersesuaian dan akan memakan kos yang lebih tinggi berikutan keadaan muka bumi yang berlembah dan berada dalam kawasan tadahan hujan. Sekiranya pembinaan kompleks ini menjadi realiti, diharapkan agar pihak wajib turut sama memikirkan satu lokasi bagi pembinaan pusat-pusat kemahiran seperti Pusat Giat Mara dan Institut Kemahiran Belia Negara bagi melahirkan generasi yang berkualiti dan berkemahiran tinggi sekaligus meningkatupayakan taraf hidup dan pemikiran penduduk di kawasan ini.
Jumaat, Januari 24, 2014
SK Kiandongo, Penganjur Catur Peringkat Bahagian
SK Kiandongo telah diberikan hak penganjuran Kejohanan Catur MSSB Sandakan 2014. Pemilihan sekolah ini dianggap unik bagi penganjuran pada peringkat bahagian kerana melihat kepada status sekolah ini yang hanyalah berstatus SKM gred B. Pihak pentadbiran telah mengambil langkah berani dan penuh berisiko di dalam penganjuran kejohanan ini dengan situasi serba kerkurangan. Namun demikian , bantuan yang diberikan oleh SMK Telupid di dalam penganjuran ini amat dihargai terutama dari segi lokasi dan peralatan. Walaupun berdepan masalah kewangan , kejohanan ini akan berlangsung seperti dirancang iaitu pada 28 - 29 Januari 2014 di Bilik Gerakan , SMK Telupid.
Betlen Juarai Catur MSSD Telupid 2014
Betlen Phillipmus muncul juara Kejohanan Catur MSSD Telupid 2014 bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun yang berlangsung di SK Ulu Sapi pada 23 Januari 2014. Kejayaan Betlen membaiki catatan sejarah pada tahun 2013 apabila Airolina Julis muncul Naib Juara manakala Cerolinechryscilla Mor meraih tangga ketiga pada tahun 2012. Di dalam pertandingan tersebut, Betlen berjaya meraih 4 mata dari 4 kemenangan dan 1 kekalahan. Sementera itu bagi kategori Lelaki 12 Tahun, Jubilester Juslim dari SK Langkabong menjadi Juara manakala Zilwafrid Johnatun menjadi peserta lelaki pertama sekolah ini yang berjaya mendapat 6 tempat teratas apabila meraih 4.5 mata hasil 4 kemenangan , 1 seri dan 1 kekalahan. Kejayaan itu membolehkan beliau menduduki tangga kelima dan sekaligus terpilih ke Kejohanan Catur MSSB Sandakan pada 28 dan 29 Januari 2014. Pada tahun ini, SK Kiandongo telah menghantar 8 orang peserta yang diwakili oleh Zilwafrid Johantun , Afely Aim ,Dix Sagitan, Octovianus Koh, Suzley John Sop, Azron Julis , Betlen Phillipmus dan Elvira Matthew. Pencapaian pada tahun ini mengekalkan prestasi 2 tahun terdahulu kerana sejak dari tahun 2012 , sekolah ini berjaya meletakkan sekurang-kurangnya 2 orang wakil untuk mewakili Daerah Telupid ke peringkat Bahagian.
Langgan:
Catatan (Atom)






