Sabtu, Julai 07, 2012

133 Sertai Kem Lambaian Ilmu 2012

Seramai 133 orang murid daripada lima buah sekolah dari Zon Tongod telah terlibat secara langsung dalam Kem Lambaian Ilmu 2012 yang diadakan pada 22 hingga 24 Jun 2012. 24 orang murid tahun 6 sekolah ini telah mengikuti kem ini yang berkonsepkan motivasi dan pembinaan insan cemerlang. Kehadiran Pensyarah daripada IPGM Kampus Keningau , En Supian Sahir telah memeriahkan lagi intipati program ini yang banyak input dan motivasi kepada para peserta yang hadir. Kem ini telah dikelolakan oleh SK Imbak dengan kerjasama Unit Bimbingan Dan Kaunseling Zon Tongod telah berlangsung selama 3 hari 2 malam di Institut Perhutanan Sabah (IPS) Cawangan Telupid. Beberapa penceramah turut dijemput untuk memantapkan para murid tentang tatacara menjawab soalan-soalan UPSR. Antaranya yang telah diundang untuk menyempurnakan bengkel menjawab soalan UPSR ialah En. Aron Abel Marcus (UPA PPD Tongod) Cik Dayang (SRK Pekan Tongod) serta En. Terry Thomas (SK Linayukan). Sementara itu, Norjianah Aim telah dipilih sebagai Peserta Terbaik Perempuan bagi edisi kali ini.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan