Khamis, Julai 07, 2011
Jelikmus, Echlinah dinobatkan Olahragawan Olahragawati MSSKd
Tirai Kejohanan Sukan dan Olahraga MSSKd edisi 2011 dilabuhkan dengan penuh rasa kelegaan apabila kerisauan berhubung cuaca yang kurang menentu diselimuti dengan suasana iklim yang begitu menyamankan walaupun fenomena cuaca panas tidak dapat dinafikan. Tarikh 4-7 Julai 2011 yang mengisi kalendar sukan sekolah ini berakhir apabila Jelikmus Phillipmus dan Echlinah Philip diangkatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Majlis Sukan Sekolah Kiandongo (MSSKd). Jelikmus dijulang sebagai Raja Pecut apabila mengungguli acara 100m serta membantu kuartet 4x100m Rumah Rajawali memenangi Emas. Jelikmus turut memenangi pingat perak di dalam acara 4x200m.Beliau bersaing rapat dengan Aeron Dimo dan Shamrizal Sangkala yang masing-masing memenangi 1 Emas dan 1 Gangsa dalam acara individu.Sementara saudari Echlinah Philip yang merupakan Olahragawati Majlis Sukan Zon Tongod (MSZT) adalah Ratu Pecut SK Kiandongo apabila memenangi acara 100m dan 200m. Beliau mengenepikan pencabar terdekat iaitu Cerolinechryscilla Mor yang memenangi 1 Emas individu dan 2 Emas Berkumpulan.
Cenderawasih Kekalkan Kejuaraan, Rajawali Kempunan
Cenderawasih mengekalkan kejuaraan yang dimenangi pada tahun lalu apabila berjaya mengondol 8 Emas, 3 Perak dan 2 Gangsa. Berslogankan Semangat Membara Menuju Juara menobatkan pasukan ini menjadi Johan untuk dua tahun berturut-turut. Berbekalkan latihan awal berbanding pasukan lain serta komitmen Cikgu Rashdan dan Cikgu Anitah yang memberi rangsangan yang berterusan membolehkan pasukan ini memenangi emas di dalam acara 4x100(P), 4x200(P), 4x200(L), Lontar Peluru (P), Tarik Tali, 60m- 9 Tahun kebawah (P), 200m (L) dan 60m - 7 Tahun (L). Manakala Rumah Sukan Rajawali (Kuning) memenangi acara 100m (L),100m (P),200m (P),4x100m (L) dan 60m -9 Tahun ke bawah (L). Rumah sukan Kenyalang yang begitu unggul di dalam acara padang memenangi Emas di dalam acara Lompat Jauh (L) dan Lontar Peluru (L). Sementara juara edisi 2009, pasukan Kasawari hanya berpuas hati dengan 1 Emas yang disumbang oleh saudari Shaflyn Laiwin melalui acara Lompat Jauh (P).
Cenderawasih Dahului Pungut Pingat Hari Kedua
Setelah gagal merangkul pingat emas di dalam acara Lompat Jauh Lelaki dan Perempuan pada hari Pertama, Rumah Sukan Cenderawsih (Merah) kembali menemui rentak kejuaraan apabila merangkul 5 emas daripada 8 emas yang dipertandingkan pada hari kedua iaitu 4x100m Bawah 12 Tahun (P), 60m - 7 Tahun(L),200m Bawah 12 Tahun (L), Lontar Peluru (P) dan acara Tarik Tali. Manakala rumah Kenyalang mengekori di belakang dengan 2 Emas, 5 Perak dan 4 Gangsa. Diikuti oleh Rumah Rajawali (Kuning) - 2 Emas dan 2 Perak. Rumah Kasawari (Hijau)- 1 Emas 2 Perak dan 4 Gangsa.
Sabtu, Julai 02, 2011
Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan
2 hb Julai 2011 dipateri sebagai tarikh perlaksanaan Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia di seluruh negara. SK Kiandongo tidak terlepas dari melunaskan tanggungjawab tersebut apabila lebih 80 orang murid sekolah ini dan 10 orang guru termasuk Guru Besar yang turut sama terlibat dengan larian ini.Turut menyertai program ini adalah kakitangan bukan mengajar, Puan Mastina Majuran Untuk menjayakan program ini, murid-murid mula berkumpul tempat jam 6:45 pagi dengan setiap murid dibekalkan dengan nombor peserta. Acara diteruskan dengan penyampaian perutusan tentang Dasar 1M1S oleh Penolong Kanan 1, En. Andrew Justine. Pengisian program ini diteruskan dengan sesi memanaskan badan dan senamrobik yang dikendalikan Cikgu Anitah Matni. Guru Besar SK Kiandong, En. Tony @ Mohd Jasnee telah berbesar hati untuk melepaskan para peserta tepat jam 7:45 pagi.
Jumaat, Jun 24, 2011
Majlis Menandatangani Buku Rekod Murid
Unit Peperiksaan dan Penilaian mengorak langkah awal untuk merangka strategi peningkatan akademik dengan mengadakan majlis menandatangani buku pelaporan prestasi PKBS pada 23 Jun 2011 yang melibatkan Murid Tahun 2 - Tahun 6 sahaja. Walaupun program ini diadakan secara ringkas namun ia tetap menjadi tunjang kepada pihak sekolah untuk sama berkongsi pemasalahan murid khususnya dalam akademik bersama ibu bapa. Kehadiran ibu bapa yang mencapai tahap 90% amatlah dihargai walaupun pihak SMK Tongod turut mengadakan program yang hampir serupa di Dewan Masyarakat Tongod.
Khamis, Jun 23, 2011
Teruskan Tradisi Gotong Royong
Tradisi Bergotong Royong melibatkan ibu bapa, guru dan murid-murid mungkin tidak lagi diamalkan pada masa kini. Namun SK Kiandongo sebuah sekolah kecil di daerah pedalaman Tongod menjadi sekolah yang wajar dicontohi oleh mana-mana sekolah bandar mahupun luar bandar berdasarkan keupayaan sekolah ini menyemaikan semangat kerjasama dalam suasana yang penuh muhibah. Aktivti gotong royong pada kali ini telah berjaya menghimpun lebih 150 orang ibu,bapa,belia, remaja dan juga Ketua Kampung Kiandongo, En. Mahir Rio untuk menjayakan program pada kali ini. Program gotong-royong pada kali ini adalah bersempena Kejohanan Sukan dan Olahraga MSSKd yang bakal dilangsungkan pada 4-7 Julai 2011.Komitmen para guru, murid, ibu bapa dan penduduk Kampung Kiandongo dan Kampung Malagatan di dalam menjaya aktiviti seperti ini amatlah dihargai.
Ahad, Jun 19, 2011
4 Rumah Sukan Bakal Berentap Lagi
Mesyuarat Majlis Sukan Sekolah SK Kiandongo (MSSKd)pada 16 Jun 2011 telah memutuskan 4 hingga 7 Julai 2011 akan diadakan Kejohanan Sukan dan Olahraga MSSKd. Kejohanan pada kali ini turut menyelitkan acara badminton yang melibatkan ahli MSSKd dengan ahli PIBG pada 4 Julai 2011. Pada tahun 2010, pasukan Cenderawasih berjaya dinobatkan sebagai juara. Pada kali ini, murid-murid sekolah ini yang pernah mewakili Zon dipisahkan bagi mengelakkan didominasikan oleh sesuatu pasukan. Olahragawati Zon Tongod , Echlinah Philip diundi mewakili Rumah Sukan Kuning (Rajawali) manakala penyandang acara 100m, Kirol Mor diundi mewakil Rumah Sukan Merah (Cenderawasih). Kejohanan pada kali ini dijangka bakal menonjolkan atlit harapan sekolah yang berusia 10 tahun ke bawah antaranya Jielson Jibin (10 tahun), Jack Milis (10 Tahun), Ferlent Philip (9 Tahun), Elvira Matthew (9 Tahun), Jirol Ginal (8 Tahun) dan Afely Aim (8 Tahun). Mampukah atlit yang mewakili Zon Tongod seperti Shaflyn Laiwin atau Norjianah Aim menyerlah bakat mereka pada kali ini. Tunggu .
Langgan:
Catatan (Atom)
























