Isnin, Oktober 14, 2013

Kelisa , Wira Ungguli Futsal Karnival Kokum

Pasukan Lelaki Perodua Kelisa berjaya memenangi pertandingan Futsal Kategori Lelaki manakala Pasukan Proton Wira yang diketuai oleh Elvieuna Jasmi mengungguli kategori Perempuan.  Pasukan Kelisa menewaskan pasukan Perodua Viva di perlawanan akhir dengan keputusan 4-2. Sementera itu, pasukan Wira dianggap bernasib baik apabila menang dengan hanya lambungan duit syiling ketika menentang pasukan Proton Gen2 setelah perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 pada masa sebenar. Pertandingan ini telah berjaya menonjol bakat baru dari kalangan murid tahun 4 dan tahun 5. Saudari Atika Vincent dan Dix Sagitan boleh dianggapkan permata baru yang perlu digilap berdasarkan kemahiran individu yang baik dalam pertandingan walaupun baru berusia 10 tahun.

Keputusan Penuh :

Kategori Lelaki  :   
1. Perodua Kelisa
2. Perodua Viva
3. Proton Saga

Kategori Perempuan  :   
1. Proton Wira
2. Proton Gen2
3. Proton Inspira


Isnin, September 30, 2013

Hajat Tidak Kesampaian

Hajat SK Kiandongo mahu mencuri sebutir pingat tanpa mengira warna dalam Kejohanan Sukan Pedalaman 2013 tidak kesampaian. Kejohanan yang diadakan buat ulung kali yang diadakan di SK Maliau telah mengundang 14 buah sekolah dari Daerah Tongod (Telupid) yang berstatus Pedalaman 2 dan 3. Edisi ini telah menyaksikan sebanyak 11 buah sekolah telah menghantar penyertaan untuk merebut 12 pingat Emas melibat 10 acara olahraga dan 1 Emas dari Bola Jaring (3 Lawan 3) dan 1 Ems dari Sepaktakraw. Pencapaiatn terbaik melibatkan atlit dari sekolah ini ialah menerusi Jielson Jibin yang menduduki tempat ke 4 dalam acara 100 meter lelaki. Acara tersebut dimenangi oleh atlit dari SRK Pekan Tongod iaitu Jesson Justa diikuti Jeison Akang dari SK Penangah. Jesson Justa boleh diangkat selaku wira kepada SRK Pekan Tongod apabila membantu kuartet 4X100 m dan 4X200 m untuk memenangi lagi 2 Emas. SRK Pekan Tongod turut muncul Juara Bola Jaring apabila menewaskan SK Mengkawago di perlawanan akhir dengan keputusan 11-6. Manakala pasukan bola jaring sekolah ini berjaya menduduki tangga keempat selepas muncul naib juara Kumpulan A dan bertemu dengan SRK Pekan Tongod di separuh akhir dengan keputusan 13-4. SK Penangah menduduki tangga ketiga dalam bola jaring apabila menumpaskan SK Kiandongo dengan 15-2 dalam penentuaan tempat ketiga/keempat. SK Kiandongo telah membariskan 2 murid Tahun 4, 8 murid Tahun 5 dan 5 murid Tahun 6 dalam rangka persiapan ke Kejohanan Olahraga MSS Zon Tongod pada 29-31 Oktober di SK Imbak. Walau pencapaian atlit di SK Maliau dilihat sedikit mengecewakan, namun objektif untuk mendedahkan para atlit dengan suasana pertandingan dijangka akan memberi keputusan baik di SK Imbak nanti.

 







 

Rabu, September 04, 2013

Majlis Sambutan Kemerdekaan SK Kiandongo

Bersempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke 56, SK Kiandongo di bawah kelolaan Pusat Sumber Sekolah dan Panitia Kajian Tempatan telah mengadakan Majlis Sambutan Kemerdekaan 2013 pada 3 September 2013. Penganjuran program ini telah dirancang dengan teratur dan tersusun bagi meningkatkan kemeriahan dari segi penyertaan murid serta penglibatan ibu bapa di program. Buat ulung kalinya, program pada kali ini telah diadakan di Dewan Kampung Kiandongo dengan penambahan pelbagai acara pertandingan. Acara yang dipertandingan  ialah Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia , Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris , Pertandingan Mendeklamasi Sajak, Pertandingan Mewarna (Tahap 1), Pertandingan Melukis (Tahap 2), Pertandingan Kuiz Kemerdekaan, Pertandingan Spelling Bee dan Pertandingan Persembahan Antara Kelas. Bagi Pertandingan Bercerita Bahasa Inggeris dan Pertandingan Spelling Bee telah dimenangi oleh murid tahun 2 , Adik Dwi Shazlina bt Armon yang mengejutkan murid-murid yang jauh lebih tua daripadanya. Adik Kartilla Toibon memenangi Pertandingan Bercerita Bahasa Malaysia manakala Pertandigan Melukis dimenangi oleh Wellnie Matturis . Adik Alexander Abert memenangi Pertandingan Mewarna. Di dalam acara Pertandingan Persembahan  Kelas Tahun 3 memenangi tempat pertama bagi kategori Tahap 1 dan Tahun 5 bagi kategori Tahap 2






Selamat Hari Kemerdekaan Ke 56


Isnin, Ogos 05, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Kampus Kiandongo 2013


Pada tahun ini, SK Kiandongo telah mensasarkan pencapaian Gred Purata Sekolah semaksimum 2.93. Bagi merealisasikan sasaran tersebut, program Kelas Tambahan di waktu malam diteruskan seperti tahun sebelumnya dengan 11 orang calon UPSR dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut prestasi semasa peperiksaan. Kelas tambahan ini dinamakan sebagai Program Kampus Kiandongo memandangkan para murid akan menginap di rumah guru atau di sekolah sebaik selesai sesi 2 jam bersama para guru pada jam 7:00 malam hingga 8:00 malam. Program ini dibahagikan 2 Fasa iaitu Fasa 1 diadakan pada 15 Julai 2013 hingga 1 Ogos 2013 manakala Fasa 2 diadakan pada 19 Ogos 2013 hingga 5 September 2013. Dengan mengambil kira pendekatan tahun lepas, setiap guru telah diberi peranan untuk memberi fokus kepada murid-murid tentang teknik menjawab dan latih tubi bagi memastikan semua murid menerima pendedahan sewajarnya sebelum menghadapi peperiksaan sebenar.