Selasa, Ogos 26, 2014

Merdeka Dalam FrogVLE

Hari ini (25 Ogos) kami sempat menjalankan aktiviti kemerdekaan menggunakan laman FrogVLE. 10 orang murid yang terpilih telah dibawa bersama-sama menjayakan aktiviti ini di Pusat Jalurlebar Kg.Sogo-Sogo. Antara aktiviti yang dipertandingkan seperti mewarna, menulis pantun, melengkapkan teka silangkata dan kuiz. kesemua pertandingan ini menggunakan VLE sepenuhnya tanpa perlu bahan "hardcopy". murid hanya perlu muat turun, jawab dan muat naik semula.

Kebetulan pada minggu ini sekolah menghadapi masalah ketiadaan "karen". habis satu sekolah blackout. Orang kata "mati karen" sebab solar tidak berfungsi. "Maintenance" pun lambat. Maka kamipun berpakat sesama guru untuk menghantar murid ke Kg. Sogo-Sogo. Nah, "kesiukan" pula murid-murid di sana. mewarna menggunakan perisian "Paint" sampai "ndakmau" pulang.ada yang becakap "uina cikgu belum siap lagi. wah cantiknya si Jai punya..nanti.. nanti dulu cikgu... dan macam-macam lagi lah.." semuanya sebab saya suruh murid2 save apa yang diorng warna dan muat naik semula ke padlet yang disediakan.

Apapun, ini merupakan satu kepuasan. Bila kita menjalankan satu-satu aktiviti, tidak perlu terlalu "grand", yang peting matlamat tercapai dan murid merasa seronok.

Persiapan sebelum bergerak ke Jalurlebar


 Kadang--kada ada masalah macam ni.. buntu jugak


 bersungguh-sungguh ini cikgu menerangkan



Cikgu Heldee membantu murid







Ckg Masru membantu murid





Ckg Aizuddin kepenatan membantu murid (hehe)



mau berangkat balik (Tangguh)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan