Selasa, November 20, 2012

Jalan-Jalan Di Sandakan

Kelab Guru dan Kakitangan SK Kiandongo telah mengadakan Program Lawatan Khas pada 9-10 November 2012 di Sekitar Bandar Sandakan. Program yang melibatkan 14 orang murid Tahun 6 Intan dan 6 orang guru sekolah ini  bermula sebaik selesai sesi  gotong-royong dan mengemas kawasan sekolah . Dalam program ini, murid-murid berkesempatan bermain boling di Gelanggang Boling Sandakan pada sebelah petang. Kemudian pada sebelah malam, murid-murid dibawa bersiar-siar di bandar Sandakan. Beberapa pengalaman baru dapat dirasai di kalangan murid-murid ini dengan keterujaan mandi-manda di Pantai Pasir Puteh pada sebelah pagi 10 November 2012. Peluang berkelah di tepi pantai bersama-sama para guru telah mewujudkan satu suasana yang muhibah dan harmoni. Di samping itu, mereka turut dibawa ke Trig Hill iaitu puncak paling tinggi di Bandar Sandakan. Pada penghujung program ini, semua murid telah dibawa ke Taman Buaya yang terletak di Batu 7, Sandakan.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan