Khamis, Ogos 07, 2014

Majlis Perpisahan Guru Besar,Sambutan Guru Besar Baharu dan Sambutan Hari Raya

      Dalam kesibukkan pelbagai tugas, hari ini ( 7 Ogos 2014) SK Kiandongo telah berjaya mengadakan Majlis Perpisahan Guru Besar, Encik Sipin Sikin yang berpindah ke SK Sogo-Sogo, serta meraikan kedatangan Guru Besar Baharu SK Kiandongo, Encik Poulus Yapas serta sambutan Hari Raya sempena Bulan Syawal yang mulia ini. Majlis ini dianjurkan oleh Kelab Guru dan Kakitangan SK Kiandongo yang dipengerusi oleh Encik Masru Mustakim. Mantan Guru Besar SK Kiandongo, Encik Sipin Sikin telah berkhidmat selama hanya 4 bulan di SK Kiandongo dan ini merupakan sekolah yang ke 10 beliau, semoga beliau akan sentiasa sihat hendaknya dan maju jaya di tempat baharu, kepada Guru Besar Baharu, Encik Poulus Yapas, kami mengalu-galukan kedatangan beliau ke SK Kiandongo. Berikut adalah gambar suasana majlis tersebut yang diadakan secara sederhana tetapi meriah
Bertempat di kantin sekolah

Majlis turut melibatkan semua staf SK Kiandongo

Mantan Guru Besar, En Sipin Sikin memberi amanat terakhir beliau kepada warga staf SKKiandongo.

Guru Besar Baharu SK Kiandongo memberi ucapan menzahirkan manifestasi beliau.

Tandatangan serah tugas sambil disaksikan oleh semua Penolong Kanan
PK 1 , Encik Andrew Justine ( Baju Merah), PK HEM, Pn Susan Lagayan  ( Baju Biru) dan PK KOKUM, Encik Jemsan Sakunding ( Baju Hijau)

Penyerahan tugas


Majlis diakhiri dengan jamuan raya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan