Rabu, Mac 08, 2017

Catur MSSD Telupid : 4 Orang Terpilih Ke Peringkat Bahagian

Pada 1hb Mac hingga 3b mac telah berlangsung kejohanan catur peringkat MSSD Telupid yang berlangsung di SK Telupid, Batu 4.

Alhamdulillah syukur.. walaupun penyertaan catur tahun ini semakin ramai. Namun ia sedikitpun tidak mematahkan semangat murid kita untuk bersaing.

Seramai 47 orang peserta drpd 11 buah sekolah yg terlibat  bagi kategori lelaki. Murid kita ELPI SAGITAN berjaya menduduki tempat ke-5 dan sekaligus dipilih mewakili daerah ke peringkat bahagian Sandakan.

Dua orang lagi peserta kita iaitu JICK NICKLESON KELARIN hanya berjaya di tempat ke 21 dan JICKLEESON KELARIN berada di tempat ke 37.

Sementara itu, seramai 34 orang peserta perempuan keseluruhan bawah 12 tahun.  3 orang murid kita berjaya ke peringkat bahagian setelah berjaya dikedudukan 4, 5 dan 6. Mereka ialah ANGELINE PASCUAL, NENCIANAH AIM dan WELLNAH HERNITAH MATTURIS.

Sementara itu, HANISAH ERWIN dan CERLISTI VINCENT hanya berjaya di kedudukan 11 dan 12.

Tahniah diucapakan kepada semua peserta yg berjaya. Bagi peserta yang tidak berjaya semoga dapat meningkatkan lagi prestasi di tahun hadapan.

Terima kasih kepada semua pihak yang memberi bantuan dalam pelbagai sudut.

MSSB dijangka akan berlangsung selama 3 hari iaitu 11-13 April di MRSM Sandakan. Kita jumpa di sana.
Ust Khairul gembira dibelanja makan.. haha

Wellnah senyum menghulur salam kepada lawan

Dari kanan Angeline, Wellnah dan Nencianah.. fokus menentang lawan mereka

Elpi Sagitan di tempat ke-5

Jickleeson di tempat ke-37


Cerlistie, badan kiccik tapi kuat makan

Makan malam. nasi ayam. yuhuuuu









peserta dibawa bersiar-siar ke IPS Telupid

Telupid Chess Team.. SK Kiandongo


peserta catur bersama guru penasihat Ckg Masru dan Ust Khairul Adham

3 orang peserta terpilih daripada 7 irang peserta

Elpi salah seorang yang terpilih ke peringkat bahagian daripada 7 orang peserta

4 orang peserta yang layak ke peringkat bahagian
Keputusan rasmi peserta lelaki

keputusan rasmi peserta perempuan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan