Jumaat, April 17, 2015

CATUR MSSB Sandakan : Telupid Johan Bawah 12

Kejohanan catur MSSB Sandakan yang telah berlangsung pada 14-16 April baru-baru ini mencipta kebanggaan bagi pasukan Telupid bawah 12 tahun. Pasukan yang diwakili oleh 12 orang peserta terdiri daripada 6 lelaki dan 6 perempuan itu telah mengatasi pencabar utama dari pasukan Sandakan. Pasukan Telupid telah mengumpul 22.5 mata bagi kategori lelaki mengatasi Pasukan Sandakan yang mengutip 21.5 mata keseluruhan. Peserta daripada sekolah ini iaitu Adik Afely Aim dan Effar Juslim telah menyumbang 6 mata buat pasukan Telupid.

Afely Aim sekadar menduduki tempat ke 11


 Effar Juslim Sekadar menduduki tempat ke 15


Peserta catur lelaki bawah 12 tahun

Sementara bagi kategori perempuan, Pasukan Telupid juga mendahului 2 mata di hadapan Pasukan Sandakan. Pasukan Telupid yang mengumpul 22 mata menyaingi pasukan daripada sandakan 20 mata, Pasukan Kinabatangan 18 mata dan Pasukan Beluran 9.5 mata. Seorang pesera daripada sekolah ini iaitu Atikah Vincent telah menyumbang 4.5 mata buat Pasukan Telupid. Atikah Vincent seterusnya telah terpilih ke peringkat MSSN Sabah yang dijadual berlangsung pada 28-30 April di Tuaran.

 Atika Vincent tenang sebelum mula

 Atika terpilih ke peringkat MSSN Sabah di Tuaran


 
 Ckg Masru dan Ckg Haidin membawa peserta sekolah berehat di IPS Telupid


Ckg Masru bergambar dengan anak buahnya


Pasukan SMK Penangah

Ckg Kevin bersama anak buahnya dari SK Kopuron


 
Pasukan Kelab Catur Telupid


Peserta yang terpilih ke MSSN Sabah



Tiada ulasan:

Catat Ulasan