Jumaat, April 06, 2012

SK Kiandongo Naib Johan Bola Baling Perempuan

SK Kiandongo meraih naib johan Pertandingan Bola Baling MSSD Telupid kategori Perempuan U12 Tahun setelah tewas tipis 2-3 kepada SK Takungan pada perlawanan akhir. Pertandingan yang diadakan pada 4 April 2012 di SMK Entilibon turut menyaksikan Cerolinechryscilla Mor dan Echlinah Philip dipilih mewakili Daerah Telupid bagi menyertai Kejohanan Bola Baling MSSB Sandakan di Kinabatangan pada 12 April 2012. Pada peringkat kumpulan, SK Kiandongo yang diletakan dalam kumpulan A telah berjaya menumpaskan SK Batu 4 Telupid dengan 7-1 dan membenam SK Langkabong 3-2. Kemenangan tersebut telah melayakkan SK Kiandongo ke peringkat separuh akhir untuk bertemua Juara kumpulan C, SK Pekan Telupid. Ibarat pertemuan Sang Gajah dengan Sang Semut berdasarkan status sekolah ini sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM), SK Kiandongo melakar kemenangan tipis 1-0 dengan suasana perlawanan berlangsung dalam keadaan mendebarkan. Sementara satu lagi peringkat separuh akhir menemukan SK Takungan dengan SK Mengkawago yang dimenangi oleh SK Takungan dengan keputusan 4-2. SK Mengkawago meraih tempat ketiga apabila menundukkan SK Pekan Telupid dengan keputusan 4-2. Bagi Kategori lelaki, SK Kiandongo yang menyenaraikan 12 pemain termasuk 3 pemain dari SK Sogo-Sogo telah tumpas kepada SK Pekan Telupid dengan keputusan 0-2. Pasukan ini menduduki tangga kedua Kumpulan A apabila mencatat keputusan seri dengan SK Mengkawago. Kejayaan SK Kiandongo dilihat sungguh unik apabila hasil usaha Cikgu Stonny, Cikgu Rashdan dan Cikgu Jemsan serta guru-guru yang lain dalam tempoh tidak sampai 2 minggu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan