Tiga orang murid SK Kiandongo telah dipilih untuk mewakili MSSB Sandakan dalam Kejohanan Bola Tampar MSSS pada 21-23 Februari 2012 di Daerah Kunak. Saudari Azreen Ezriana Julis,Cerolinechryscilla Mor dan Norjianah Aim telah berjaya meraih pencapaian tertinggi dengan memperolehi pingat gangsa dalam kejohanan tersebut bagi Kategori bawah 12 tahun. Sebanyak 6 pasukan telah menyertai kejohanan tersebut iaitu Barat (Kota Kinabalu,Tuaran Penampang dan Ranau), Utara (Kota Belud, Kudat,Pitas dan Kota Marudu), Selatan (Papar,Kimanis,Sipitang dan Beaufort), Pedalaman (Keningau, Tambunan, Tenom dan Nabawan),Sandakan (Sandakan, Telupid,Beluran dan Kinabatangan) dan Tenggara (Tawau,Lahad Datu, Kunak dan Semporna). Pasukan Barat telah dinobatkan selaku johan keseluruhan apabila muncul juara bagi kategori bawah 18 tahun lelaki dan perempuan. Utara muncul juara lelaki bawah 12 tahun manakala Pedalaman muncul juara kategori lelaki 12 tahun.
Selasa, Februari 28, 2012
Shaflyn , Alexsius Penyelamat MSSZT
Alexsius bekas murid SK Kiandongo yang kini bersekolah SRK Tongod dan Shaflyn Laiwin menjadi penyelamat kepada pasukan Bawah 12 Tahun MSSZT apabila berjaya meraih gangsa dalam acara lompat jauh lelaki dan perempuan bawah 12 Tahun. Walaupun nama Shaflyn tidak tersenarai dalam jawatankuasa pemilihan tertinggi MSSZT, Shaflyn berjaya membuktikan bahawa dia layak untuk diberi peluang untuk mewakili Zon Tongod. Sementara itu, Echlinah Philip berjaya mara ke akhir acara 200m namun hanya mampu meraih tempat kelima sahaja. Kekalutan yang timbul di dalam pengurusan MSSZT menjadi punca kelemahan pasukan bawah 12 tahun dengan masalah displin beberapa jurulatih yang gagal memikul tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin. Secara keseluruhan Zon Tongod berjaya meraih 12 Emas dengan pasukan bawah 15 tahun dan bawah 18 tahun dengan meraih kedudukan keempat dari lima pasukan yang bertanding. Zon Telupid terus mengungguli Kejohanan Olahraga MSSD Tongod (Telupid) dengan disaing rapat oleh Zon Entilibon dan Zon Penangag
Rabu, Februari 15, 2012
Norjianah Kedua Anugerah Tokoh Nilam
Penyertaan pertama kali SK Kiandongo dalam Program Anugerah Tokoh Nilam 2012 Daerah Telupid pada 13 Februari 2012 telah membuahkan hasil apabila saudari Norjianah Aim dan Siti Nursaadah Binti Julubin telah meraih tempat kedua dan ketiga sekaligus mengangkatkan SK Kiandongo sebaris dengan sekolah di bahagian bandar dan pekan. SK Kiandongo menjadi satu-satunya wakil sekolah dari kawasan luar bandar dan sekolah berstatus kurang murid (SKM) yang bersaing. Seramai 20 orang pelajar telah menyertai program ini dengan 13 penyertaan daripada sekolah rendah dan selebihnya daripada sekolah menengah. Guru Pusat Sumber dan Media, En. Aizuddin Ashraf yang menjadi pengiring dan AJK Dokumentasi adalah individu bertanggungjawab menghidupkan kembali kesuraman Pusat Sumber. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam merancakkan perkembangan pusat sumber yang kini sudah memiliki bilik khas.
8 Murid Wakili Daerah Telupid
Seramai 8 orang murid sekolah ini telah dipilih mewakili Daerah Telupid bagi permainan Bola Tampar. Mereka terdiri daripada Norjianah Aim, Cerolinchryscilla Mor, Azreen Ezriana Julis, Echlinah Philip, Virolina Maika, Shaflyn Laiwin, Jelikmus Phillipmus dan Shamrizal Sangkala. Pertandingan Bola Tampar peringkat bahagian Sandakan telah diadakan SK Kota Kibatangan pada 8 Februari 2012. Pasukan Perempuan Bawah 12 Tahun Daerah Telupid telah muncul naib johan apabila bersaing sengit dalam pertarungan 3 penjuru antara pasukan Sandakan dan pasukan Kinabatangan. Pada perlawanan pertama, pasukan Telupid telah menumpaskan pasukan Kinabatangan 25-20 dan 25-23 (2-0). Namun pada perlawanan kedua, pasukan Telupid yang hanya memerlukan kemenangan satu set untuk muncul juara telah kecundang dalam pertarungan yang cukup mendebarkan kepada pasukan Sandakan dengan keputusan 21-25 dan 22-25 (0-2). Pasukan Sandakan telah muncul juara bagi kategori 12 tahun selepas kiraan semula berikutan mereka telah kecundang kepada pasukan Kinabatangan 25-21,21-25 dan 22-25 (1-2).Manakala pasukan lelaki bawah 12 Tahun Telupid kecundang kesemua perlawanan, tewas kepada Kinabatangan 10-25 dan 17-25 (0-2) dan kalah kepada Sandakan ,19-25 dan 18-25 (0-2). Di samping itu, tiga orang murid sekolah ini telah di pilih untuk mewakili Sandakan pada 21-23 Februari 2012 di Kunak. Mereka ialah Norjianah Aim, Cerolinechryscilla Mor dan Azreen Ezriana Julis
Sabtu, Januari 28, 2012
Perjumpaan Dengan Ibu Bapa
SK Kiandongo telah mengadakan perjumpaan pertama dengan ibu bapa dan penjaga khususnya melibatkan murid tahun 1. Perjumpaan yang diadakan pada 13 Januari 2012 telah diketuai oleh En. Andrew Justine dengan barisan guru yang lain bagi menerangkan keperluan pembelajaran murid tahun 1 dari segi jadual waktu, penyediaan fail, keceriaan kelas, peranan ibubapa, penjagaan diri murid dan sebagainya. Kehadiran ibu bapa boleh memberi impak yang besar kepada anak jagaan mereka memandangkan proses perubahan kurikulum dari KBSR kepada KSSR yang menitik berat tentang keupayaan murid secara menyeluruh.
Khamis, Januari 26, 2012
SK Kiandongo Juara MSSD Telupid
Pasukan Bola Tampar Wanita SK Kiandongo telah membuka tahun 2012 dengan kejayaan yang cukup gemilang apabila merangkul kejuaraan Bola Tampar 12 Tahun Ke Bawah Majlis Sukan Sekolah Daerah Telupid bagi Tahun 2012.Pertandingan yang diadakan di Gelanggang Bola Tampar Pejabat Daerah Tongod. Pasukan ini telah diwakili oleh Norjianah Aim selaku Ketua Pasukan, Cerolinechryscilla Mor, Virolina Maika, Azreen Ezriana Julis, Echlinah Philip, Shaflyn Laiwin, Kasliani Jalius dan Elyoena Jasmi telah berjaya menumbangkan 3 pencabar iaitu SK Pekan Telupid dengan keputusan 25-6 dan 25-10,SK Takungon 25-16 dan 25-10 dan menundukkan SK Tongod dengan 25-6 dan 25-10. Kejayaan mereka diiringi dengan pemilihan 6 pemainnya untuk mewakili Daerah Telupid bagi menyertai Pertandingan di Peringkat Bahagian Sandakan yang akan diadakan di Daerah Kinabatangan pada 1-2 Februari 2012. Manakala pasukan lelaki sekolah ini tewas kesemua perlawanan untuk menduduki tangga tercorot daripada 4 pasukan yang bertanding.Kategori lelaki dimenangi oleh SK Takungon
23 Murid Tahun 1 Daftar Masuk
Seramai 23 orang murid Tahun 1 mendaftar masuk ke sekolah ini dengan 17 orang daripada mereka adalah perempuan dan selebihnya lelaki. Di samping itu, sekolah ini turut menerima kemasukan dua murid daripada SK(P) Bandar Tinggi dan dua murid daripada SK Tongod. Kemasukan murid tahun 1 dan kemasukan murid yang berpindah dari sekolah lain menjadikan SK Kiandongo mencatatkan enrolmen tertinggi dalam sejarah penubuhan sekolah sejak 23 tahun iaitu 115 orang murid.
Langgan:
Catatan (Atom)