Selasa, Februari 05, 2013

Airolina Naib Johan Catur MSSD Tongod (Telupid)

Berbekal latihan hanya 2 jam sebelum pertandingan , tidak menghalang saudari Airolina Julis ,murid tahun 6 Nilam SK Kiandongo meraih Naib Johan dalam Kejohanan Catur MSSD Tongod (Telupid) yang diadakan di SMK Telupid pada 31 Januari 2013. Kejayaan Airolina turut dikongsi bersama  rakan sekelasnya iaitu Juanita Julin apabila berjaya menduduki tangga kelima dalam kategori Perempuan bawah 12 Tahun.Kejayaan mereka berdua ini melayakkan mereka mewakili Daerah Tongod /Telupid dan akan bersaing di Peringkat Bahagian Sandakan. SK Kiandongo yang menghantar seramai 6 orang murid telah berjaya menunjukkan peningkatan yang mendadak dalam pertandingan ini sekaligus mengatasi pencapaian tahun lalu. Di samping itu, SMK Tongod turut menghantar penyertaan mereka dengan majoriti diwakili oleh bekas pelajar SK Kiandongo. Pelajar Tingkat 3 , Marliana Ascung dan Pelajar Tingkatan 4 Elze Peter ,kedua-dua bekas murid SK Kiandongo turut terpilih ke peringkat Bahagian pada 18-19 Februari 2013 apabila masing-masing menduduki tangga kelima dalam kategori Bawah 15 Tahun dan keempat dalam kategori Bawah 18 Tahun.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan