Airolina bersama Juanita telah membantu Pasukan Telupid muncul pasukan ketiga terbaik keseluruhan dalam Kejohanan Catur MSSB Bahagian Sandakan 2013 yang diadakan di SMK Bukit Garam 2, Kinabatangan pada 18-19 Februari 2013. Walaubagaimana , pencapaian mereka berdua dalam acara individu agak kurang memberangsangkan apabila sekadar memungut 2 mata hasil 2 kemenangan dan 4 kekalahan. Airolina dan Juanita berkongsi tempat ke 14 keseluruhan bagi kategori Perempuan bawah 12 tahun daripada 20 penyertaan.
Sabtu, Februari 23, 2013
Selasa, Februari 05, 2013
SK Kiandongo Terima 6 Anugerah
Unit Pengurusan Akademik (UPA) Pejabat Pelajaran Daerah Tongod (Telupid) telah mengadakan Majlis Apriasasi Kecemerlangan Akademik 2012 di Dewan SMK Telupid pada 2 Februari 2012. Pencapaian cemerlang dalam UPSR tahun 2012 telah melayakkan SK Kiandongo memperolehi 6 Anugerah Kecemerlangan melibatkan Pencapaian 10 Terbaik dalam mata pelajaran Sains, Bahasa Malaysia dan Matematik. Pada tahun 2012, seramai 8 orang murid telah lulus yang mana saudari Siti Nursaadah Julubin telah berjaya mendapat 5A. Kejayaan beliau telah memberi inspirasi kepada sekolah ini dan sekaligus layak menerima Anugerah 5A. SK Kiandongo turut tergolong selaku 10 sekolah terbaik di daerah ini dengan berada di kedudukan kesembilan.
Senarai Anugerah Yang Diterima :
1. Anugerah 10 Sekolah Terbaik (Ke 9)
2. Anugerah PIBG (Ke 9)
3. Anugerah Kecemerlangan Matematik (Ke 10)
4. Anugerah Kecemerlangan Bahasa Melayu (Ke 9)
5. Anugerah Kecemerlangan Sains (Ke 5)
6. Anugerah 5A (Siti Nursaadah Julubin)
Senarai Anugerah Yang Diterima :
1. Anugerah 10 Sekolah Terbaik (Ke 9)
2. Anugerah PIBG (Ke 9)
3. Anugerah Kecemerlangan Matematik (Ke 10)
4. Anugerah Kecemerlangan Bahasa Melayu (Ke 9)
5. Anugerah Kecemerlangan Sains (Ke 5)
6. Anugerah 5A (Siti Nursaadah Julubin)
Airolina Naib Johan Catur MSSD Tongod (Telupid)
Berbekal latihan hanya 2 jam sebelum pertandingan , tidak menghalang saudari Airolina Julis ,murid tahun 6 Nilam SK Kiandongo meraih Naib Johan dalam Kejohanan Catur MSSD Tongod (Telupid) yang diadakan di SMK Telupid pada 31 Januari 2013. Kejayaan Airolina turut dikongsi bersama rakan sekelasnya iaitu Juanita Julin apabila berjaya menduduki tangga kelima dalam kategori Perempuan bawah 12 Tahun.Kejayaan mereka berdua ini melayakkan mereka mewakili Daerah Tongod /Telupid dan akan bersaing di Peringkat Bahagian Sandakan. SK Kiandongo yang menghantar seramai 6 orang murid telah berjaya menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam pertandingan ini sekaligus mengatasi pencapaian tahun lalu. Di samping itu, SMK Tongod turut menghantar penyertaan mereka dengan majoriti diwakili oleh bekas pelajar SK Kiandongo. Pelajar Tingkat 3 , Marliana Ascung dan Pelajar Tingkatan 4 Elze Peter ,kedua-dua bekas murid SK Kiandongo turut terpilih ke peringkat Bahagian pada 18-19 Februari 2013 apabila masing-masing menduduki tangga kelima dalam kategori Bawah 15 Tahun dan keempat dalam kategori Bawah 18 Tahun.
