Jumaat, Januari 24, 2014

Betlen Juarai Catur MSSD Telupid 2014

Betlen Phillipmus muncul juara Kejohanan Catur MSSD Telupid 2014 bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun yang berlangsung di SK Ulu Sapi pada 23 Januari 2014. Kejayaan Betlen membaiki catatan sejarah pada tahun 2013 apabila Airolina Julis muncul Naib Juara manakala Cerolinechryscilla Mor meraih tangga ketiga pada tahun 2012. Di dalam pertandingan tersebut, Betlen berjaya meraih 4 mata dari 4 kemenangan dan 1 kekalahan. Sementera itu bagi kategori Lelaki 12 Tahun, Jubilester Juslim dari SK Langkabong menjadi Juara manakala Zilwafrid Johnatun menjadi peserta lelaki pertama sekolah ini yang berjaya mendapat 6 tempat teratas apabila meraih 4.5 mata hasil 4 kemenangan , 1 seri dan 1 kekalahan. Kejayaan itu membolehkan beliau menduduki tangga kelima dan sekaligus terpilih ke Kejohanan Catur MSSB Sandakan pada 28 dan 29 Januari 2014. Pada tahun ini, SK Kiandongo telah menghantar 8 orang peserta yang diwakili oleh Zilwafrid Johantun , Afely Aim ,Dix Sagitan, Octovianus Koh, Suzley John Sop, Azron Julis , Betlen Phillipmus dan Elvira Matthew.  Pencapaian pada tahun ini mengekalkan prestasi 2 tahun terdahulu kerana sejak dari tahun 2012 , sekolah ini berjaya meletakkan sekurang-kurangnya 2 orang wakil untuk mewakili Daerah Telupid ke peringkat Bahagian.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan