Rabu, Februari 15, 2012

8 Murid Wakili Daerah Telupid

Seramai 8 orang murid sekolah ini telah dipilih mewakili Daerah Telupid bagi permainan Bola Tampar. Mereka terdiri daripada Norjianah Aim, Cerolinchryscilla Mor, Azreen Ezriana Julis, Echlinah Philip, Virolina Maika, Shaflyn Laiwin, Jelikmus Phillipmus dan Shamrizal Sangkala. Pertandingan Bola Tampar peringkat bahagian Sandakan telah diadakan SK Kota Kibatangan pada 8 Februari 2012. Pasukan Perempuan Bawah 12 Tahun Daerah Telupid telah muncul naib johan apabila bersaing sengit dalam pertarungan 3 penjuru antara pasukan Sandakan dan pasukan Kinabatangan. Pada perlawanan pertama, pasukan Telupid telah menumpaskan pasukan Kinabatangan 25-20 dan 25-23 (2-0). Namun pada perlawanan kedua, pasukan Telupid yang hanya memerlukan kemenangan satu set untuk muncul juara telah kecundang dalam pertarungan yang cukup mendebarkan kepada pasukan Sandakan dengan keputusan 21-25 dan 22-25 (0-2). Pasukan Sandakan telah muncul juara bagi kategori 12 tahun selepas kiraan semula berikutan mereka telah kecundang kepada pasukan Kinabatangan 25-21,21-25 dan 22-25 (1-2).Manakala pasukan lelaki bawah 12 Tahun Telupid kecundang kesemua perlawanan, tewas kepada Kinabatangan 10-25 dan 17-25 (0-2) dan kalah kepada Sandakan ,19-25 dan 18-25 (0-2). Di samping itu, tiga orang murid sekolah ini telah di pilih untuk mewakili Sandakan pada 21-23 Februari 2012 di Kunak. Mereka ialah Norjianah Aim, Cerolinechryscilla Mor dan Azreen Ezriana Julis


Tiada ulasan:

Catat Ulasan