Sabtu, Januari 26, 2013
100 Murid Terima Bantuan RM100
Seramai 100 orang murid SK Kiandongo telah menerima RM100 sebagai Bantuan Wang Persekolahan bagi sesi 2013. Bantuan ini diberikan kepada semua murid yang telah mendaftarkan nama sebelum sesi persekolahan 2013 dibuka. Kehadiran ibu bapa selaku wakil penerima kepada murid-murid ini telah menyatakan kesyukuran di atas penyerahan wang tersebut. Pemberian bantuan ini telah diadakan pada 26 Januari 2013.
Perasmian Dewan Kampung Kiandongo
Tarikh 21 Januari 2013 akan tersulam sebagai tarikh terpenting di dalam lipatan sejarah Kampung Kiandongo Darat apabila Dewan Kampung Kiandongo yang telah siap dibina pada tahun 2009 akhirnya telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Masiung Banah, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) N47 Kuamut. Pembinaan Dewan ini telah banyak memberi manafaat kepada penduduk di kampung ini dan juga kepada sekolah ini. Kehadiran YB Masiung Banah telah disambut dengan meriah apabila sejumlah 500 orang penduduk Kampung Kiandongo telah hadir untuk menyaksikan hari yang penuh bersejarah. YB Masiung berkesempatan menyampaikan hadiah kepada para pemenang Sukan Tahunan Kampung Kiandongo 2013 khususnya bagi acara bola sepak. Pihak sekolah turut mendapat impak yang positif di atas kehadiran beliau , apabila YB Masiung bersetuju menyumbang satu set tiang gol futsal yang bakal digunakan oleh murid-murid di sekolah khususnya mengadakan persiapan awal untuk pertandingan bola baling dan futsal.
Khamis, Januari 17, 2013
Program Perjumpaan Ibu Bapa Murid Tahun 1
SK Kiandongo telah mengambil pendekatan awal apabila mengadakan program khas bersama para ibu bapa dengan memberi taklimat dan suaikenal ibu bapa dengan barisan guru SK Kiandongo. Pendekatan yang dibuat adalah untuk memberi input dan informasi beberapa perkara yang penting khususnya membabitkan displin, Pusat Sumber, KSSR, KWAPM, LINUS , PBS, Kehadiran dan sebagainya. Program ini diadakan hanya melibatkan ibu bapa murid tahun 1 dan telah diadakan pada 15 Januari 2013. Isu dan cabaran yang menanti sekolah adalah permasalahan kepada para murid tahun 1 yang belum pernah medapat pendidikan awal iaitu Prasekolah mahupun Tadika. Walau di sebalik kekurangan tersebut, SK Kiandongo tetap gah menjadi Sekolah Kesembilan Terbaik di Daerah Tongod (Telupid).
Selasa, Januari 08, 2013
Siti Lanjutkan Pelajaran Ke SBP
Seperti drama keluaran SK Kiandongo yang berjudul Kami Punya Cita-Cita , Siti Nursaadah binti Julubin mengorak langkah seperti watak Eva Lukaku apabila menjadi murid pertama di sekolah ini selepas 11 tahun melanjutkan ke pelajaran ke Sekolah Berasrama Penuh di SM Sains Sabah, Kota Kinabalu pada 7 Januari 2013 . Pemergiaan beliau ke sekolah tersebut, diharapkan mampu membuka satu lembaran baru kepada para murid sekolah ini untuk sama-sama mengikuti langkah beliau ke sekolah berkenaan. Manakala Shaflyn Laiwin yang mendapat tawaran ke Sekolah Menengah Seni Kuching dalam bidang Seni Teater terpaksa menolak tawaran berkenaan memandangkan kos penerbangan yang mencecah lebih RM500
Langgan:
Catatan (Atom)









