Khamis, Julai 07, 2011

Jelikmus, Echlinah dinobatkan Olahragawan Olahragawati MSSKd

Tirai Kejohanan Sukan dan Olahraga MSSKd edisi 2011 dilabuhkan dengan penuh rasa kelegaan apabila kerisauan berhubung cuaca yang kurang menentu diselimuti dengan suasana iklim yang begitu menyamankan walaupun fenomena cuaca panas tidak dapat dinafikan. Tarikh 4-7 Julai 2011 yang mengisi kalendar sukan sekolah ini berakhir apabila Jelikmus Phillipmus dan Echlinah Philip diangkatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Majlis Sukan Sekolah Kiandongo (MSSKd). Jelikmus dijulang sebagai Raja Pecut apabila mengungguli acara 100m serta membantu kuartet 4x100m Rumah Rajawali memenangi Emas. Jelikmus turut memenangi pingat perak di dalam acara 4x200m.Beliau bersaing rapat dengan Aeron Dimo dan Shamrizal Sangkala yang masing-masing memenangi 1 Emas dan 1 Gangsa dalam acara individu.Sementara saudari Echlinah Philip yang merupakan Olahragawati Majlis Sukan Zon Tongod (MSZT) adalah Ratu Pecut SK Kiandongo apabila memenangi acara 100m dan 200m. Beliau mengenepikan pencabar terdekat iaitu Cerolinechryscilla Mor yang memenangi 1 Emas individu dan 2 Emas Berkumpulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan