Selasa, Julai 10, 2012

97 bantu Pecah Rekod Malaysia

Seramai 97 orang meliputi 88 orang murid dan 9 orang Guru telah hadir untuk sama-sama menjayakan Program Senamrobik Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia. Program yang dianjurkan serentak di semua sekolah dan Institusi Pengajian di Malaysia adalah untuk mengumpul seramai 4.5 juta rakyat di negara di dalam memecahkan rekod Malaysia untuk melakukan senamrobik. Program ini telah bermula seawal jam 6:45 pagi dengan murid-murid mendaftar dan melaporkan diri. Kemuncak program ini adalah bermulanya Gimik Persembahan oleh Murid Tahun 6 Intan yang diketuai oleh Saudari Echlinah Philip. Aktiviti senamrobik  bertambah rancak apabila Cikgu Masru Mustakim mula menerajui senamrobik yang sekaligus mengamatkan suasana. Walaupun bilangan murid di sekolah ini begitu sedikit, namun segala permasalahan dapat diatasi dengan jayanya. Beberapa aktiviti bercorak pertandingan telah diadakan antara Pertandingan Menimang Bola Takraw bagi Murid Lelaki manakala Murid Perempuan berpeluang beraksi dalam Menimang Bulu Tangkis. Selain itu, pertandingan membina menara tertinggi menggunakan duit syiling sepuluh sen turut diadakan. 







Tiada ulasan:

Catat Ulasan