Rabu, November 21, 2012

Siti Nursaadah Dapat 5A

Siti Nursaadah binti Julubin menjadi murid kedua di sekolah ini yang berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR 2012. Kejayaan beliau turut dikongsi bersama 7 orang murid sekolah ini yang turut lulus. Kejayaan 8 orang murid tersebut telah membantu melonjakkan prestasi sekolah dari segi kualiti iaitu 34.78% (meningkat 29.22%) dan dari segi kuantiti iaitu 2.97 (meningkat sebanyak 0.52). Lebih membanggakan saudari Norjianah Aim berjaya mendapat 3A 2B dan Cerolinechryscilla Mor mendapat 3A 1B 1C.Mereka berdua mendapat A dalam Bahasa Malaysia (Pemahaman), Matematik dan Sains. Sementara Shaflyn Laiwin turut mencatat keputusan yang baik apabila mendapat 2A 2B 1C dengan A bagi subjek Bahasa Malaysia (Pemahaman) dan Sains. 4 murid lain yang mencatat keputusan lulus ialah Echlinah Philip (1A 3B 1C), Kartika Toibon (1A 3B 1C), Norfaezah Laidin (1A,2B, 2C) dan Kasliani Jalius (3B, 2C).  Keputusan UPSR 2012 turut mencatat 5 orang murid yang mendapat Miss Lulus. Secara keseluruhan, mata pelajaran Bahasa Malaysia Pemahaman, Bahasa Inggeris , Matematik dan Sains mencatatkan peningkatan.







1 ulasan:

  1. Tahniah kepada semua murid yang berjaya.. Teruskan usaha kepada yang kurang bernasib baik..

    BalasPadam